Berita Baik untuk semua. Watsons! Tukar dan Jimat (Switch & Save)

Lately ni banyak betul kempen yang di berikan oleh Watsons kan?
Dan kali ni korang boleh mendapatkan promotion yang lagi banyak dan berbaloi bersama dengan Watson Kempen yang baru ni Tukar dan Jimat (Switch & Save).

Apa tujuan kempen Switch & Save ni?
sebenarnya kempen ni bertujuan untuk mengetengahkan product yang di keluarkan oleh Watsons sendiri, dari segala jenis product kecantikan dan kesihatan. Kualiti product keluaran watsons mempunyai kualiti yang sama dengan product berjenama yang lain.
Tak percaya? aku sendiri dah cuba dengan membandingkan product ni, seakan sama dan kadang tu jauh lebih baik dari segi kualiti dan teksturnya. Bertempat di Paradigm Shopping Mall Center semua orang termasuk lah para tetamu yang hadir diberikan peluang untuk meneka sendiri kehebatan product watsons ni.

ada 10 Brand Watsons yang utama, jadi korang boleh pilih dan bandingkan sendiri ok.
dan aku memilih vitamin mereka, semasa pengambilan aku yang pertama, vitamin soluble ni memang sesuai dengan aku. Sedap pun sedap. :) Thumbs up
Tengok lah di setiap station test product tu, mereka bukan membandingkan cuma Watsons sendiri ingin memberitahu product keluaran jenara sendiri juga berkualiti tinggi.
Jom tengok video clip Duta-Duta watsons ni :)
layari untuk info lebih lanjut:

50% discount: Buffet RM 29.00 di International hotel KL hingga hujung tahun.

Hi Korang,

amboi bulan october ni entry asyik makan je kan?
dah alang-alang cerita pasal makan mari aku share dekat korang semua makan buffet terbaik punya di Hotel International Kuala Lumpur.

Korang tahu tak? Sekarang ni (KLIH) bagi 50% peratus kepada semua tetamu yang hadir. Serius korang pasti terperanjat dengan discount yang diberikan. Dari harga asal RM 58.00 hingga RM 29.00
Jadi siapa yang nak makan tengah hari KLIH adalah tempat yang paling strategik korang nak makan start dari 07 Oktober sampai lah hujung tahun ni. Tapi promotion ni tidak tertakluk pada hari Ahad & Cuti Umum ok. Start hidangan dari Jam 12-3 petang.

Ok baru sekarang aku cerita pasal menu dia pula. Aku nak highlight kan Rendang Tok Wan dan bersama dengan masakan enak tradisional. 

ini baru sebahagian menu yang di hidangkan, kalau korang tahu kenalah datang untuk rasa sendiri. Antara juadah yang akan disajikan adalah sotong masak hitam, masak lemak
cili api udang pegaga, telur itik masak lemak kuning, daging kuzi, kari kepala
ikan, paceri nenas, ikan singgang, rendang ayam, kari kambing,rendang tok,
ulam-ulaman, pelbagai sambal, mee bandung, rojak buah, serta pelbagai
jenis pencuci mulut
kalau nak tengok info lebih lanjut, roger jer kat bawah ni ok:
Facebook @klihotel,
talian tetap 03-26978833 atau 016-2018831 juga email
enquiry@klitel.com.my.

Food Review: Little Rara Thai Noodle House KL. 4.5 bintang lah aku bagi

Hi korang,

kalau korang tengok entry yang lepas aku ada buat entry makan kencang di MELAKA FOOD TOUR, memang puas wei makan kat melaka, insyahAllah nanti ada masa n rezeki pasti aku akan repeat. 
lepas tu kan RM500 bajet untuk makan 5 orang, lepas tu ada balance kita orang proceed makan di Little Rara KL. Tu dia cuisine thai food, ala noodle boat tapi lebih sedap. Nak tahu sedap ke tak mari tengok review makan aku kat bawah ni:
tapi sebelum tu korang tengok dulu menu dia? murah pun murah kan?
Bagi aku memang murah untuk area makan kat tengah bandar KL ni. 
Speed Boat Noodle Beef dan Chicken. 
Real Beed BBQ
Pulut Mangga
Pad Kra Praw
Kai Thoad Patong - Ayam goreng dengan nasi pulut
Naa Tieaw Coconut Ice Cream.

Jadi Total makan di atas ni semuanya RM130+
Macam mana boleh di panggil little Rara, sebab ada budak tu nama anak owner dia, sebab time kami makan kami terdengar nama dia RARA. :) comel je budak nya.

eh btw makan kat sini aku bagi 4.5 bintang. Dan aku akan repeat makan dengan seseorang yang special. Woot woot haha

kalau korang nak makan google sajo 
"Little Rara Thai Noodle House" atau korang boleh pergi refer address kat bawah ni:
AddressMenara HLA, 3, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Melaka day trip food tour, 7 menu pilihan sehari di melaka. Busung uols!!


hi korang, yessss baca tak title di atas. Ini adalah food tour yang pertama kali kita orang plan. Plan semua last minit sebab dengan budak ofis je, cuba korang bayang kan 7 menu utama yang kita orang dah plan lama.

Since ini merupakan day trip untuk melaka food tour masa kita orang amatlah terhad dan kalau boleh semua aku nak makan dalam sehari, tapi berpada2 takut ada yang termuntah haha.

Bajet untuk makan ni kita orang collect setiap seorang RM100 x 5 ada RM500 di dalam tangan. Jadi kita orang boleh makan sepuas puasnya. Jom tengok berapa baki dari hasil collection kita orang. Tunggu di akhir masa lah kan baru boleh udpate.
around estimation time kita orang sampai di tanah melaka sekitar jam 9 pagi, jadi tumpuan untuk breakfast adalah Roti Canai kayu Arang area Bachang.
Address: lot 459 kg bakar batu mukim, 75350 Bachang, Melaka, Malaysia
Total belanja makan di sini sebanyak RM 20+ untuk 5 orang makan memang murah, itu pun sebab kita orang share, kalau tidak memang perut kita orang pepagi dah busung.
Ok next sementara nak tunggu masuk tengah hari tu kita orang melawat area Menara Taming Sari, lepas tu beralih ke Melaka River Cruise.
Fees untuk naik menara Taming Sari tu - RM25/per person
Fees Melaka River Cruise boat - RM 10/per person


ok matahari pun dah start membakar kulit aku yang kuning langsat ni, harus pekena something yang sejuk, jadi kita orang end up dekat Big Bowl Melaka bersebelahan dengan Jonker Walk area. Tu pun dapat tahu dari uncle yang jaga parking.
"hah situ sudah manyak masuk belita" haha anyway thanks uncle.
dah masuk je tengah hari tu, apa lagi acara kemuncak di mana aku memang dah lama nak rasa Asam Pedas Pari kat kota laksamana. Tapi dalam perjalanan tu kita orang sempat singgah untuk beli Kapten Pisang,
Total makan untuk 5 orang Asam pedas + Telur Dadar + Sotong goreng kunyit RM 70+
Alamak terlupa pula berapa total untuk satu box combo Kapten pisang ni, dalam dia ada 4 flavor. Tapi favorite aku mestilah cheese uols...MELELEH
nak jadi jadikan cerita, almost masuk waktu TEA TIMEEEE. Kuih Keria antarabangsa wajib menjadi tempat persinggahan sebab kat sini kalau datang lambat dalam pukul 3 ke atas sure dah habis. Licin uols. Alhamdulillah time aku sampai tu takde orang sangat jadi haruslah kami borong sakan uols.
Mnuju ke perhentian dessert seterusnya Coconut Shake Pantai Klebang, ini kalau tak singgah memang tak sah uols!!! Service dia during weekend memang cepat, dan beratus panjang itu sudah semestinya.


next kita orang pergi cari souvenir kat area jonker walk, during weekdays memang takdelah pasar malam tu, jadi less crowd. Adalah a few souvenir yang aku sempat grab untuk orang tersayang, EH!!! matilah nak.

last sekali before kita orang tinggalkan Melaka dengan hati yang senang, kita orang singgah kat Mi Sup Bodoh area Tengkera, dorang gelarkan mi sup bodoh ni sebab mi sup yang di hidangkan tu aku pun boleh, ramuan dan bahan semuanya basic sajo uols. Mungkin di sebabkan terlalu ringkas orang melaka terus gelarkan mi sup bodoh, nampak di situ orang melaka ni mulut jahat hahahah #LARIKKKKK tapi hati baik lah, haha cover balik.
Tapi sayang dalam perhentian terakhir ni kami terlepas nak rasa Pop
ia goreng dan popia basah depa. Sebab time tu kami sampai agak lambat juga dalam sekitar pukul 5. Jadi apakan daya ini membuatkan aku untuk nak datang melaka lagi...

Jadi Total untuk makan semua hari ni estimated dalam RM250 sahaja. So ada lagi balance untuk melantak di kuala lumpur. Jadi korang tunggu lah kita orang plan nak belanja balance ni kat restoran mana ok.

I LOVE MELAKA dan orang nya sekali.... :)
A video posted by Kiflimally (@kiflimally) on