Tayar bocor tampal RM5 sajo

 http://1.bp.blogspot.com/-MYTuwQ3miRM/U2uDBxJtgRI/AAAAAAAAXzw/ynuiYwMznac/s1600/20140508_182430.jpg
hi anak anak,

Baru tak sampai 4 bulan kereta tayar aku pancit buat pertama kali. Sekarang ni buat hal lagi. Semalam aku dah perasan tayar aku flat, tapi aku buat donno je. Sebab biasanya esok pagi tu aku akan try untuk ke petrol station dan topup angin.

Subuh je aku naik kereta tayar dah flat, rim pun dah cecah jalan raya. Sroot sroot bunyi rim keta aku kena jalan tar. Pelan2 aku drive ke petrol station nak topup angin.

Sampai je kat petrol station ya rabbiiiiii....angin tak nak masuk sebab tayar aku dah flat. Memang macam haram...nak je aku EL time tu. 
Aku pun gigihlah pergi ke tempat kedai aku familiar kalau nak tukar tayar kat kedai Continental Pusat Tayar: Hua Hin Two Tyres Services @ Bandar Seri Permaisuri. Lepas tu aku ingat kan kalau nak lekat tayar bocor ni amik masa yang lama. Sekali tengok tak sampi 5 min dah siap. Baru feeling nak tunggu kat mamak minum teh o suam.
Bila dah siap tampal tayar bocor tu kena RM5. Lepas tu aku pun bagi jelah RM10 sebagai duit kopi gituuuu....Apa yang menyebabkan bocor? PAKU Uolssss PAKU celaka taw dua kali kat tempat yang sama PAKU PAKU PAKU....hei PAKU aku nak cakap sikit ni. PAKIU laaaa haha..

Qu Puteh dan Terlajak Laris


hi anak anak,

nak minta pendapat kalian ni?
rasa rasa korang ada lagi tak viral pasal produk QU PUTEH tu, rasanya macam dah senyap jer. haha

nampak sangat macam tak berkesan cara dia nak jual produk tu. Tapi dari sudut pandangan lain kita tak nampak kesan duit poket Datin Vida makin tebal hehe.

tak sabar nak tunggu event yang GAH dalam industri malaysia ni nak perform. Sebab time tu lah Qu Puteh dan Terlajak Laris ni nak menyelit.

korang cuba bayangkan dua Dato dan Datin ni berebut nak sponsor Satu event yang GAH, contoh nya Anugerah Bintang Popular Berita Harian, kalau lah BH ni jenis tamak haloba mau di ambil dua2 product viral ni. Confirm

event tu mereka je yang muncul setiap SAAT. sponsor pula uols bayangkan 3 juta seorang. KO MAMPO??? so lepas ni layankan sajalah haha.







dan itu juga lah yang masih terjadi sebab aku masih tergilakan nak bergurau dengan produk ni hahaha. Jangan marah ye Datin. Nanti kita buat video lagi banyak tentang Datin.

Kenduri Kahwin di Rasah Kemayan, Seremban

 
hi anak anak,

semalam baru je lepaskan diri ke majlis perkahwinan Afiq dan Erweena,
Erweena tu adik dia kawan kita orang. Erween daud jadi dengan rasa hormatnya dia menjemput saudara, sahabat handai yang dikenali untuk meriahkan lagi majlis ni.

maaf yer time ni gambar dengan pengantin takde lagi sebab official photographer tak dapat lagi jadi kami banyak meroyan dari camera i-pong sahaja.

 
 
 
photo booth dia memang meriah, lepas tu kan uols ada persembahan dari asrawara gitu. Biasalah nok takkan korang tak kenal apa itu Aswara. Semua anak2 seni negara datang dari situ kot. Termasuklah erween ni sebelum meng leburkan diri dalam bidang steward.
 katering dia pun sedap uols, yang penting dapat goodies bag. Dalam case tu dia isi biskut. Tapi budak2 lahanat ni ingat tu bekas Bedak Sejuk cina yang putih bentuk kiub tu. haha
 kifli mally, erween daud, aizat malek.

akhir kata aku nak ucapkan semoga Erweena dan pasangannya afiq, semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Soalan bonus, Ween turn kau bila lagi? haha

ok lepas je dari majlis perkahwinan ni kita orang shoot terus ke Jelita Ostrich Farm. 
kalau korang nak tengok tunggu yer aku akan buat liputan menyeluruh selepas ini

stay tune guys.


Qu puteh Vida Beauty Official video promo


hi anak anak,

ya rabbiiiiii....hanya di sebabkan promotion yang dia buat kat AJL29 ni, terus jadi viral video untuk di jadikan bahan ajukan. Aku pun tak dapat nak tahan diri ini dari terus search apa hebatnya vida beauty ni.

Rupanya dia seorang bekas Cikgu rupanya....Kelassss pandai cikgu2 sekarang ni buat business, ramai dah yang aku tengok jadi usahawan berjaya semuanya rata rata dari cikgu. Makan hati kejap ^_^



yang aku paling tak tahan tu, hebat btol orang melayu ni kalau bab nak jadi keyboard warrior. Lepas tu kena pula dengan artikle dari roti kaya tu. Memang sesuai lah muka uols semua hahaha....Artikel ROti Kaya

senang cerita kalau ko nak puteh ko cuba, kalau ko dah cukup yakin cantik that's it jangan nak kacau periuk nasi orang lain...

Alcatel OneTouch: #BeAFlasher dengan Alcatel FLash.


hi anak anak,

kini dengan bangganya, mempersembahkan kat korang semua Telephone Pintar keluaran terbaru dari Alcatel Onetouch. OMG!!! ini sangat nice. Dengan berkonsepkan Be a Selfie FLASHER!

are guys a flasher?
Yes I am!!!

Pada tahun 2013 Alcatel Onetouch juga boleh tahan juga dengan hasil jualan mereka, nampak je suam suam kuku, sebenarnya mereka juga setaraf dengan telefon pintar yang lain. Harga yang bersesuian dengan reka bentuknya yang terkini. Market mereka rupanya meluas di Europe dan juga US no wonder kat Malaysia ni baru nampak impaknya.

Pelancaran yang bertemakan #BEaFlasher - untuk memberikan ekspresi diri dimana seseorang confident untuk berselfie dengan corak kehidupan. Kelasss tak statement mek!
 


kepada kaki selfie dan gila camera depan, confirm korang akan teruja melihat kualiti gambar dari camera depan cukup jelah nak bagi tahu yang camera depan 5MP HD, camera belakang 13MP HD dan juga 5.5 inches HD screen untuk kepuasan selfie..wohoo

tengok selebihnya kat bawah ni:
OS: Android KitKat 4.4
Processor : Octa Core 1.4GHz
Resolution720x1280 pixels
RAM : 1GB
Internal Storage : 8GB
Battery Capacity : 3200mAh

Ni lagi satu info nak bagi tahu, Alcatel Onetouch berkolaborasi bersama dengan HydraSkins, maksudnya semua fashionable skin phone adalah dari HydaSkins wohooooo tengok style mereka disini https://www.facebook.com/hydraskins

Jom layan intro mereka kat sini.

Selamat berselfie - Be A FLASHER!

Bibir kering seperti tumit kaki

hi anak anak,

lately ni aku sangat tak selesa dengan upper lips aku yang kering teramat. Lepas kering satu hal, aku jadikan hobi baru kopek kutil kering kat bibir, best kan? haha macam gampang!!!

aku paling tak tahan bila nak senyum lebar confirm rasa pedih sebab bibir kita ter-stretch. Serius aku tak boleh nak senyum nanti pedih, biar orang kata kekwat yang penting bibir tak sakit.

aku google aku dapat baca seperti dibawah:


Kekal terhidrat
Salah satu tip yang berkesan ialah minum banyak teh hijau dan air sepanjang hari kerana bibir kering dan mengelupas adalah satu petunjuk bahawa badan anda kurang air. Jadi isi penuh gelas anda dengan air dan minum!
Jangan menjilat bibir anda
Bibir anda kurang berpeluh dan kelenjar minyak menjadikan ia mudah terdedah kepada dehidrasi. Oleh sebab itu, anda cenderung untuk menjilat bibir apabila ia mula kering. Namun ini hanya akan memberikan kelegaan sementara, kerana realitinya adalah ia boleh memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula air liur cepat tersejat, jadi bibir akan menjadi lebih kering daripada sebelumnya. Cuba untuk tahan diri dan gunakan produk yang boleh melembapkan bibir anda, bukannya menjilat bibir sepanjang hari.

haha baru aku tahu menjilat itu tidak suci perbuatan nya, so lepas ni aku kurang kan menjilat segala benda.
kadang tu kalau bangun pagi dengan bibir yang keras ni confirm aku terasa seperti TUMIT kaki kat bibir ni. Macam anjelina jolie pun ada gak sekali pandang.
 dan solution terbaik adalah, dengan banyakkan minum air dan juga sapukan pelincir KY ni kat bibir anda, nanti pergerakan bibir mudah bergesel sesama bibir haha, byeeeee
 

Karipap panas yang Tension.

hi anak anak,

ni hari ni malam ni waktu aku nak meroyan pasal kerja punya tension kat office,
aku tahu lah bukan semua orang yang tension macam aku sekarang ni, mungkin uols kat office goyang kaki and boleh siap goreng pisang kat pantry office tak gitu. Sambil bancuh teh celup biskut cap hap seng.

korang rasa apa kerja aku sampai aku meroyan gila? haha 
biasalah bila junior kena tugasan yang berat dan lebih bebanan dari segi pemerahan otak confirm budak baru macam aku ni tak mampu nak settlekan keje orang2 senior. Tapi takpe aku tahu selagi aku ada karipap panan aku mampu lakukan yang terbaik!!

what apa kaitan karipap panas dengan kerja yang mantap? hahahaha #TerlebihSudah

Dia jatuh ketepak!!! bunyi nya di dalam train.

hi anak anak,

hari ni hari isnin memang sangat blues. Setiap hari isnin memang sangat menyayat hati.
Bila aku dalam perjalanan balik di dalam train ada satu incident yang sangat mengejutkan semua penumpang uols.

Time tu macam biaslah kalau dah kat dalam train aku akan lebih fokus bergayut dan layan phone masing2.
Bila train bergerak je KETEPAK!!!! bunyi budak perempuan cina jatuh macam nangka busuk uols. Kepala dia landing ke lantai kereta api tu. Ko rasa? time tu kalau aku memang pengsan daaaa...

bila dia jatuh tu lebih kurang dalam 5 saat baru ada orang amik tindakan haha. Serius kesian gila aku rasa budak ni tahap pitam level 10 kot. Tu yang dia tak dapat nak tahan terus tumbangkan diri, 
kau mesti penat kan dik? ikut akak ni landing kan diri.

tapi walau macam mana pun aku tetap salute keprihatinan rakyat malaysia. Semua sangat baik dan memahami mereka yang di dalam kesusahan. Time tu aku just jadi pemerhati saja, sebab aku tahu ramai orang di sekeliling akan hulur bantuan gitu. 

aku nak record tapi tak sampai hati pula tengok muka budak tu dah sayup2...
korang hari ni apa cerita? takde ke?


Food Review: Pizza Plus Pizza Cheese @ Bandar Seri Permaisuri


hi anak anak,

Siapa sini yang tinggal berdekatan dengan area Permaisuri Cheras, 
kalau korang nak tahu kat sini ada satu cafe Pizza taw! 
Pizza Plus nama cafe tu.

ada macam macam juga Pasta & Pizza.
kebiasaan aku suka lepak kat sini tiap kali aku basuh kereta so boleh di katakan setiap 2 minggu aku akan datang gituuu walhal baru tahun ni nak start sebab tahun lepas kurang sangat bertandang.
tempat ni best aku suka environment dia yang santai. Lighting pun jenis malap/deam. 
so sesiapa yang rajin membaca tu memang sesuai lah uols,. huhu

maaf lah tidak berkesempatan nak snap pic keliling, tempat dia biasa seperti mana2 cafe yang lain cuma yang ni rasa best dan tenang. Tak sangka pula area permaisuri ni akan ada satu cafe kan huhu 
 Di kala hujan ni aku nak try Jasmine Tea.
 ni lah pizza cheese yang aku mention tu haha.
bertambah lah lemak cheese di sebalik perut ini.
Lepas tu orang panggil kau gemok aku akan hempuk dia dengan batang paip hahaha.



Amboiiii kemain....AKU UNTUKMU – ADY RAHIM

Hi anak anak,

amboiiii kemain betul kawan aku sorang ni. Siap ada lagu dah uols, ko ghaser ada composer yang nak buatkan dia lagu ni kemain kannnn??

tapi kita suka lagu ni. Apa pun korang layan taw, harap bahtera uols tak lecak akibat dengan pemilik suara ni. Itu baru suara saja yer, kalau korang tengok orang dia confirm rembesan itu seperti penapis air terbaik Coway haha.

AKU UNTUKMU – ADY RAHIM

AKU DISINI UNTUKMU
DAN TERUS KU MENANTI
WALAUPUN MUSIM SILIH BERGANTI

AKU TIDAK MEMUNGKIRI
DIKESETIAAN INI TERUS MELEKAT DIJIWAKU
DAN NAFASKU....

C/o

BERIKANLAH AKU PELUANG ITU
JALAN MENUJU DAN MENDEKATI DISISIMU
SELALU AKU RINDU
ENGKAU BERSAMAKU....

AKU SERAH JIWA RAGAKU
HIDUP MATIKU MENANGIS UNTUKMU
TERIMALAH AKU SEADANYA
INSAN YANG BERNAMA MANUSIA OHH....

SEMOGA DIMUDAHKAN PERJALANAN
NIAT KU MENUJU KESITU.....
DAN DIDATANGI CAHAYA
MENYINARI HIDUPKU
MUNGKIN KAH CINTA....

C/O
BERIKANLAH AKU PELUANG ITU
JALAN MENUJU DAN MENDEKATI DISISIMU
SELALU AKU RINDU
ENGKAU BERSAMUKU....

AKU SERAH JIWA RAGAKU
HIDUP MATIKU MENANGIS UNTUKMU
TERIMALAH AKU SEADANYA
INSAN YANG BERNAMA MANUASIA OHH....

PENYANYI : ADY RAHIM
COMPOSER : JEBART
LYRIC BY : WHOCENTS
INSTRUMENTAL FEATURING BY : JIMMY SAX