Feb 21, 2016

Gojes Buddies - Trip ke Air Terjun Chilling @ Kubu Bharu

hi uols,

Yuhuuuuu bulan lepas KM bersama dengan anggota #GojesBuddies sekali lagi telah merancang untuk menawan Sg Chilling yang terletak di Kubu Bharu, untuk level ni tidak lah begitu mencabar dan korang semua boleh datang ke sini untuk berkelah bersama keluarga uols. Serius kat sini memang best kalau bawa parents dan sanak saudara. Haha dah terasa seperti kempen raya pun ada gak!!!
Untuk plan ke sg chilling ni korang tak perlu nak keluar seawal pagi. Contohnya macam KM pergi ke Bukit Tabur dulu. Check point kita orang dekat petronas MRR2. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1jam 1/2

Before kita orang nak sampai ke Sg Chilling, my friend untuk drop by untuk tengok keindahan tasik di sekitar Empangan Kuala Kubu Bharu. 
well pemandangan dan udara di sini memang tak kurang hebatnya. Terasa begitu nyaman sekali. Waktu sekitar pukul 10 pagi. Udara segara dari tasik memang terasa segar.
siapa sangka tempat ni memang menarik juga untuk di singgah. Korang nanti kalau all the way ke sg chilling tu jangan lupa singgah ok. Rugi kalau tak drop by. Sebab kalau balik dari Sg Chilling for sure uols penat. 

ok lets move on ke topik sebenar kita iaitu di Sg Chilling.
Kalau korang plan nak berkunjung pada hari weekend atau public holiday please expect yang tempat ni adalah salah satu tempat yang menarik, jadi visitor yang datang pun bukan main ramai lagi.
 ok ini adalah peta di mana korang start dari bawah, untuk sampai ke Air Terjun utama tu, korang kena merentas desa dan 5 sungai. Jangan risau sebab air sungai kat sini tak begitu deras. Sesuai bagi seisi keluarga untuk naik ke atas. 
Bagi mereka yang nak bawa bekal seperti makanan dan minuman. Deposit sebanyak RM50 akan di kenakan. Ranger yang bertugas akan register setiap jenis makanan yang korang bawa naik dan in order untuk korang nak refund RM50 dengan menunjukkan balik jumlah sampah sama sewaktu pendaftaran makanan.

Contoh: Pergi 30 keping biskut. Balik 30 keping biskut (sampah)
Yuran seorang ahli sebanyak RM1 - Seorang.

kemeriahan dan suasana di Air Terjun teramatlah riuh. Pengunjung terlalu ramai sewaktu kami tiba, tapi still ada ruang untuk beriadah. Ada juga diantara mereka yang membawa khemah untuk berteduh sementara cuaca masih panas.

P/S: Kepada mereka yang suka melakukan aktiviti extreme seperti melompat dari atas puncak dan terjun ke dalam sungai di nasihatkan untuk berhati2, sebab time tu ada seorang mamat ni time terjun dia landing kat batu dasar batu yang tinggi. Jadi kemalangan berlaku dimana kepala budak tu koyak. So please berhati-hati.
salah satu tumpuan utama di sini adalah ikan yang berpusu2 nak dihidangkan dengan cebisan roti. Memberi makanan pada ikan boleh di lakukan tapi kalau boleh pastikan makanan yang korang bagi tu adalah yang mudah di hadam dan tidak membahayakan pada ikan tersebut. 

paling tidak pun kat ranger sewaktu korang daftar makanan, disitu ada di jual makanan ikan.

oh ye. lepas tu sampah yang korang kumpul tu harus lah di buang dekat luar kawasan sg chilling ni, di mana tempat korang park kereta sewaktu mula2 sampai. 

So kepada mereka yang nak pergi, amat di alu-alukan dan yang penting rancang perjalanan uols semua ok.