Melaka day trip food tour, 7 menu pilihan sehari di melaka. Busung uols!!


hi korang, yessss baca tak title di atas. Ini adalah food tour yang pertama kali kita orang plan. Plan semua last minit sebab dengan budak ofis je, cuba korang bayang kan 7 menu utama yang kita orang dah plan lama.

Since ini merupakan day trip untuk melaka food tour masa kita orang amatlah terhad dan kalau boleh semua aku nak makan dalam sehari, tapi berpada2 takut ada yang termuntah haha.

Bajet untuk makan ni kita orang collect setiap seorang RM100 x 5 ada RM500 di dalam tangan. Jadi kita orang boleh makan sepuas puasnya. Jom tengok berapa baki dari hasil collection kita orang. Tunggu di akhir masa lah kan baru boleh udpate.
around estimation time kita orang sampai di tanah melaka sekitar jam 9 pagi, jadi tumpuan untuk breakfast adalah Roti Canai kayu Arang area Bachang.
Address: lot 459 kg bakar batu mukim, 75350 Bachang, Melaka, Malaysia
Total belanja makan di sini sebanyak RM 20+ untuk 5 orang makan memang murah, itu pun sebab kita orang share, kalau tidak memang perut kita orang pepagi dah busung.
Ok next sementara nak tunggu masuk tengah hari tu kita orang melawat area Menara Taming Sari, lepas tu beralih ke Melaka River Cruise.
Fees untuk naik menara Taming Sari tu - RM25/per person
Fees Melaka River Cruise boat - RM 10/per person


ok matahari pun dah start membakar kulit aku yang kuning langsat ni, harus pekena something yang sejuk, jadi kita orang end up dekat Big Bowl Melaka bersebelahan dengan Jonker Walk area. Tu pun dapat tahu dari uncle yang jaga parking.
"hah situ sudah manyak masuk belita" haha anyway thanks uncle.
dah masuk je tengah hari tu, apa lagi acara kemuncak di mana aku memang dah lama nak rasa Asam Pedas Pari kat kota laksamana. Tapi dalam perjalanan tu kita orang sempat singgah untuk beli Kapten Pisang,
Total makan untuk 5 orang Asam pedas + Telur Dadar + Sotong goreng kunyit RM 70+
Alamak terlupa pula berapa total untuk satu box combo Kapten pisang ni, dalam dia ada 4 flavor. Tapi favorite aku mestilah cheese uols...MELELEH
nak jadi jadikan cerita, almost masuk waktu TEA TIMEEEE. Kuih Keria antarabangsa wajib menjadi tempat persinggahan sebab kat sini kalau datang lambat dalam pukul 3 ke atas sure dah habis. Licin uols. Alhamdulillah time aku sampai tu takde orang sangat jadi haruslah kami borong sakan uols.
Mnuju ke perhentian dessert seterusnya Coconut Shake Pantai Klebang, ini kalau tak singgah memang tak sah uols!!! Service dia during weekend memang cepat, dan beratus panjang itu sudah semestinya.


next kita orang pergi cari souvenir kat area jonker walk, during weekdays memang takdelah pasar malam tu, jadi less crowd. Adalah a few souvenir yang aku sempat grab untuk orang tersayang, EH!!! matilah nak.

last sekali before kita orang tinggalkan Melaka dengan hati yang senang, kita orang singgah kat Mi Sup Bodoh area Tengkera, dorang gelarkan mi sup bodoh ni sebab mi sup yang di hidangkan tu aku pun boleh, ramuan dan bahan semuanya basic sajo uols. Mungkin di sebabkan terlalu ringkas orang melaka terus gelarkan mi sup bodoh, nampak di situ orang melaka ni mulut jahat hahahah #LARIKKKKK tapi hati baik lah, haha cover balik.
Tapi sayang dalam perhentian terakhir ni kami terlepas nak rasa Pop
ia goreng dan popia basah depa. Sebab time tu kami sampai agak lambat juga dalam sekitar pukul 5. Jadi apakan daya ini membuatkan aku untuk nak datang melaka lagi...

Jadi Total untuk makan semua hari ni estimated dalam RM250 sahaja. So ada lagi balance untuk melantak di kuala lumpur. Jadi korang tunggu lah kita orang plan nak belanja balance ni kat restoran mana ok.

I LOVE MELAKA dan orang nya sekali.... :)
A video posted by Kiflimally (@kiflimally) on

No comments :