Oct 8, 2015

Digi WWWOW Awards kini kembali lagi

 
Warghhh menjerit dengan penuh nafsu kegembiaraan sebab KM tercalon di dalam Digi WWWOW Awards. Dah lah dapat tercalon lepas tu KM menang atas vote dan sokongan dari kawan-kawan ramai. Malam tu adalah malam yang paling happening dalam hidup KM

“Influencer yang Berjaya di dalam 2015 Digi WWWOW Awards digondol oleh ---- KIFLI MALLY” wohoooo semua orang menjerit seperti kena rasuk dengan bangga dengan pencapaian KM. Cover majalah penuh di setiap rak magazine, cover surat khabar? Jangan cakap setiap muka surat penuh muka KM. Malam tu amat indah sehinggalah housemate kejut bangun tidur.
PANG!!! PANG!!! PANG!!! “Oiiiii KM bangun pergi, siap pergi kerja” haha sedih hidup semua tu hanya lah mimpi (T_T)

Apa itu DiGi WWWOW Awards??? – hah!!! Kepada korang yang tak tahu tu, Digi WWWOW Awards adalah acara kemuncak yang di adakan setiap tahun untuk menggelarkan siapa diantara mereka yang boleh menggempak kan dunia Social Media kita.
korang tengok senarai category di bawah ni:
1) Videos & Films 
2) Social Influences
3) Independent Publishers
4) Web commerce
5) Mobile app commerce
6) Social media commerce 
7) Social impact 
8) Social gathering



so kepada korang di luar sana, bukan menjadi masalah kalau korang takde ruang category yang bersesuaian dengan diri anda. Jangan risau dengan adanya 8 category ni sure korang boleh menang punya lah.
 
muka tengah serius bila mengedalikan blog ataupun nak buat editing video Instagram. 


kalau lah KM di beri peluang untuk di calonkan dalam Digi WWWOW Awards ni, sure KM akan pilih social impact, item no 7 kalau korang refer category di atas. 
 kenapa KM berkata demikian, sebab ianya selari dengan rutin harian KM dimana selain dari membuat video di IG KM juga membayangkan diri sebagai seorang usahawan internet seharusnya mempunyai social impact yang sangat kukuh di dalam menajalan kan dan mempromosikan sesebuah barang.
gigih bebenar KM record untuk video tatapan follower KM.

jadi kepada korang yang lain tu, korang boleh je tengok kat link official website Digi WWWOW Awards ni. Yang bestnya korang boleh suggestkan kawan2 korang yang mana ada potensi di dalam social media ni,

eh kejap KM nak belanja korang satu video sempena dengan Digi WWWOW Awards ni. 
Siapalah tahu kan korang adalah "The Next Internet Hero" - Bangga KM dibuatnya ^_^


untuk info yang lebih lanjut lagi korang boleh layari website official http://www.wwwow.my/