Food Review: Little Rara Thai Noodle House KL. 4.5 bintang lah aku bagi

Hi korang,

kalau korang tengok entry yang lepas aku ada buat entry makan kencang di MELAKA FOOD TOUR, memang puas wei makan kat melaka, insyahAllah nanti ada masa n rezeki pasti aku akan repeat. 
lepas tu kan RM500 bajet untuk makan 5 orang, lepas tu ada balance kita orang proceed makan di Little Rara KL. Tu dia cuisine thai food, ala noodle boat tapi lebih sedap. Nak tahu sedap ke tak mari tengok review makan aku kat bawah ni:
tapi sebelum tu korang tengok dulu menu dia? murah pun murah kan?
Bagi aku memang murah untuk area makan kat tengah bandar KL ni. 
Speed Boat Noodle Beef dan Chicken. 
Real Beed BBQ
Pulut Mangga
Pad Kra Praw
Kai Thoad Patong - Ayam goreng dengan nasi pulut
Naa Tieaw Coconut Ice Cream.

Jadi Total makan di atas ni semuanya RM130+
Macam mana boleh di panggil little Rara, sebab ada budak tu nama anak owner dia, sebab time kami makan kami terdengar nama dia RARA. :) comel je budak nya.

eh btw makan kat sini aku bagi 4.5 bintang. Dan aku akan repeat makan dengan seseorang yang special. Woot woot haha

kalau korang nak makan google sajo 
"Little Rara Thai Noodle House" atau korang boleh pergi refer address kat bawah ni:
AddressMenara HLA, 3, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

1 comment :

Elih Japahar said...

Tgok gambar mcm 5 bintang je..0.5 tu apa yg kurang ehehee...