Jun 22, 2015

Gempak Raya Bersama Jakel 2015 Harga Kaw Kaw @ Jakel Mall Capsquare

hi anak anak,

sabtu yang lepas ni 21th June 2015, sempat juga menghadirkan diri ke event yang sangat meriah ni. Event yang paling di gemari ramai pabila menjelang perayaan Hari Raya, dimana semua orang sibuk ingin mendapat kan baju raya, dan kain untuk tempahan raya. 
 Jakel Mall ni baru launch dan kalau dapat di lihat kawasan dan tapak kedai boleh di katakan memang baru lagi. Tapi para pengunjung yang datang berpusu2 memang meriah demi nak dapatkan harga menjuman dari Jakel ni. 

Tahun ni Jakel sangat mengetengahkan dari segi kualiti jahitan baju yang di jual. Seperti yang korang tahu di mana Duta baru mereka untuk tahun 2015 ni adalah Nabil si abam sado baru haha. Sempena dengan Raya Tahun yang serba meriah ni, Jakel sekali lagi mengeluarkan rekaan Baju Melayu Aaron Aziz, koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad, Koleksi Baju Raya Upin & Ipin (Rykal Iskandar & Mia Sara) dan Koleksi Baju Kurung Rozita Che Wan.
 Uncle Dee tengah berseronok menghangatkan suasana tengah hari tu dengan soalan mudah, semua orang berpusu2 kejar uncle Dee semata nak jawab soralan yang diberikan, plus hadiah confirm lah dari Jakel sendiri.
 lebih kurang dalam 12.30pm semua artis dan para media sudah bersiap sedia untuk memulakan sesi bersoal jawab tentang Jakel sekali gus merasmikan tentang promosi harga kaw kaw yang diberikan oleh Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel. 
 Bagi mereka yang menggemarkan cutting slim fit pada baju raya untuk tahun ni, Koleksi Baju Raya Nabil Ahmad adalah fitting dan design yang sesuai bagi mereka yang inginkan style FIT dan Selesa. kain yang digunakan juga sangat sleek dan sejuk. Kepada Kaki peluh ada kemungkinan untuk mencubanya. 
 untuk tahun ni saja lebih dari 30 warna dan corak baju dikeluarkan khas untuk para pengguna tahun ni. Pakej harga runtuh yang diberikan oleh para pengunjung amatlah berbaloi. Dengan pembelian serta merta mereka akan dapat full set Sampin, Butang baju melayu dan sepasang baju melayu pada harga RM150 sepasang. Tapi itu sewaktu mereka buat Happy Hour dalam masa 10 minit dibuka kepada 20 pengunjung yang pertama membuat bayaran. Setiap warna boleh di dapatkan di setiap cawangan Jakel
Aaron Aziz dan Nabil Ahmad tengah busy mempromosikan harga runtuh yang bakal di tetapkan dari selebriti kita ni. Antara wanra yang bakal menjadi best seller kepada koleksi baju Aaron Aziz dan Nabil Ahmad ni antaranya Hijau Zamrud, Biru diraja, pic, jingga, hijay tiffany, hijau mint, dan merah cili dan banyak lagi.
Lebih 10 rekaan ekslusif, moden dan elegan ini di jual dengan harga bermula dari RM329.00.
 korang boleh tengok betapa ramainya para pengunjung yang tak sabar untuk membeli dan bergaya sakan dengan koleksi baju Raya Aaron Aziz dan Nabil Ahmad, Koleksi Baju Raya Upin & Ipin dan Koleksi Tudung dan Baju Kurung Rozita Che Wan.
 koleksi baju kurung Rozita Che Wan by Jakel ni bila mereka buat happy hour sehelai baju kurung ni jatuh kepada Harga RM1200 yang ni dah siap dari segi detail pada sulaman, jahitan dan manis. 
Material dia sangat cantik dan nampak elegent kepada si pemakai. 
INGAT RAYA INGAT JAKEL

info selebihnya korang boleh tengok seperti di bawah:
Official Website: www.jakel.my

Jakel Mall Capsquare

Lot 159, Jakel Square, Jalan Munshi Abdullah,
50100, Kuala Lumpur
WP – Kuala Lumpur, Malaysia
Contact No: +603 2615 0777 Opening Hour : 10am – 8.30pm

No comments :