Food Review: Moh Kito Berbuka dengan menikmati juadah berbuka Chef Ismail @ Rebung

hi anak anak,

Tak sabar rasanya ingin bertemu dengan bulan yang paling mulia bulan Ramadhan, di susuli pula dengan santapan dan juadah dari pelbagai jenis dan buatan.

Kali ni food review yang dibawa khas dari Blog Kifli Mally, di mana masakan yang dicipta dan dimasak sendiri oleh Chef Ismail. 
siapa kat sini yang tak nak merasa air tangan Chef Ismail? haha semua orang confirm nak rasa bukan?
Jom kita tengok juada berbuka puasa sepanjang bulan ramadhan ni.

Pembuka selera:
berkonsepkan ala warung
Laksa Penang
Mee rebus / Mee Kari / Soto Ayam / Mee Hoon Sup Utara / Laksa Nyonya
Popiah Basah
ROjak Buah 
Tauhu Sumbat / Tauhu Bakar
Rojak Pasembor
Roti Jala dan Dalca Sayuran
Buah Melaka
Murtabak
Keropok Ikan

Nasi:
Nasi Putih 
Nasi Ulam
Nasi Minyak / Nasi Beriyani / Nasi Tomato / Nasi Dagang / Nasi Ayam / Nasi Kerabu

Menu Sampingan:
Aneka Kerabu
Terung Pipit Goreng
Begedil
Telur Masin
Sambal Terung
Ikan kerisi Goreng
Paru Goreng Berlada / Goreng Berempah
Tempe Tauhu Goreng Kicap / Berlada
Ulam Ulaman
Rendang Pucuk Ubi
Tempoyak Pucuk Daun

Menu Utama:
Asam Pedas Ikan Pari
Daging Gulai Kawah
Gerang Asam Daging Tetel
Patin Masak Tempoyak
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Telur Itik masak Lemak + Pucuk Ubi
Ikan Keli Salai Masak Lemak
Daging Dendeng
Siput Sedut
Ayam Masak Kalio
Rendang Ayam / Daging
Daging Kicap / Ayam Kicap
Tenggiri Masak Kicap / Masak Cuka
Kacang Panjang Goreng Berlada
Sayur Goreng Campur
Rebung & Perut Masak Lemak Cili Api
Mee Goreng Mamak / Mee Hoon Goreng / Mee Siam
Bukan main menyelerakan lagi menu tu kan. 
aku yang datang ni pun memang kenyang perut dibuatnya. tapi di sebab kan nak rasa semua hidangan air tangan Chef Ismail, harus di gigihkan untuk merasa setiap masakan beliau. Sedap memang sedap uols. Tak dinafikan. 

Bagaimana pula dengan harga yang dikenakan? sila tengok di bawah ni:
RM75.00 plus setiap seorang dewasa
RM48.00 plus setiap seorang kanak kanak (5 hingga 11 tahun)

berbaloi kan?
bersama dengan budak2 blogger tersohor. 
masa untuk berundur diri, jumpa di foor review seterusnya ^_^

No comments :