Dapur lelaki: Makaroni Goreng dengan ayam kisar.

hi anak anak,

haha nampak nama pun macam errr!!! budak ni reti masak ke? 
Tapi kalau KM yang tak reti masak ni boleh buat ini kan pula reader KM yang memang lahir2 je terus terjun ke dapur. 

Ini pun ikut tekak KM sendiri nak sediakn bahan. Harap korang faham lah dari segi mencari menu dan juga cara penyerdiaanya OK. Kebiasaanya KM kalau nak beli barang dapur dan barang keperluan dekat je Superhero Market area sri permaisuri ni ada, jadi tak perlu lah sampai ke pasaraya besar, bahan ni semua kat kedai runcit pun ada je di jual.

Menu:
Makaroni 
Bawang Putih - di tumbuk
Bawang Besar - Di cincang dadu
Cili Giling atau cili instant 
Sos Tomato / Sos Cili
Belacan dan Sos Tiram - Optional 
1/2 biji Capsicum - merah / hijau / merah
cendawan butang
ayam atau daging kisar
sosej - optional
Garam & Gula
Kiub Pati Ayam  (Perencah Cukup Rasa)
Minyak Masak
Air Secukupnya
Cara - cara:
1. Siapkan Makaroni dengan merebus dan biarkan ianya lembut, kemudian Tos sambil tu boleh letak sedikit minyak untuk memastikan ianya tidak melekat.
2. Kemudian panaskan minyak pada suhu sederhana, pertama sekali Tumis Bawang Putih bersama bawag besar sehingga naik bau dan keperangan.
3. Masukkan Cili giling, Sos Tomato, sos tiram, dan kiub pati ayam (perencah cukup rasa) - biarkan dalam masa beberapa minit kemudian masukkan Capsicum yang dah dipotong itu tadi. Kalau terasa melekit masuk kan sedikit air.
4. Masukkan ayam atau daging kisar, sosej kacau sehingga ianya betul2 masak
5. Akhir sekali masukkan Makaroni yang dah ditoskan itu, kacau hingga makaroni tersebut dapat meresap semua rasa ke dalam Makaroni. Kemudian rasa sendiri! tambah kan garam mengikut citarasa masing-masing.
selamat mencuba ^_^

2 comments :

Amanda Suria said...

wah2...orang bujang masak...KM..nak pinjam lesung batu tuh...eh...lesung pipit tu...hehehehe

aizamia3 said...

Singgah dari blog Amanda Suria (SA).. ;)
laju2 skroll ke bawah.. buat perut lapar balik tengok hidangan ni.. ;)