Harapkan Strike, Bola masuk ke longkang.

Hi uols,

Tak sangka cepat pula masa ni berlalu, kalau tak silap baru terasa seperti semalam KM practice bowling di South City Plaza, tak sedar masa berlalu dah sampai hari yang di nanti pada hari ahad pertempuran sahabat untuk company Multipurpose Staff.

Actually ni adalah liga sahabat dari X company EJ, lepas tu EJ pula jenis kalau ada event sure dia akan invite kita orang semua, kalau event tu boleh muat dalam 100 orang, maka 100 orang lah dia akan cari untuk meriahkan lagi event tu. Dah nama pun TKG Crew kan?

dengan bayaran sebanyak RM50 kita orang pun dapat lah nasi goreng kampung yang sangat sedap di sediakan oleh kak Maza sendiri.

Sebelum tibanya hari tournament tu kita orang sempat lagi practice buat kesekian kalinya. Kira nya training kita orang ni adalah penentuan di hari kejadian tu nanti haha. 
Kalau practise tu hanya ada dua tempat je merupakan tempat yang wajib untuk weol practice, satu kat Endah Parade dan satu lagi dekat South City Plaza mall.

Ok lah setakat ni je, nanti korang nak tengok siapa yang akan menang pertandingan ni? hehe tunggu sambungan dia ok.

Rokok tembakau, rokok elektronik, Vape dan akhirnya Paip Rokok

Hi uols,

Kalau sekarang ni korang nampak trend smokers yang paling top adalah Vape, tapi korang percaya tak lepas ni apa yang akan menjadi trend mengalah kan trend Vape. Tapi kalau salah tak apa rasanya sebab ini hanyalah andaian dari KM sahaja.

korang tengok gambar yang ada kat bawa tu orang tu tengah buat apa?

yessss dia tengah hisap paip rokok dan ianya sangat cool ok!! serious super cool. For sure ada di antara korang yang akan menganggap ianya seperti trend orang tua kan? tapi tidak bagi KM.
ke aku rasa paip rokok tu awesome sebab umur KM dah semakin meningkat tua juga? hahahah celaka!!!!korang jangan memandai nak cakap KM tua ek? Naharommmmm!!!!

KM tetap nak usulkan di mana paip rokok ni nanti akan jadi trend di kalangan anak anak muda untuk menghisap rokok. Nanti kalau dah famous baru korang ingat entry KIFLI MALLY ni hahaha....
credit from disini
HOTTTT nya bila tengok abe ni selfie dengan paip rokok tu.

Apa yang KM terbayangkan kat sini hanya Wak Doyok je yang layak untuk mengayakan style paip rokok ni kat malaysia, sebab style wak doyok memang matching. 

Hello, do you know where is Saidina Othman Mosque?


Hi uols,

Hello Sir (sedikit lantang), do you know where is Saidina Othman Mosque? suara seorang lelaki dan wanita yang ingin bertanyakan di mana terletaknya Masjid Saidina Othman area Bandar Seri Permaisuri ni. 

nak di jadikan cerita, tadi sekitar pukul 8 malam KM sedikit bergegas ke kereta, malam tu hujan renyai jadi untuk mengelakkan dari basah KM berlari anak2. Lepas tu terdengar suara seorang lelaki bercampur dengan suara sorang wanita memanggil KM, 

"Hello Excuse me Sir!"

adalah dalam 3 kali dia panggil KM, baru KM sedar panggilan itu memang ditujukan kat KM. Si lelaki bukan orang local, rasanya dari middle east berkulit gelap nama beliau Abdul dan si wanita pula seorang local berasal dari Serawak bernama Khatijah

KM tak berapa alert dengan kawasan area permaisuri ni, KM cuma tahu Masjid Najihin jer betul2 terletak sebelah rumah KM. Lepas Khatijah memberi kan alamat menerusi telefon bimbitnya KM pun mula lah google dan search kat Waze, mana lah tahu boleh dapat tengok lokasi Masjid Saidina Othman tersebut. 

cuba korang bayangkan dengan hujan time tu, basah dan sedikit kalut KM bertegas untuk menolong mereka google lokasi masjid tersebut. Bila KM buntu pasangan tu pun dengan ramah ucap "Its Okay my friend we can ask someone around here." nampak sangat mereka ni tak familiar dengan tempat ni, nanti makin sesat dorang dibuatnya. Time tu mereka meneruskan perjalanan menuju ke mini market bersebelahan Masjid Najihin area sini. 

KM bernasib baik sebab ada informer dan sumber yang sangat relevan, haha cuba teka KM call siapa? Kalau bab nak tanya tempat kat malaysia ni KM akan refer kat sorang je, EJ. Mamat ni je lah yang mampu memberikan lokasi dengan penuh details. 

"EJ kat mana Masjid Saidina Othman tu?"
"Alaaaaa are bandar tun razak tu, ada satu masjid sebelah Kiri jalan"
"Ya rabbi, macam mana aku boleh tak ingat kewujudan masjid tu kat situ" - nampak sangat kalut tak pernah jejakan kan diri ke masjid tersebut. 

Di pendekkan cerita, dengan pantas KM mengejar pasangan tersebut dan offer untuk KM hantar mereka untuk tinjau Lokasi Masjid Saidina Othman tu, sebab kebetulan KM memang lalu arah yang sama. Tak salah kalau KM tumpangkan mereka. Dengan segan silu mereka akur sebab KM insist nak tolong mereka. Kalau berjalan kaki memang jauh juga tu, at least kena ada teksi atau bas.

Di dalam kereta, KM sempat lah menemu bual kenapa mereka nak ke Masjid tersebut. 
"Ouh we are getting to marry, and as advised from the Imam we should seek someone person in charge at Masjid Saidina Othman" berbunga nya bila KM dengar mereka berdua ni nak berkahwin tak lama lagi. "Congratulation in advance my dear brother" ucap KM

KM tak nak lah bertanya lebih2 karang kena label pula busy body. Cuma apa yang KM tahu mereka berdua ni still lagi further study. Abdul study master di USCI, dan khatijah dalam Ijazah. Dalam tak sedar dah pun sampai kat Masjid tersebut. Mereka setuju untuk turun di Bus Stand kerana mereka nak tahu di mana lokasi masjid tersebut. yeah Alhamdulillah Mission Accomplished!

Rupanya mereka berdua ni datang dari Taman Connaught dan pertama kali jejak kan kaki ke Bandar Seri permaisuri ni. Abdul dah berada di Malaysia selama 10 tahun. Apapun KM pasti doakan yang terbaik buat pasangan ni hingga ke Jannah!!!

maaflah entry kali ni terpanjang pula, sebab KM suka melihat orang di sekeliling KM senang dan dipermudahkan segala urusan. ^_^
Haippp korang jangan ingat KM nak show off pula yer! ni semua ikhlas KM nak tolong setakat mana yang termampu!. Siapa tahu di kemudian hari turn KM pula yang mengalami kesusahan dan orang2 ni lah yang akan tolong KM as in returned. Kita tak tahu sebab dunia ni kecil je ye.!!!

OOTD Kifli Mally: Biru & Hijau memang sesuai betul dengan saya


Hi Uols,

Kalau korang nak tahu KM sangat obsessed dengan color yang membolehkan KM nampak cerah di hadapan camera, tak kesah lah orang nak kata apa yang penting KM nak nampak cantik di dalam social media je.
Sebenarnya KM kalau real life, seorang yang sangat sendu (bosan). Banyak lagi character yang KM sendiri nak reveal kat korang semua. haha nak mention yang bughuk (buruk) je. Kalau perangai baik tu KM just let you guys to judge. Wah!!! ingat ni apa judging time untuk Next Top model ke?

OOTD KM hari ni tiada kaitan langsung dengan statement di atas ni...cuma KM prefer nak meluahkan perasaan dengan cara berOOTD. ^__^

guys kali OOTD KM bertempat di Cheras Leisure Mall area. Kalau tak silap kat luar sebelah Secret Recipe. Sometimes korang kena tebalkan muka kalau nak berOOTD ni sebab orang ada yang nak lalu lalang, siap berhenti sebab nak tengok anda berposing. GRRRRRR!!!! macam tak pernah tengok orang bergambar je sebelum ni kan??? haha
Suit Beg: SEED
sandal: Vincci
Short: Bangkok Market
Hat: Brand Outlet
Necklace: Sponsor ^___^

 okay folks. Till next OOTD yeah ^_^

Kerjasama Rasmi di antara Ambi pur dan FC Barcelona


hi uols,

Tahun ini merupakan tahun kegemilangan buat jenama terbesar pewangi kenderaan no 1 dunia iaitu Ambipur, apabila mereka mengumumkan perjanjian tajaan serantau Kuala Lumpur dan sekaligus mengaktifkan di 6 buah negara Asia Timur dan Asia Tenggara: Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. 

Bertempat di Marble 8 Bar & Prive KL, orang kuat dari dua nama besar ni turun dan sekaligus menjayakan majlis kerjasama tersebut. 
Kiri: Xavier Asensi, Pengarah Urusan Asia-Pasifik dari pihak FC Barcelona
Tengah: Zulfiqar Mahar, Penolong Pengarah Air Care Procter & Gamble International Operations
Kanan: Nicolas de La Giroday, Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia dan Singapura.

Ambi Pur dan FC Barcelona merasmikan pelancaran "Kerjasama kemenanganTahun ini" dengan penyerahan rasmi Jersi FC Barcelona dengan tulisan Ambi Pur bernombor 1, menandakan kerjasama di antara dua jenama No 1 Dunia. 
 Selain dari itu juga, kehadiran pelakon tanah air turut memberikan impak lebih meriah. Siapa lagi kalau bukan kehadiran Fahrin Ahmad. Pengacara Majlis pula di ceriakan oleh pelawak negara Harith Iskandar. 
Sekaligus ini merupakan berita baik kepada semua pemandu di luar sana, khususnya bagi peminat sukan yang sering berpeluh serta kasut dan stokin penuh di seat belakang, adalah amat tidak selesa bagi orang lain untuk menaiki kereta anda. Tapi semua itu berjaya di atasi dengan menggunakan pewangi kenderaan mampu menghilang kan bau tersebut. 
Sepanjang berada di atas bas tersebut, memang tak langsung terhidu bau hapak dan busuk. Kalau pergi dekat barulah korang akan tahu ianya memang "real". Semua pakaian yang di display tu memang berbau hapak dan peluh.
Selain dari itu juga ni ada berita gembira buat korang yang suka sertai contest. Di mana Ambi Pur mengumumkan "Peraduan Menangi percutian ke Barcelona" dengan permainan "Tendangan Penalti Bau Busuk"

kepada semua pemain bola sepak boleh turut serta melalui Pameran Jelajah yang bakal di lancarkan pada bulan Disember dengan Bas jelajah Ambi Pur + FC Barcelona yang akan berkunjung ke kedai terpilih dari 30hb November - 27hb Disember 2015.
Ikuti bas jelajah kami dan ambil bahagian dengan membeli mana-mana 2 pewangi kereta Ambi Car dengan satu resit dan SMS ke 016 336 1301 untuk menang (No Resit, Name, No. IC, + penuhkan slogan dengan tidak kurang dari 30 perkataan Ambi Pur dengan FC Barcelona menyegarkan perjalanan kami ke arah kejayaan kerana...") Terma dan syarat pebuh di https://www.facebook.com/AmbiPurMY/

All the best Guys!!!!

OOTD kifli mally: Cardigan lembut panjang berwarna hijau


hi uols,

Dah lama rasanya tak update blog kan? memang betul lah kata orang once dah busy memang akan susah nak manage account blog ni semua, namun KM akan tetap gigih untuk update kegiatan seharian KM dekat instagram, rasa kat insta lebih senang untuk update rutin.
hari ahad tu KM habis kan masa terluang lepak kejap kat Let's Cantik, kata nak cantik sama level dengan Sajat, of course lah nak korek rahsia kecantikan sajat haha. Kalau korang nak tahu service dan product kecantikan keluaran dari sajat tengok je kat website mereke > http://letscantik.com.my/

the settle je kerja baru la ada masa untuk berOOTD, lokasi tidak lah jauh tempat kejadian hanya lah di dalam Starbuck Cheras Leisure Mall. Dengan berkonsepkan long light cardigan dari rekaan Adyba Jee, KM jadikan dia sebagai pengalas top sleeveless KM. Kena betul dengan cuaca yang sejuk kebetulan hari tu Hujan uols. 
 \
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ok setakat ini dulu, Roger and out!!