Sep 7, 2015

Food Review: Soft Shell Crab malaysia. Ketam Cengkerang Lembut

hi anak anak,

hari ni KM nak share dengan korang resepi yang simple KM sediakan untuk dinner. 
ok tapi tu KM nak share dengan korang, ada banyak restaurant yang sediakan menu ni iaitu Soft Shell Crab ni, tapi KM still tak boleh nak habiskan sebab rasa loya tu still ada, tapi bila kawan KM jadi supplier untuk benda ni apa lagi KM pun sendiri nak cuba masak dan sediakan mengikut tekak KM. 
 parcel delivery ini selamat KM terima ^_^

Since KM 1st time nak handle cara membersihkan ketam cengkerang lembut ni, so Kawan KM tu dia send instruction yang sangat senang untuk di follow ^_^
 

CARA2 NAK BERSIHKAN SI KETAM KULIT LEMBUT **Bermula dr proses nyahbekukan (defrost), PASTIKAN KETAM BETUL2 LEMBUT..baru boleh masak ya! **KULIT, SEPIT & KAKI KETAM TAK PERLU DIBUANG YA! sebab semua boleh dimakan ( bukan macam ketam biasa tu ) **TETAPI Sblm ketam betul2 lembut.cepat2 kita bersihkan PENTING!! ...kalau dah lembut memang susah nsk bersihkan..silap2 ketam hancur!! ** Buang bahagian depan yg ada mata tu ** Buang cengkerang kecik bghn atas dibelakangnya ** Kemudian korek dan buang kekotoran di dlmnya di bahagian atas belakang ketam td **rendam sekejap dalam air bersih untuk kurangkan rasa masin ketam ( TAK PERLUKAN GARAM yg banyak ya) **Basuh ketam dan dah boleh masak apa saja...tp dicadangkan ketam ni sedap digoreng! Barulah enjoy nak gigit2 kulit kaki sepit semua **Kalau nak goreng tepung..dah lepas basuh, toskan air bg agak kering ** celup la ngan tepung ready made yg ada di pasaran cam yg ini..guna tepung BESTARI tak perlu salut telur tau... ** lepastu apa lagiiii campak dlm kuali..goreng sehingga kekuningan..sedap di mkn sewaktu masih panas! Silap2 1 pek pun x cukup untuk seorang!! Layannnn

ok kalau dah bersih kan tu, sekarang terpulang nak masak macam mana, KM prefer ianya di goreng. Haha takkan nak rebus pula kan? atau masak lemak cili api. KM prefer yang crunchy tak nak ada langsung rasa hanyir atau tawar. 

untuk percubaan yang pertama ni KM silap sikit dalam proses nak bersihkan ketam tu, sebab terlalu excited boleh pula KM nak potong dadu ketam tu uols. Haha Bagi korang yang nak celup dengan tepung goreng sebenarnya memang boleh tak perlu nak salut dengan telur pun. Sebab nanti tak dapat nak rasakan dia punya taste original kalau dah bersalut dengan telur. 

KM hanya salutkan dengan tepung goreng adabi dan letak, black pepper. Salut, goreng dan siap ^_^
 hahaha apa yang korang nampak tu sebab KM dah kerat2 ketam tu sebelum goreng so tu yang tak berapa nak nampak rupa ketam. Tapi rasanya dia memang crunchy sangat sedap dan ranguppppp ^_^

Kalau korang nak order sekitar lembah klang boleh lah hubungi kawan KM ni ye. 
dia boleh buat service COD pun .
 017 617 2816 - Are

2 comments :

yoorin melacolea said...

wow..rasa macam crunchy keje tengok..sedapnya

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan  ☎ (( +6282321594488 )) ATAU KLIK DISINI PESUGIHAN DUNIA GHAIB Wassalam