OOTD Kifli Mally: Red Spicy not Hot

NO CAPTION for today entry!
NO WORD that can even tells!
NO FEELINGs to the surroundings!
NO MORE DREAM to be chase!!

Happy Birthday Kifli Mally 2016

Throwback masa bufday KM bulan dua hari tu, seperti yang tahun mendatang KM tak pernah pun nak mengharapkan apa2 gift hadiah or celebration dari member, colleagues, dan keluarga. Apa yang KM nakkan adalah wish dan doa dari kalian semua especially datang dari keluarga dan member terdekat.
 
kalau dulu time zaman hingusan boleh lah celebrate bagai, siap kalau tak dapat hadiah merajuk tarik muka. Kau pula jenis yang hidup di dalam dunia sendiri lepas tu bajet di sayangi ramai. End up gantung diri mereput di dalam bilik selamanya.... 
 Ok dengan tanpa segan silu KM berani nak share siapa family di sebalik tabir yang susah senang bersama hehe. Terasa sebak pun ada gak, sebab tak sangka tahun berganti tahun KM masih lagi melihat wajah2 tersayang ni. KM sendiri terbayang bagaimana rasanya jika satu hari nanti (which is PASTI) akan pergi meninggalkan kita???

 
Sudah kah KM bersedia??? Ataupun KM sendiri yang pergi terlebih dahulu jika dah sampai takdirnya. Eh kenapa pula sebak cerita tentang "kehilangan" ni..Jadi takut pula di buatnya. Yelah biasanya orang yang bercoret tentang kematian ni pasti akan pergi tak lama lagi......
 
TITIK!!!! KM SEBAK!!!!

Buat rawatan resdung (Sinus) buat pertama kali

Hari isnin yang lepas KM terpaksa MC sebab terlalu tak larat nak pergi kerja dek kerana muscle koyak malam tu all out berzumba. Ekkk...but its okay sebab KM sendiri dah plan lama nak pergi buat rawatan resdung dekat Sinar Permata ni.

Kalau korang pernah terbuka sinar FM korang pasti akan terdengar iklan Rawatan resdung dari Sinar Permata ni. How possible I bumped into that radio station? Apa ingat KM ni muda2 tak boleh nak layan sinar fm ke haha.

actually each time my mom and dad kalau naik kereta dengan KM, KM sendiri akan tune channel kepada Sinar FM dan time tu terdengar iklan tersebut. Google punya google dia ada outlet di Kuala Lumpur dan juga sekitar cheras. 

So KM decide untuk berkunjung di area Setapak PV128. 
ok KM tak sebenarnya time tu KM terlalu excited nak buat testing dan rawatan resdung ni, jadi pic di outlet memang takde la ye. 
Jom kita tengok procedure dia.
sebelum staff yang in charge tu dia akan suruh kita untuk buat testing resdung. 
cotton bud tu dia dah sapukan ubat kemudian letak di dalam kedua belah telingat untuk pengesanan hama. 
Hama akan bertindak balas jika korang terdengar bunyi letupan kecil. Maksudnya telinga kita di penuhi dengan hama dan penyakit resdung. 
selain dari itu, KM di suruh untuk sedut serbuk tersebut. Tak sampai seminit serbuk tersebut bertindak balas hingga membuatkan kita terasa seperti nak bersin. 

Bila result positif menunjukkan KM ada resdung. Jadi KM tidak teragak untuk membuat rawatan mengeluarkan lendir di dalam hidung dan sekitar muka.

 P/S: minta maaf yer untuk pemberitahuan picture di bawah ni sedikit menjijik kan ^_^
Untuk harga rawatan ni sekali service untuk mengeluarkan lendir resdung RM50. 
Ada dua session untuk rawatan ni. 
kemudian selepas dua session ni selesai korang akan di beri rawatan untuk rehatkan mata menggunakan service rawatan urutan mata. 

atas nasihat staff tu, untuk mencegah ianya dari terus berterusan amat di galakkan untuk mengambil supplement ni. Sebab setakat nak buat service mengeluarkan lendir saja tidak memadai. Dengan bantuan pil ini akan dapat mengurangkan resdung dari terus merebak.
Tapi ini lah yang KM paling tak gemar sebab KM memang jenis yang tak consistent, jadi pembaziran tu memang sesuai lah dengan muka sendiri haha.
Apapun next month kalau berkesempatan KM sendiri nak pergi lagi untuk buat rawatan mengeluarkan resdung ni. Atas staff dari sinar permata ni banyak juga pantang larang dia untuk mengelakkan dari resdung ni merebak dengan teruknya. Contohnya tak boleh makan ikan yang tak bersisik, ayam dan daging, kopi dan sebagainya. 

Muka yang bersih jangan di sangka tiada lendir resdung yang bertakung kat dalam rongga muka tu ye. kalau korang ada masa boleh jer pergi ke website official sinar permata dan google info selebihnya di sana ok.

Rasuah Seks merupaka salah satu gejala di malaysia.

Bukan saja di malaysia KM pasti gejala seperti Gangguan Sexual di tempat kerja berlaku di setiap pelusuk dunia. Cuma yang membezakan kita dengan pekerja lain yang mengalami keadaan begini memang membimbangkan kalau gejala ini tidak dibendung. 

Selain dari itu juga, KM dapat pendedahan dan informasi lebih lanjut di https://asklegal.my/ apa yang membuatkan KM tertarik untuk baca artikel ni berkenaan dengan isu Rasuah Seks. Yes apa itu Rasuah Seks? 

pada awalnya KM ingat masalah ni adalah perkara baru yang di hadapi di office, bila KM teliti dan amati, rupanya perkara ini bukan lah perkara baru. Rasuah Seks sebenarnya dah lama menular di kalangan kita terutama di tempat kerja dan kawasan luar dari tempat kerja. Rasuah Seks ni tak mengira jantina dan status seseorang dan Rasuah Seks ni boleh berlaku dalam pelbagai cara di mana niat mereka adalah untuk mendapatkan hubungan intim (sex). Kebiasaan Rasuah Seks terjadi kepada mereka yang terdesak untuk mendapatkan sesuatu.
Contoh situasi ye. Isu dari petikan akhbar.

Dimana seorang pegawai kerajaan yang berstatus tinggi, berkerja di sebuah sektor pembangunan dan pinjaman, pegawai tersebut telah menyalah gunakan kuasa di bawah nya untuk memaklumkan kepada mana mana wanita yang apply Loan Rumah dan seumpanya. Dengan menggunakan kuasa dan pengaruh untuk membolehkan dia "meluluskan" pinjaman dari pemohon dengan segera tanpa melalui sebarang prosedur, mengadakan hubungan seks merupakan ganjaran. 

Korang nampak tak? permainan di sini. Dimana kebanyakan mereka di luar sana yang terdesak adalah mangsa kepada situasi Rasuah Seks ini. Menurut lagi artikel https://asklegal.my/ Rasuah Seks ni terbahagi kepada dua jenis.

(a) “Quid Pro Quo Harassment” apabila gangguan seksual di tempat kerja ini melibatkan ancaman seks atau rasuah seks yang dijadikan syarat bagi mendapatkan keistimewaan layanan berkaitan pekerjaan atau digunakan sebagai asas dalam membuat sesuatu keputusan dalam organisasi, dan

(b) “Hostile Environment Harassment” pula merujuk kepada tingkah laku seperti jenaka seksual, komen yang menyentuh dan menganggu keupayaan seseorang individu untuk melakukan kerjanya sehingga boleh menimbulkan ketakutan, prmusuhan atau menyinggung kepada persekitaran kerja. 

Apa kesan dan masalah yang di hadapi kepada mereka yang merupakan mangsa "Rasuah Seks"? 
Kebiasaannya kalau kita sendiri mengalami situasi sedemikian sudah pasti emosi dan tekanan serta beban yang berat akan di pikul kepada si mangsa, ini kerana si mangsa akan sentiasa berasa tertekan dan malu untuk berhadapan dengan si pelaku Rasuah Seks ini. Dan tiada kemungkinan kepada si mangsa untuk mengalami gangguan mental dan emosi. Gejala ini amat berbahaya kerana mampu menjejaskan ekonomi negara pada masa yang sama. 

untuk mengelakkan gejala ini dari terus menular pastikan akan sentiasa mendapat consult dan bersedia untuk melaporkan aktiviti tidak bermoral ini. untuk info yang lebih lanjut korang boleh baca di sini "KLIK SINI UNTUK ARTIKEL RASUAH SEKS"

bukan itu saja malah di AskLegal ada banyak lagi informasi tentang masalah yang kita hadapi. Selamat menambah ilmu....