Tekak inginkan masakan hidangan Ala resepi Thailand? Mr Tuk Tuk Sunway Pyramid ada jawapan

Masih lagi mencari port atau area untuk makan bersama, atau menghabiskan masa terakhir sebelum Raya menjelang ni? Aku cadangkan korang untuk pergi ke Mr Tuk Tuk terletak di dalam Sunway Pyramid shopping complex.

Nampak tak ketegasan untuk korang datang sendiri untuk merasakan masakan inspirasi dari Thailand ni. Kepada mereka yang mengidam makanan dan sentuhan cuisine Thailand, restoran ni mampu untuk memenuhi kehendak korang.
so far aku makan dekat sini memang berpuas hati, dari sudut hiasan dalaman dan juga dari sudut menu dan hidangan. Korang tengok saja menu yang di sediakan memang terlalu banyak pilihan hingga membuatkan KM sendiri sukar untuk decide. Tapi kata orang bila mengidam tu dan korang ada di sekitar Sunway Pyramid Mr Tuk Tuk of course menjadi pilihan pertama kan?
 
 
 korang tengok lah senarai menu di atas ni, which memang tak akan habis semuanya. Ingat di bulan puasa ni especially haruslah menjaga nafsu makan yang berlebihan takut membazir pula haha.

ok Jom aku belanja beberapa keping gambar untuk tatapan korang, siapa yang tak tahan tu di hujung entry ni nanti korang boleh contact owner dia ok.
Tom Yam Fried Rice @ RM8.80
Phat Thai @ RM8.80
 Set Menu 2 @ RM17.80 (Pandan Chicken, Thai Mango Salad, Crispy Fish Fillet with Thai Sauce, Rice)
Chicken Tom Yam @ RM8.80
 Thai Special Platter  (Papaya Salad, Thai Satay, Prawn Crackers, Thai Honey Chicken Skewers)
Thai Pomelo Salad @ RM11.80
Green Curry Chicken @ RM11.80
Fried Glass Noodles @ RM8.80
Thai Crispy Fried Kangkung @ RM9.80
Fried Chicken Wings @ RM8.80
Thai BBQ Lamb @ RM11.80
Taco (3 pieces) @ RM6.90
Mango Sticky Rice @ RM7.90 dan Taco (3 pieces) @ RM6.90
Water Chestnut with Red Ruby in Coconut Cream @ RM6.90
untuk dessert di Tuk Tuk mereka hidangkan dengan 3 rasa unik (Thai Iced Tea, Green Curry dan juga Tom Yam) RM 6.90 per scoop.  

Lepas tu aku dare korang habiskan ice cream flavour tom yam tu? memang tak kena dengan tekak aku sebab rasa dia memang unik.

info: 
Address: LG2.27, Sunway pyramid shopping complex (opposite Cold Storage)
Contact: 03-5612 5738
Facebook Page: Mr Tuk Tuk
Instagram: @mrtuktuk_my


ok sekian dulu update food review dari Blog KifliMally the com. ^_^
the com pun boleh hahah.

No comments :