Pokemon pertama yang berjaya di tangkap di rumah.

Aku adalah salah seorang yang tak sabar nak tunggu Pokemon Go release dekat malaysia, ok hari sabtu yang lepas memang sangat mengembirakan sebab google notification bagi tahu yang game pokemon ni dah release officially. awal tu terasa tercengang juga umpama seperti mimpi. Tapi bila aku search dekat app store. Danggggggg there you go girl. 

Siapa yang ada baca tentang artikel aku buat khas untuk Pengumuman Go Malaysia. For sure akan dapat the update notification of when Pokemon Go ni release dekat malaysia kan? hehe

Dengan excited nya aku terus bangkit dari katil dan terus round sekitar rumah, untuk apa lagi kalau bukan hunting Pokemon lah. During that time aku punya excited memang tak boleh di gambarkan dengan jeritan kegembiraan haha,
tengok la apa aku dapat bila pertama kali on POGO ni, Terus budak 3 ekor ni munculkan diri aku tak tunggu lama semua aku terus bagi pokeball. Actually tips dia untuk dapatkan pikachu pada awal2 macam ni apa yang korang perlu lakukan ialah, bila nampak 3 pokemon di atas tu korang perlu berjalan jauh dan ignore je mereka. nanti bila mereka muncul semula untuk kali kedua atau ketiga Pikachu confirm akan muncul. 
Ini adalah tips bagi mereka yang freshie baru nak start memang boleh gunakan tips ni, tapi siapa yang terlepas tu korang sure dah tahu nak cari pokemon kat mana kan? Taman Tasik Jaya.
tak cukup dengan pokemon di dalam rumah aku keluar ke level rumah aku, dan ini yang aku dapat. 
Pada awalnya tu memang aku tak berapa familiar dengan semua icon yang terdapat di dalam apps ni, jadi research dan juga hasil dari pengalaman aku serba sedikit dapat tahu apa kegunaan setiap dari item yang terdapat di dalam pokemon go ni.

nanti untuk next entry aku akan cuba untuk kumpulkan semua tips yang aku tahu tentang pokemon go ni. Tapi ni hasil dari research dan experiment yang aku buatlah, walaupun pokemon yang aku jumpa ni tidak lah sehebat poke player yang lain ataupun level player aku sendiri. 
ok till next time.