The Biggest Zumba party ever with Watsons Malaysia.

hi all, i nak throw simple and easy question. Siapa di antara korang ni yang suka berzumba? or you memang passionate giler dengan Zumba, boleh di katakan every week tu sure korang akan penuhkan schedule korang dengan aktiviti zumba. 

well if you really are, then here is some surprise that yall gonna thrill about it. 
ok in conjunction with move with your body #movewithyourbody by Watson, they all ni actually akan adakan satu event Zumba terbesar kat KL dan di lead oleh instructor International dari Colombia and Australia plus with a Non-stop Zumba hits spin by top DJ line up including Jakeman & Skeletor, Leng Yein, Chukiess & Whackboi and H3. 

Last year crowd dia melebihi 7000 participants within all malaysia which held in penang, dan tahun ni they all wanna make it outnumber by urging all citizen from all over malaysia turun padang untuk penuh kan Sunway Lagoon Surf Beach and the best part is during the night we all gonna have so much fun with glow in the dark Theme. cool huh?

When? happening in 22nd October 2016 (6pm-11pm)
So what are yall waiting for, heads up to Watsons official website "click here" and purchase your ticket only RM59.  Other option of purchasing the ticket you all semua can buy at Watsons store all around Klang Valley and Seremban.
The rest of troops that will accompany you thru the night with their grace moves. 
I am looking forward to get sweat all night long. Bring it on!!! luls~

Wohoooooo, here's some hype for yall to get more excited with the up coming event. Now you can get 20% off when purchase to any participating brand below. 
Should you have any inquiries, please don't hesitate to drop by at Watsons Official website to get more info Move With you Body lead by one and the only Asia's Leading Health & Beauty brand 
WATSONS

Kalau macam tu boleh lah abang ikut balik rumah, dang!!!

 hai y'all, it this a normal routine for me in every week go to zumba class in Pandan Indah. Unfortunately, so happened that I've been busy lately dengan keje di office, after office I had event to attend. Not necessary semua tu blogs event, sometimes a small invitation from my acquaintance  pun I label it as an event. luls~

I had my self speechless from what happened last week, seriously I was tremendously not to expect this pakcik brave enough to approach i yang very the petite ni. Lols!!

the story line something like this, last thursday lepas aku baru je settle dengan zumba class area ampang tu, around 10pm class dismissed, and at first tu terasa nak dinner pecal lele di sri nilam but due to muscle pain and super exhausted, we all cancel dinner and straight go back.

ok so all the way back balik tu kebetulan ada satu tapak pasar malam di Jalan Ikan Emas which is baru je nak berkemas-kemas nak tutup gerai. kebetulan that time peranakan aku bergetar kelaparan. Terus nampak lah satu gerai yang jual ayam rangka ni, Aku pun singgah dengan harapan dapatlah cucuk-cucuk tu dalam 4 batang ke, aku sempat beli cucuk-cucuk,  makanan masih banyak lagi dan rezeki malam tu akak owner gerai rangka ayam tu bagi aku dua ketul rangka ayam, perghh really mouth watering wak cakap sama lu. God bless you kak! murah rezeki uols. 

kemudian aku pun berjalan ke depan sikit, ternampak pula where seorang pakcik ni jual air kelapa yang di pack dalam botol mineral kecil. Which is attract me untuk beli that air kelapa, senang teguk je on the way balik tu.

Pakcik Botak: hah dik marilah beli 4 botol RM10 je.
Aku: wah nampak meriah ni bang! ok kalau macam tu kita nak RM10
Pakcik Botak: adik ni tinggal mana? sambil bungkus kan air kelapa tu
Aku: Kita duduk depan tu je, tak jauh pun dari sini. Sambil gelak2 manja ala anak dara sunti
Pakcik Botak: hah kalau macam tu malam ni boleh lah kita jumpa. 
Aku: WHAT THE F*CK!!! tapi carut dalam hati je la.
Pakcik Botak: Ok jom la jumpa malam ni. Berapa nombor telefon meh sini nak save.
Aku: PUNDEK!!!! haha haha Sambil gelak ala2 manja...Takpelah abang dah lambat ni. Lain kali ye
Lain kali katanya, macam aku bagi harapan nak suruh pakcik tu datang rumah hahaha LOL
Pakcik Botak: Terus membisu mengemas kerana rayuan dia punah di reject..

Memang lah punah kena reject lahanat!!! dah kenapa nak ikut aku balik rumah bagai kan??? kalau kau helok comel macam Kifli Mally tu memang aku yang bawa kau balik sundallll....
lepas tu air kelapa dia sampai ke sudah aku tak minum sebab aku terfikir mana dia dapat bekas air mineral tu? SAITOONNNNNN!!! mana lah tahu recycle.OMG!!! :)

bukan cakap jahat eh!!! Aku try offer kat kawan aku untuk try dulu, kot2 dia mati dulu so aku tahu lah benda tu tak selamat untuk di minum kan, bila buka je penutup botol tu nampak lah serangga kat dalam botol tu.....Mother F*cker!!!! Don't you see am just a BOY #BeyonceCover

Totally i had my mood spoiled on that night!!! memang sekarang ni susah betul nak cari orang yang ikhlas berniaga kan????

Happy Birtyday Sayang #AltheaTurns1 dan contest untuk memenangai Macbook Air.

Wohoooooo, tak sangka product kecantikan online dari korea dah mencecah 1 tahun. Althea Korea ni sebenarnya adalah satu website ecommerce online yang menjual banyak brand kecantikan dari korea. Bukan itu sahaja, perfume pun korang boleh dapatkan dari website ni.

 Bila sebut birthday aku pula yang super excited. Yesssss aku terover excited sebab selain dari nak shout out birthday dari Althea Korea ni, mereka juga memberikan pelbagai gift menarik seperti goodies dan hadiah contest sempena dengan hari special mereka ni, dan aku rasa korang semua sure taknak ketinggalan untuk participate kan? tunggu.....
Btw thanks for the sweet n pinkish box, kalau korang nak tahu pasal beauty box ni just click sini ok .
balik malam tu je terasa nak unbox semua dan shoot video on the spot. Tapi aku simpan untuk birthday mereka pada rabu hari tu,

Jadi korang nampak lah macam mana aku celebrate di dalam bilik dengan penuh excited.
it's selfie time :)








ok part ni yang di nanti kan ramai. Sempena dengan Althea Birthday ni mereka memberikan surprise kepada korang semua, tengok bawah ni.

Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
Untuk semua pembelian dari 20/July dan ke atas. Sementara stock masih ada!

Free Goodies untuk 1,500 pembeli yang pertama
kepada setiap pembelian product kecantikan. Sementara stock masih ada!

Birthday Giveaway. Pilih 3 Top Seller untuk 100% rebate!
Rebate akan di creditkan kepada account anda.

#AltheaTurns1 Instagram contest
Pastikan korang ada Althea Party Kit? Wish mereka happy Birthday dengan hashtag #altheaturns1 dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang sumpah gila menarik seperti Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6s, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 selfie camera, Althea Credits dan juga hamper kecantikan dari Althea Product sendiri.
Total hadiah semuanya bernila RM10,000.
contest ini akan berlansung dari 20 July - 15 August 2016.

Jadi aku sendiri tak akan lepaskan peluang untuk turut serta, 

till next time guys...MUAH!!!!

Pengumuman Penting - Pokemon Go Malaysia, macam mana download Beta-version [TRIAL] untuk apple dan Android phone user

hi korang, kepada mereka yang lahir tahun 80 & 90an confirm dah tahu dengan kewujudan permainan ni kan? POKEMON? 
serius dulu aku time main game ni pun memang khusyuk sampai tak boleh nak tinggal kan game ni depan laptop. Tak puas dengan laptop siap download anime pokemon lepas tu beli semua koleksi miniature pokemon ni kan? itu tak termasuk dengan accessories lagi haha. Sungguh obsess,
Search Engine Google Malaysia.my - Semua top pencarian berkaitan dengan Pokemon Go.

Kalau nak di bandingkan dulu dan kini teknologi dan quality game dia memang banyak enhancement kan? Kemudian tahun ni bertambah meriah lagi dengan kemunculan game baru "Pokemon Go" dan aku percaya sekarang ni satu dunia tak sabar nak tunggu kemunculan game ni release dekat store masing-masing. 

Seperti sedia maklum kalau tak silap, mereka akan releasedkan date untuk Asian di Apps Store & Google Play store. Tapi kawan aku baru je mention yang released date mereka di anjak kan. Sedih gila ok! sepatutnya asian dah boleh merasai untuk bermain hari ni 15-7-2016. 

Jadi kepada mereka yang tak sabar untuk merasakan sendiri macam mana untuk bermain di phone anda. korang boleh refer dekat bawah ni, aku sediakan dua Step2 untuk Iphone user dan juga Android User.


Android User (Pokémon Go APK file)
Ok pertama sekali korang kena pergi ke Security menu, kemudian kemudian ON kan button untuk unknown resources, ini kerana apps yang korang bakal untuk download adalah adalah dari pihak ketiga. Dan semasa korang nak download pastikan kroang sentiasa behati-hati dengan sebarang malware. 

kemudian korang pergi ke LINK ini untuk download application tersebut kedalam phone android korang. Dan tekan "Download APK"
Lepas dah dowload tu korang kena lah install, bila dah install completed, finally Happy hunting. 
Kalau dah bosan boleh dah delete sementara tunggu original version untuk live di malaysia ^_^

Iphone User (Sign Out Apple ID):
Ok untuk korang yang apple user ni senang je, pertama sekali korang kena pergi ke Settings > Apple ID atau iTunes&App Store > Sign Out.

Setelah sign out, korang kembali ke settings > General > Language & Region > Region > korang pilih sama ada US, New Zealand atau Australia. Sebab region ni je yang di benarkan untuk download buat masa ni. 

Lepas dah tukar language dan region nanti korang pergi ke Apps Store kemudian search "Pokemon Go" lepas tu try install. 

P/S: Semasa korang nak install tu dia prompt nak ID Apple, korang boleh create Apple ID yang baru ini kerana untuk memudahkan installation application tersebut. Semasa korang create Apple ID yang baru tu dekat Billing Section korang boleh select "NONE". Then bila semua dah ok selamat memburu pokemon korang.

Kredit untuk sumber tutorial: http://www.techradar.com

Ok dekat bawah ni aku belanja beberapa gambar, selepas kawan aku Joshua install Beta Version of Pokemon Go ni. Dia pengguna Iphone, so sila tengok steps di atas tu ye.
Kredit Facebook: Joshua Beti

 PENGUMUMAN PENTING: 
kepada korang yang ternanti-nanti atau tidak mahu ketinggalan kemunculan mereka di Malaysia, korang boleh tengok dekat website di bawah ni kerana so far mereka hanya Launch di beberapa buah negara seperti Australia, Germany, New Zealand, United Kingdom & United States. 
Jadi selebihnya negara memasing belum lagi di releasekan, Jadi kalau nak menjadi orang pertama korang boleh pergi ke website di bawah ni dah klik "notify me" jadi korang secara tak langsung tahu bila mereka release kan Game ni nanti especially kat malaysia. Woot Woot.
till next time ADIOSSSS!!!!!

DIY: Wet Cat Food untuk si anak bulus comel. GAGAL!

Ok kegigihan aku untuk nak buat DIY wet cat food ni memang tak boleh nak di bendung lagi, semangat tu siap pergi NSK hypermarket semata untuk nak cari barang basah, ni semua sebab info yang aku tak sengaja terscroll di facebook page, lepas tu entah siapa yang pergi tag nama aku konon nya dengan harapan aku boleh hasil wet cat food version aku sendiri.

Version aku kali ni GAGAL ye, di ulang GAGAL. Sebab mungkin terlalu ghairah kot semua ikan tu tak nak jadi makanan kucing sebaliknya semua di buang dalam tong sampah. 

Walaupun gagal aku tetap gigih nak bagi tunjuk step dan bahan yang di perlukan untuk membuat Wet Cat Food ni. 

Bahan-bahan yang korang perlukan ialah: 
1. Ikan Sardin (ikut citarasa memasing)
2. Sayur Bayam (Kuantiti sedikit)
3. Lobak (optional)
4. Agar-Agar (Base yang sangat penting)
5. Tidbits (Sebagai Reward)
6. Beberapa titis minyak Zaiton(optional)


 
lobak lagi 
 
Sekarang korang hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah seperti di bawah ni:

1. langkah pertama apa yang korang perlu lakukan ialah rebus ikan yang korang dah bersihkan tu selama beberapa minit. Bila agak-agak dah masak isi ikan tu, korang boleh start untuk asing tulang dan isi ikan tersebut.
2. Bersih lobak dan sayur bayam tadi. Kuantiti sayur yang di sarankan adalah minima ini kerana korang pun tahu kan kucing tak makan sayur haha. Tak nak sayur tu menguasai bau ikan tu nnti ok
3. Blender Ikan tersebut tapi pastikan ianya tidak hancur sepenuhnya ini kerana nanti kucing uols tak nak makan pula sebab tak nampak bentuk ikan? hahah just kidding. 
4. Masukkan sahur seperti bayam dan lobak dan blender ikan tersebut. 
5. Gaulkan hingga sebati bersama beberapa titisan minyak zaiton.
6. Bila semua dah sebati korang boleh start untuk masak semula ikan tersebut bersama dengan bahan campuran tu tadi. Kemudian korang boleh masukkan base / serbuk agar-agar tersebut. Ini penting supaya hasil nya nanti korang akan nampak ikan tersebut terhasil dalam bentuk pepejal. 
7. Time ni korang boleh letak kan tidbits atau reward pada atas makan kucing, sebagai hiasan pada wet food tadi. Ataupun pada step 5 di atas korang boleh dah sebatikan semua bahan-bahan tu tadi.
  
ko tengok lah aku nak blender untuk 10 keturunan kucing aku ke? memang tak beragak....
 
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa simple kan step dia? tak sampai berapa minit je korang dah boleh hasilkan DIY Wet Cat Food korang sendiri, dan apa yang Penting jimat ok. Serius ianya jimat, sebab stock makanan ni korang boleh gunakan dalam masa yang agak lama gak. Selamat menggemukkan kucing uols semua ok....

Nanti "kami" sudah tiada, pasti korang akan lupa macam mana nak buat burasak!

hi korang, aku pun terasa seperti serba salah sekarang ni, korang tahu tak kenapa? sebab tradisi dan adat istiadat orang bugis bakal lenyap dalam masa beberapa tahun dari sekarang. Dalam keluarga aku sendiri boleh dikatakan tiada siapa yang dapat mengambil ahli adat istiadat kami sebagai kaum bugis. 
ok nak di jadikan cerita, satu hari selang beberapa hari sebelum raya aku ada tolong dalam penyediaan menu tradisi orang bugis iaitu Burasak dan Burasak Tumbuk. Di dalam aku tengah membalut burasak tu, tiba-tiba mak aku bersuara "Nanti kalau kami mak ayah dah takde, mesti korang dah tak buat burasak kan?" ya Allah terkedu nya aku umpama tiada ungkapan yang kukuh untuk aku balas balik soalan mak aku tu.

Dan memang aku akui di mana antara kami 4 adik beradik memang takde sorang pun yang expert di dalam membuat juadah orang bugis. Jadi rasa terkilan tu semestinya berada di pihak aku lah kan? 

adakah acap kali nya tiba perayaan aku dan adik beradik yang lain akan bertandang ke rumah sanak saudara yang terdekat semata untuk merasakan suasana orang bugis untuk meraikan perayaan di hari raya.
ok just incase kepada korang yang tertanya kenapa ada makana terhidang di dalam talam, ok ini yang aku dapat tahu adalah untuk memberi sedekah kepada arwah yang dah lama pergi. Ini consider sebagai penghormatan yang kita masih lagi mengingati mereka untuk bertahun lama nya. Selain dari itu tradisi orang bugis seperti ini juga adalah untuk doa selamat di mana bagi meraikan sebarang kejayaan dan perayaan yang di kecapi. Bila dah ada makanan yang sedap untuk di hidang sudah semestinya orang ramai yang datang juga turut meriah, jadi korang cuba bayangkan kalau mereka adakan majlis doa selamat/kesyukuran di kampuang. Perghhh meriah beb!!!
ok ini pakcik aku yang tengah membaca di iringi dengan ayat suci alquran, kalau adat tradisi orang bugis terdahulu penggunaan kemenyan adalah untuk sumber penghayatan gitu. Maaflah sebab fakta yang aku dapat ni pun berdasarkan dengan hasil penelitian aku selama bertahun.

Jadi kesimpulan nya, adat istiadat ni memang tiada nilainya, apatah lagi kalau ianya perlu berkekalan dari satu ke satu generasi yang lain. Bagi kita yang belia muda ni seharusnya bersiap sedia untuk meneruskan legasi ke sampai bila-bila

Mungkin ni rezeki di hari raya kot, google adsense approved! [udpated]

hi korang, macam mana dengan raya? pasti korang semua tengah beraya sakan di samping keluarga tersayang kan?

raya aku untuk tahun ni pun seperti biasa je tiada apa yang special, sebab kami sekeluarga sambut dengan ala sederhana. Tak meriah rasanya bila adik perempuan aku balik ikut husband dia dan adik lelaki aku yang second tu beraya kat kampung (sabah) jadi tinggal lah kami 4 beranak beraya di KL.

walau apa pun raya tetap raya kan? tapi aku berasa sedikit gembira untuk tahun ni sebab google adsense dah approve application aku untuk terpapar di dalam blog aku yang tak seberapa ni. Mungkin dengan adanya google adsense ni sedikit sebanyak memberikan aku motivate untuk kembali aktif berblog. 

siapa lagi ingat sekitar tahun 2005-2009, kan zaman ni siapa yang bertaut di bawah nuffnang mereka semua ni akan berasa best gila sebab boleh dapat side income dari blog termasuk lah dengan diri aku sendiri. Dari nama blog yang merapu 

-qieflysidolce,blogspot.com
-kiflimally.blogspot.com
-kiflimally.com

hinggalah transformasi demi transformasi aku cuba ikut, at last bertahan dengan nama domain sendiri, setahun aku bayar 35ringgit untuk maintain kan kiflimally.com tu. Yang bestnya dengan google adsense ni mereka bayar kita dalam rate USD lepas tu minimun yang dia setkan before cash adalah 100USD, dan aku dah lama tunggu approval dari dorang, sebab aku pernah apply sekali tu depa reject sebab team mereka cakap certain requirement dari blog aku tak meet request yang mereka tetapkan. Jadi aku minta pakar website dan sedikit tips ini yang mereka bagi tahu untuk dapat pelepasan / kelulusan dari Google Adsense.
korang tengok lah iklan yang bercahaya indah menyelubungi blog kiflimally.com

1. Blog kena original dan bukan nya write up copy paste.
2. Tidak ada tutorial yang yang berunsurkan kepada pembaca anda untuk download secara haram.
3. Bukan entry copy paste. 
4. Gambar yaang korang snap bukan hak milik korang, dan kalau copy dari website tapi tidak memberikan credit hak pemilik.
5. Entry tidak berunsurkan lucah.
6. Setidak nya di dalam blog/website korang kena letak  
7. Ayat dan penulisan seharusnya formal, dan tidak semua dalam bentuk penulisan bahasa pasar.
8. Di dalam blog/website korang seharunya ada Penafian/Disclaimer/Pengakuan. Ini penting untuk memberitahu segala media yang terkandung di dalam blog korang adalah hak milik persendirian.
9. JANGAN MEMUJUK/MENGGODA/MEMAKSA readers korang untuk klik iklan yang terdapat pada website korang. - Ini penting!!

ok rasanya 9 tips saja yang aku boleh berikan kepada korang semua, InsyahAllah kalau ada nanti aku akan update ok.
lagi satu yang aku nak share dengan korang semua, tengok lah pada post aku kat facebook dalam awal bulan March 2016. Gigih tak? aku pergi delete mana semua entry aku yang dulu-dulu kala tu. Ada yang menarik dan ada yang entry bodoh. Semua tu aku delete sebab memang tak memberi kesan keapda semua orang pun, especially readers aku.

Jadi apa lah sangat bagi aku untuk delete beberapa entry demi untuk meraih tujuan yang lebih positif. mungkin sebab dulu aku berblog aku ingat lagi aku jenis yang tangkap muat, apa yang aku rasa berbaloi untuk sumbatkan di dalam blog, aku masukkan tanpa mengikut kategori jadi itu yang membuatkan blog aku terasa seperti buah yang busuk walaupun nampak ranum dari luar. - Faham ke tidak? hahaha
ok guys till next time ok...

English breakfast tea lebih mahal berbanding dengan semangkuk Nyonya asam laksa

nak di jadikan cerita, semalam usai je berbuka puasa di rumah. Aku dan adik plan bawa parent untuk dinner di Ioi City mall putrajaya, cos it brother in law treat haha. Bukan selalu dapat pau adik ipar aku bab2 belanja ni. Lebih kurang dalam pukul 830 kita orang dah dah on the way ke Ioi mall, tapi tu lah dia bila dah sampai kat lokasi kita orang still tercari-cari kedai mana nak isi perut. haha susah betul soalan ni kan. NAK MAKAN DEKAT MANA?

so kita orang pun decided untuk makan di Sepiring, aku pernah datang makan kat sana sekali. Tempat tu memang nice sebab tingkat atas district 21 and then sebelah restorant sepiring ada ice skating. 

so we ordered like 5 dishes untuk semua orang, walaupun time tu perut dah kenyang after berbuka tapi entah kenapa nafsu still nak order banyak hahaha. But alhamdulillah we manage to cleaned up all the dish ok. Tiada pembaziran untuk malam tu yeah!!!
this is En Mally dimana lepas meal je adalah wajib untuk beliau menggunakan toothpick. Aku boleh bayangkan kalau dia tak dapat toothpick ni memang tak keruan orang tua ni dibuatnya, dah macam some kind of addiction haha
my dad memang jenis yang berjimat cermat dari semua aspek, even kalau nak ajak pergi makan kat luar atau movie date for sure dia akan brainwash dulu anak-anak dia pembaziran itu jangan di lebih2 kan. End up dia pun ikut juga kita orang haha. 

Bila dah settle dinner my dad terus cakap luckily dia amik Teh o panas je sebab he is very confident harga dia murah. Terus adik aku bagi tengok list price seawan tea tu RM10. haha tergelak the whole family. 
"lor ayah ingat amik teh o panas itu yang paling murah, rupanya lebih mahal dari semangkok nyonya asam laksa" then we all continue gelak memecahkan suasana hening di dalam restoran sepinggan.

as a bonus malam tu sekitar 11pm, otw nak balik tayar kereta pulak pancit sebab terkena skru all the way dari kajang, no wonder terasa berat je steering kereta. luckily ada brother in law yang super sado senang sikit dia tolong tukar tayar haha. 

Alhamdulillah everything settle as blink of an eye, both of my parents ikut my girl sister balik. As for me kena drive balik cheras slowly. ^_^
nampak skru tu? haiyoooo memang geram je di buatnya. 
Seperti biasa lah apa-apa saja yang relates to my tyre, confirm aku akan refer dekat kedai experts ni. 
dah banyak kali aku datang ke kedai cina ni sebab kedia dia the best ever. Bagi aku lah haha

ouh ye, sehari dua before nak raya ni banyak betul masalah yang di hadapi especially kereta kan?
my housemate kereta dia berasap2 di tengah jalan, my colleagues pula semua tayar dia pancit. Alahaiiii dugaan 

Takpe as long you'll semua selamat, itu dah mencukupi untuk meyambut Raya bersama degan orang yang tercintaaaaaa...Gitu