penat aku bela kau, akhirnya kau pecah juga.

hi anak anak

mana ketidaknya hari ni aku meroyan sangat sebab iphone kesayangan mek jatuh berdebuk ke lantai uols.
kau rasa dah lah pagi tu aku lambat datang kerja lepas tu phone pula berdering2 suruh confirm kan event dan meeting. Tangan belah kanan pegang phone

tangan belah kiri pegang tas tangan dan access card. Arghhhhhh pintu pula nak pakai tangan apa buka? hahahaha bila aku cuba tarik pintu tu, terus phone entah macam mana boleh tergelincir uols!!!
zasssssssssssssssss!!!! macam pagi tu gelap kejap dengan ribut petih taufan segala, bila nampak phone mek terseret ke pintu masuk. Time aku pitam kejap hahaha aku kutip phone aku ni terus pergi ke meja, boss tanya pun aku buat2 tak layan! boss aku ingat kan aku sakit sebab muka tak bermaya ahahaha padahal mengenangkan nasib hati hempedu kelat ni uols.
korang tengok lah rekahan color kuning tu? itu aku saja calitkan warna keretakan disitu, nasib baik lah dalam hati aku ada tempered glass. Dengan harapan nak sejukkan hati aku cakap alaaaaa screen dia ok kot sebab tempered glass kan ada? aku sampai sekarang tak remove tempered glass tu sebab aku tahu kalau screen dia retak. confirm nangissssss.....

ada budak tu comment kat IG dia kata kawan dia nak tukar screen iphone ni kalau crack 800 plus ok. Cukup lepas susu anak makcik bedah setengah tahun.!!!

ok lah ini untuk pengajaran semua. Please berhati2 lepas ni ok. bila dah phone aku ni pecah dara terasa macam tak bernafsu pula. hahahahaha *mengilai!!!!