Semoga cepat sembuh kak comel

Last weekend KM sempat lawat kak comel di hospital sg buluh, khabarnya dia ada problem dalaman which is biarlah KM dan rakan terdekat je yang tahu. Kak Comel ni kawan rapat TKG Crew gak, kalau ada event hakak suriram kak comel salah seorang penyeri di dalam event tersebut.

Kak comel ni memang tak kering gusi manusianya, ko tengok lah perangai dah tahap kritikal dia boleh siap makeup pada hari kunjungan KM, yang penting dia feeling sama seperti Che Tah baru lepas melahirkan. Terlantar kat wad dengan muka penuh Nur. hahaha
you memang ratu lah kak comel, anugerah pesakit tercantik 2015 ni ko yang pegang. KM hanya mampu kipas uols dari jauh je haha. 

apa pun KM doakan kak comel di permudahkan segala urusan, harap semuanya berjalan dengan lancar, insyahAllah kalau pembedahan kak comel berjalan lancar jangan lupa janji kita nak bermalam di sekinchan. Boleh huha huha kat sana nanti ye. 

Yang penting kak comel kena jaga diri, kalau boleh kurang kan merokok tu, hisap vape takpe. Eh boleh pula macam tu kan haha.
 Lepas melawat kak comel kat hospital weols melantak dinner pula di Murni SS2,
KM ingatkan nak taip entry ringkas sekali panjang bebenor juga tulisan nya haha. Kira ok lah ni kan dari pada takde? 

uols semua jaga diri ok, KM sayang korang semua ^_^ #MuntahIJo

No comments :