Food Review: Hui Lau Shan malaysia pencuci mulut terbaik dari ladang.

hi anak anak,

Kali ni KM nak share satu spot dessert yang paling KM suka. Serius KM sangat jatuh cinta dengan idea dessert yang di sediakan oleh cafe ni. 

Hui Lau Shan Malaysia? 
Sebenarnya Hui Lan Shan sudah bertapak dalam industri pemakanan di Malaysia selama 3 tahun. Dari segi status Halal pula memang di akui oleh JAKIM, dan KM tak nak lepaskan peluang untuk merasa dessert dari jenama Hong Kong premium ni. 

mungkin ada sesetengah korang yang dah tahu cafe dessert ni, bagi korang yang tak tahu mari sini KM terangkan dengan gambar dessert yang menggiurkan ini. Untuk review kali ni KM nak fokus pada 3 dessert yang utama. 

Mango Feast - Ianya datang dalam 3 jenis dessert di dalam satu platter. Normally kalau korang order dalam bentuk ala carte portion setiap dessert ni sangat besar dan boleh mengenyangkan. Di sebabkan oleh itu Mango Feast membolehkan semua orang untuk merasa setiap dessert tu. 

Mango Crisp dia sangat OHSEMMMMMM!!! sangat recommended. (image kedua di atas.)
Icy Snowy Brew - Ini juga salah satu kegemaran tegar KM, siapa sangka dengan kemanisan santan dan kelapa muda ini sangat membuatkan kita seperti bearada di tepi pantai. Menikmati angin bayu. Nak tahu lagi tak apa yang menariknya tentang Ice Snowy Brew ni? mereka campurkan dengan Sarang Burung. Pertama kali KM rasa herba sarang burung ni di makan bersama jelly kelapa dan santan pekat. Perghhh!!! nikmat.
Mango Pop Pop - terakhir sekali semua based dari Mango. Dari syrup, buah dan ice cream semuanya adalah manga! dan apa yang uniknya dessert Mango Pop Pop ni? sebab sagu putih yang bulat tu sekali masuk ke dalam mulut ianya akan pecah umpama main mercun POP!!! haha comel sungguh...

boleh di katakan semuanya memang favourite KM. ^_^

kalau korang nak tengok gambar atau nak tahu outlet mana Hui Lau Shan ni ada? korang boleh tengok details social mereka dibawah ni 
Instagram: @huilaushanmalaysia

No comments :