Gojes Buddies - Trip ke Air Terjun Chilling @ Kubu Bharu

hi uols,

Yuhuuuuu bulan lepas KM bersama dengan anggota #GojesBuddies sekali lagi telah merancang untuk menawan Sg Chilling yang terletak di Kubu Bharu, untuk level ni tidak lah begitu mencabar dan korang semua boleh datang ke sini untuk berkelah bersama keluarga uols. Serius kat sini memang best kalau bawa parents dan sanak saudara. Haha dah terasa seperti kempen raya pun ada gak!!!
Untuk plan ke sg chilling ni korang tak perlu nak keluar seawal pagi. Contohnya macam KM pergi ke Bukit Tabur dulu. Check point kita orang dekat petronas MRR2. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1jam 1/2

Before kita orang nak sampai ke Sg Chilling, my friend untuk drop by untuk tengok keindahan tasik di sekitar Empangan Kuala Kubu Bharu. 
well pemandangan dan udara di sini memang tak kurang hebatnya. Terasa begitu nyaman sekali. Waktu sekitar pukul 10 pagi. Udara segara dari tasik memang terasa segar.
siapa sangka tempat ni memang menarik juga untuk di singgah. Korang nanti kalau all the way ke sg chilling tu jangan lupa singgah ok. Rugi kalau tak drop by. Sebab kalau balik dari Sg Chilling for sure uols penat. 

ok lets move on ke topik sebenar kita iaitu di Sg Chilling.
Kalau korang plan nak berkunjung pada hari weekend atau public holiday please expect yang tempat ni adalah salah satu tempat yang menarik, jadi visitor yang datang pun bukan main ramai lagi.
 ok ini adalah peta di mana korang start dari bawah, untuk sampai ke Air Terjun utama tu, korang kena merentas desa dan 5 sungai. Jangan risau sebab air sungai kat sini tak begitu deras. Sesuai bagi seisi keluarga untuk naik ke atas. 
Bagi mereka yang nak bawa bekal seperti makanan dan minuman. Deposit sebanyak RM50 akan di kenakan. Ranger yang bertugas akan register setiap jenis makanan yang korang bawa naik dan in order untuk korang nak refund RM50 dengan menunjukkan balik jumlah sampah sama sewaktu pendaftaran makanan.

Contoh: Pergi 30 keping biskut. Balik 30 keping biskut (sampah)
Yuran seorang ahli sebanyak RM1 - Seorang.

kemeriahan dan suasana di Air Terjun teramatlah riuh. Pengunjung terlalu ramai sewaktu kami tiba, tapi still ada ruang untuk beriadah. Ada juga diantara mereka yang membawa khemah untuk berteduh sementara cuaca masih panas.

P/S: Kepada mereka yang suka melakukan aktiviti extreme seperti melompat dari atas puncak dan terjun ke dalam sungai di nasihatkan untuk berhati2, sebab time tu ada seorang mamat ni time terjun dia landing kat batu dasar batu yang tinggi. Jadi kemalangan berlaku dimana kepala budak tu koyak. So please berhati-hati.
salah satu tumpuan utama di sini adalah ikan yang berpusu2 nak dihidangkan dengan cebisan roti. Memberi makanan pada ikan boleh di lakukan tapi kalau boleh pastikan makanan yang korang bagi tu adalah yang mudah di hadam dan tidak membahayakan pada ikan tersebut. 

paling tidak pun kat ranger sewaktu korang daftar makanan, disitu ada di jual makanan ikan.

oh ye. lepas tu sampah yang korang kumpul tu harus lah di buang dekat luar kawasan sg chilling ni, di mana tempat korang park kereta sewaktu mula2 sampai. 

So kepada mereka yang nak pergi, amat di alu-alukan dan yang penting rancang perjalanan uols semua ok.

kifli mally enjoy bermain rollder blade d taman tasik titiwangsa.

hi uols,

mungkin segelintir di antara korang tahu lately ni KM banyak involved dengan aktiviti sukan pada belah malam, contohnya bermain Netball dan Volleyball which is memang my favourite dari zaman sekolah menengah lagi cuma bakat tu takde lah, KM lebih prefer untuk bermain sekadar berpeluh dan lincah uols.
So basically semua aktiviti tu training bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, which kat situ je tempat yang paling convenient so far untuk semua. Yet court ni selalu je penuh so our team have to prebook untuk long term so orang lain tak boleh nak overshadow haha. Boleh tak macam tu?

Jadi kali ni kebiasaan nya bila KM sendiri datang awal dekat tasik titiwangsa tu, KM akan pektis bermain roller blade dulu uols, tersangat lah lama dah KM tak pecu atas kasut bertayar ni uols, sangat takut ok since last KM cuba roller blade ni tahun 90an. Ko ghaser bila nak belajar tu agak sedikit kekok ok.

tapi alhamdulillah berkat doa uols, KM dah boleh meluncur dengan jayanya. Nasib je tak boleh meluncur kat tasik tu, hahah
even malam pun gigih nak meluncur. 
 
 biasalah bila benda baru ni kita terasa excited sangat, kalau boleh tu nak datang tiap hari je sewa dan practice. Oh ye roller blade service yang KM selalu berkunjung ni dekat Astaka Taman Tasik Titiwangsa, dengan harga RM10 = 1 jam. Memang tak puas uols. So maksima 2 jam paling kurang ^_^
 Normally Zuzu dan Teemy je yang akan menemani KM untuk meluncur di Tasik tu, confident tak walaupun budak baru belajar tapi safety guard langsung tak pakai. Nanti pecah bersepai sendiri tanggung lah yer. haha #NasihatUntukDiriSendiri
Even though musim perayaan, jumlah umat manusia yang datang beriadah memang tak putus2. Sesak ok area astaka ni, sampai nak buat concept e-lacur pun tak senang. 

Kenapa KM tak beli je sepasang roller blade? nanti senang practice kan?
Bukan tak nak beli sebab KM sendiri prefer untuk datang dan sewa je terlebih dahulu nanti dah expert baru lah ada whishlist roller blade sendiri. Tak begitu?

walaupun KM sedar hakikatnya dengan ku,pul RM10 sehari kalau sebulan confirm dah dapat beli roller blade yang basic? As KM said before KM sendiri yang willing to pay for the rental....woot woot so selamat meluncur uols. 

Apalah sangat kalau nak di ikut dengan paras rupa.

Hi Uols,

hidup ini sememangnya penuh dengan kontra kan uols?
hidup ini penuh dengan dugaan lebih lebih lagi melibatkan hati dan perasaan?
penat dah kalau nak memikirkan untuk menjaga hati dan perasaan orang lain?
tapi kita? untuk diri sendiri? apa yang kita dapat? kenapa susah sangat ke untuk perlu nak menjaga hati sendiri dari terus di landa kemurungan dan kesedihan?


ini petikan yang KM sendiri upload, hasil credit dari friend list di dalam Facebook. KM sendiri pun pernah tergugat dengan paras rupa seseorang, kalau nampak seseorang yang lebih sempurna hingg merasakan diri ini begitu kerdil jika dibanding kan dengan orang lain. Tapi apa kah kita pasti dengan menjadi seperti orang yang kita inginkan tu mampu menjamin kan hati yang tenang?? Bila kau pula berpandukan nafsu semata.

contoh yang boleh di aplikasi kan di dalam perhubungan seseorang itu adalah mereka yang bersihat materialistic dan juga perfectionist. Cuba korang bagi tahu siapa di dunia ni mempunyai hubungan sempurna. Tidak ada seseorang pun yang sempurna dik! mereka yang sempurna di mata kalian itu hanyalah kerana mereka bijak menyembunyikan kelemahan yang ada. 

Jadi adakah rupa masih penting bagi korang????

Setiap orang ada impian simpanan masing-masing.

hi uols,

Kalau nak di-ikutkan dah hampir 2 tahun berkecimpung di dalam industri pekerjaan, korang pasti ada yang tak tahu KM ni keje sebagai apa kan? 

Di dalam dua tahun ni ada banyak lagi cabaran dan impian yang harus KM kejar. Tapi semua kejayaan tu bukan nya datang dengan sekelip mata. Tapi semua tu harus di rancang dengan penuh teliti. Sebab KM tak nak ada kesilapan yang terjadi. Tapi biasalah bila kita start membuat PLAN, kegagalan kecil tu bukan lagi satu issue.

korang agak2 di dalam masa 2 tahun ni dah berapa banyak duit dalam savings account sendiri yang KM kumpul? haha siapa dapat teka KM belanja dia cendol mamak kat cheras. haha :) takde lah cuma KM nak share dengan korang kita ni jenis darah muda, kalau boleh semua tu nak enjoy je. KM dari kecil lagi bukan jenis orang yang senang semua kena berusaha. Dulu sebelum menempuh dalam bidang kerjaya ni semua kena bersabar. Tapi bila dah start bekerja baru lah terasa diri ini stabil sikit.
korang semua tahu tak baru-baru ni KM bawa ayah KM pergi tengok movie IPMAN 3, dan cuba teka itu adalah kali ke berapa KM bawa ayah pergi tengok movie. Sebenarnya ini adalah kali pertama ayah pergi di sepanjang hidupnya. Serius sebab selama ni bila ayah dah start berhijrah ke Kuala Lumpur ayah bekerja siang dan malam menyara kami sekeluarga. Ayah memang tiada cuti seperti ayah2 lain, waktu tu kami adik beradik yang lain masih lagi dalam pengajian. Ayah memang langsung tiada masa untuk berehat dan berhibur. Jadi bila Ayah dah pencen ni, ini adalah masa yang sesuai kami semua adik beradik bawa ayah pergi bersiar2 dan berjalan2. #sebak kejap sebab bila ayah luahkan perasaan selepas balik dari movie tu. Rasa bahagia sangat bila dapat meluangkan lebih banyak masa dan aktiviti dengan Ayah selepas ni. 
KM sendiri akui KM start bekerja agak sedikit lewat pada usia KM sekarang ni, dan ianya mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk merancang masa hadapan sendiri. Jadi persediaan awal dan perancangan yang teliti mungkin sedikit sebanyak dapat membantu untuk meringan segala perancangan, terutama sekali dalam perihal melibatkan savings ni.

Tapi untuk peringatan KM sendiri, itu hanyalah perhentian bersifat sementara. Sebab planning savings yang betul dalam jangka masa yang panjang adalah lebih terjamin. Yelah siapa yang tak nak ada rumah sendiri, ada simpanan untuk planning family, ada savings yang lebatsss, dan mempunyai access untuk pergi melancong bila2 masa kita suka.

Cuma apa yang merisaukan KM bila semua yang kita rancang ni end up tak menjadi seperti apa yang kita nak. Itu memang betul kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya. Rancang lah sebaik mana tahu kalau Tuhan belum lagi mengizinkan kita mendapat rezeki yang melimpah ruah selagi tu lah kita perlu berusaha dengan lebih lagi.

Jadi tak salah kalau kita merancang serta berusaha lebih untuk menjamin masa depan yang stabil. Betul kan? Satu je yang selalu bermain dekat kepala KM ni, andai kata kita diberi usia yang panjang. Kehidupan sebagai seorang yang bersara sememangnya memerlukan cost kehidupan yang stabil. KM memang sangat risau bila dah retire nanti.

 Kerja sekarang pencen confirm tak di support sebab kerja di company swasta. Jadi plan sebegini amat amatlah penting. Nasib baik KM ada beli savings plan dari Sun Life Malaysia Money for Life baru-baru ni. Sekarang KM tak yah risau lagi pasal kesuntukan wang untuk berkahwin, honeymoon, beli rumah atau pun melancong sesuka hati lepas pencen nanti. Sebab KM tau dengan savings plan ni, masa depan kewangan KM terjamin!

Kalau korang pun berminat pasal Money for Life dan ingin tau lebih lanjut pasal keperluan kewangan korang di peringkat kehidupan yang berbeza, layari lah link di bawah ni

https://www.moneyforlife.my/resetthefuture/

Cerita tentang si Monyet Raja yang lincah - The Monkey King 2

hi uols,

KM terasa sangat lah excited nak bagi tahu kat korang semua, dimana salah satu cerita yang KM tunggu dah pun released hehe. The Monkey King 2. Cerita filem fantasi ni di adaptasi kan sepenuh nya dari novel classic berjudul Journey To The West. 
hew hew, tak sabar nak tengok cerita Fnatasi + Aksi ni.

Dulu zaman sekitar tahun 90an KM lebih teruja dengan aksi yang di tayangkan dalam movie ni. Sebab salah satu aksi yang KM teruja apabila melihat mereka berkungfu dan aksi pertarungan yang sangat mengujakan. 

Dalam movie The Monkey King 2 ni watak utama monkey tu dibawa oleh Aaron Kwok, salah seorang selebriti Hong Kong yang sangat terkenal. Uolsss cair kejap KM melihat nye haha. 
 Dalam watak ni KM paling berkenan dengan keanggunan watak jahat yang di bawa oleh Gong Li (White Bone Spirit). Setiap perkataan dan perwatakan dia yang dingin tu berjaya membuatkan dia seperti syaitan yang berusia ratusan tahun. 
dua orang ni memang kelakar. Sebab kalau takde dua orang ni confirm tiada kedengaran suara ketawa di dalam cinema. Watak kelakar mereka berdua ni memang menjadi. Dalam ni watak mereka adalah untuk menyekat perjalanan si Sami dan akhirnya menjadi pengiring setia di dalam pengembaraan mereka ni. 
 hari pertama, KM ditemani oleh mereka berdua ni at GSC Mid Valley
 hari kedua KM di temani pula nonton di GSC Nu Sentral. 
 
YES, KM sarankan kepada kroang semua kalau nak tengok aksi filem fantasy ni amatlah di galak kan, sebab CGI dan editing dia memang lah gempak uols, cara editing dan CGI dia memang tahap dewa!!! hew hew.

Jom tengok trailer di bawah ni, confirm korang akan tengok on the spot juga lah.

#GojesBuddies - Exhange Gift For New Year 2015

hi uols,

sebelum dah expired dengan entry exchange gift ni better aku cepat2 update, kalau tak confirm selama setahun aku kena carut sebab lambat update. Siap boleh renew ok carutan itewwwww....

Awal tahun January lepas Gojes Buddies ada buat exchange gift celebration sempena dengan Hari Natal dan juga Tahun Baru, consider event ni cover 2 in 1.

Dengan bertemakan Xmas & New Year so merah dan hijau adalah color wajib untuk meriahkan event ni. 
 seperti biasa #OOTDKM tak boleh di lupakan. It was so unfortunate sebab KM tak sempat nak buat official OOTD for this look. Tak pelah next time there will be right?
 This is the fresh look eventually before the event start.
Decoration yang sungguh simple and comfy. Thank Shafreen for the deco. 
Di dalam geng gojes buddies ni Shafreen the only one yang akan diberi mandat untuk menghias setiap detail event.
 Seperti yang korang tengok dekat atas tu, itu lah semua hadiah yang bakal di exchange kan?
Al tough rules yang di tetapkan budget untuk gift exchange ni adalah RM20. Tapi majority apa yang KM tengok semua mahal2 belaka inclusive of those teddy bear. Jangan ingat teddy bear tu cheap2 hahaha.
ok sebelum tu KM nak gelak sorang while updating entry ni. Dek kerana terlalu excited dengan event ni. Section makanan KM terlupa nak snap. hahaha malam tu makanan yang di provide sangat lah tempting ok. Tak tipuuuuuuuuuuu....Slurrrrpppp 
but never mind dapat snap section dessert pun dah kira nice kan? haha
 
 Are you guys ready???
 Yeah KM dapat hadiah dari EJ. 
thank buddy. Cuba teka apa yang EJ bagi kat KM?
Its teddy bear sotong hahahahah....and I was like WHAT??? teddy bear cumi2.
 dan my present was given to Daoz. Hehe 
maaf lah kalau size pinggang kecil ok. Sebab dulu uols pinggang sama size dengan KM waist to 30cm kan? hahaha
 WOHOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!! masa untuk bergambar dengan gift masing2. sexcited betul muka sekor2 kan? well we just give the goo hype untuk event ni. So tak sabar untuk tunggu event seterusnya!!!
Ok guysss. Sampai disini saja lah event weols dari the #GojesBuddies. 
Yeah no wonder KM terasa seperti tak lengkap geng buddies ni, rupanya missing 3 person. Ayoi, Zul dan fad vever. Takpe guys uols punya hadiah selamat dalam simpanan KM hehe especially fad vever nye teddy. Memang buat harta lah kot ^_^
Till Next Time Guys!!!!!!!