Jul 4, 2015

#TeamPanAsian: Main Lagi mercun kan dah tumbuh kudung!

 hi anak anak,

sempena di bulan ramadhan ni jangan lah biarkan mereka ni terlalu leka sangat bermain mercun, terutama budak yang di bawah umur tu, kalau boleh sentiasa perhati dan awasi gerak geri mereka bila bermain dengan benda merbayaha ni. 

Memang kita cakap takpe lah anak orang bukan anak aku? amboiiii cantik berair mulut kau, tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri menyesal tak kesudah, yang penting masa depan budak tu sedih kot dah lah tangan putus, lepas tu nak lalui zaman remaja kegelapan di mana kena buli kat sekolah kena ejek. Maklumlah malaysia ni jenis yang sempurna tak boleh nak nampak benda2 cacat. Semua nak dikutuk!! bukan semua tapi segelintir saja, tapi segelintir ni yang merosakkan keadaan.

please lah awasi anak kesayangan korang tu, jangan menyesal tak sudah.Kepada adik2 kita kat luar sana tu, kalau nasi dah jadi bubur bersabar lah yer sayang. Semoga kalian kuat semangat untuk menempuh kehidupan ini.