3 negara di dalam satu restoran di campur campur kitchen @ Dpuzle Shopping Mall Cyberjaya

 
kepada korang yang masih tercari-cari di mana tempat untuk berehat dan makan di sekitar cyberjaya, korang boleh singgah dekat Campur-Campur kitchen, ianya terletak di Dpuzle Shopping Mall Cyberjaya. Ini adalah saranan saya.

Menu Restorang Campur-Campur Kitchen ni, adalah inspirasi dari 3 resepi masakan negara Indonesia, Thai dan China. Jadi kepada korang yang teringin nak makan 3 menu dari berlainan negara di sini lah tempat yang paling sesuai dengan anda semua. Apa yang pasti setiap masakan ada cara dia yang tersendiri, apa yang membuatkan aku tertarik dengan review dari Campur-Campur Kitchen ni adalah rasa masakan yang di hidang. Perghhhh serius aku cakap dengan korang Best seller dia memang aku kena dengan taste aku. 
 
ok sekarang ni aku nak belanja korang beberapa menu yang akan membuatkan korang terliur. Selain dari itu juga di hujung entry ni aku akan highlight kan menu mana yang di recommended kan oleh kiflimally.com

Menu @ campur campur kitchen
Korang boleh tengok senarai harga dan menu terlebih dahulu. (Klik untuk besarkan image)

 
 
 
 
 
 
 
Hiasan Dalaman Dan Dekorasi:

 

 
 Dari sudut hiasan dalaman restoran ni, korang boleh tengok gambar di atas seperti berkonsepkan modern kontemporari. Di mana setiap hiasan dinding di beri sentuhan yang berbeza mengikut etnik dan juga item klassik. Di mana barang lama seperti ni hanya boleh di lihat sekitar tahun 80saja. Which reminds me during my childhood.
Sinonim dengan trend masa kita di mana penerapan orang yang suka untuk mengambil pada sudut dinding hiasan adalah perkara wajib. Haha semua benda kalau boleh di jadikan kenangan. Betul kan? ini kepada mereka yang giler camera ^_^.

Menu Makanan & Minuman. 
 ini adalah di antara menu minuman yang aku dah rasa, korang mesti tertanya minuman apa yang di dalam bekas bulb tu kan? 
tadaaaaaa...ini lah dia kalau korang semua nak tahu minuman yang super unik tu,
Kiri: Lemonade Blue RM 8.90
Kanan: Icy Green Mint RM 8.90
jadi aku prefer belah kanan hehe, Icy Green Mint. Sebab rasa yang fresh. Lebih kurang macam green tea lah uols.

Chicken Boxing RM 12.90
 Chicken Wing 3 Rasa: RM 12.90

 Indo Mee Goreng with Seafood RM 8.90

French Toast with honey RM6.90
 

Curry Fish Ball RM8.90 
 Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice In Lotus Leaf RM11.90
 Egg Salad Thai Style RM10.90
 
Ayam Bakar Rice Set (RM14.90)
 
Indo Friend Rice with Flying Fish (RM16.90) 

Campur Belacan Chicken Fried Rice RM11.90
 

 Petai Scrimp Rice Set (RM14.90)

Flying Fish yang korang boleh order dalam bentuk set. Lepas tu makan dengan Kicap Cili.
boleh refer menu ok.

 Buttermilk Chicken Rice Set RM14.90

 Chicken with Salted Egg Yolk Rice RM 14.90

Menu recommended dari KifliMally.com
  • Chicken with Salted Egg Yolk Rice RM 14.90  
  • Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice In Lotus Leaf RM11.90
  •  Thai Ice Tea & Hong Kong Ice Tea.
  •  Icy Green Mint RM 8.90
Wow, panjang betul entry untuk review kali ni kan? Anyways kalau korang nak drop by or pass by or memang ada plan nak datang ke cycber jaya, jangan lupa untuk singgah sendiri ok. Korang boleh tengok detail selebihnya di bawah ni:
No phone: 03-8322 4848
Alamat : Campur-Campur Kitchen  Lot UG 18, Upper Ground Floor,  DPulze Shopping Centre,  Persiaran Multimedia,  63000 Cyberjaya 
Facebook pgae: Campur-campur kitchen