Nasi Lemak "Ketagih" downtown cheras, percubaan kali ke 2

wei teman aku pergi makan nasi lemak "Ketagih" kat downtown cheras yang lama tu.

itu ayat pertama yang keluar dari mulut aku selepas selesai mandi malam, tapi entah kenapa aku terasa seperti nak makan nasi lemaka aku tu lagi sekali, mungkin ni sumpahan atau saka nasi lemak dia membuatkan aku seolah2 "ketagih" nak makan.
waktu "pestime" datang melawat tempat ni, aku saja usha nasi lemak akak tu, lepas baca sign nasi lemak tu, aku terkucil sendiri. Then akak tu bersuara, adik jangan gelak ramai dah yang datang balik cari nasi lemak akak ni lepas gelakkan nama dia. Time tu aku langsung tak amik peduli, hahaha
well untuk kali pertama tu rasa dia memang boleh tahan lah mungkin sebab keterujaan aku kot, tapi for the second time ni pula aku rasa biasa je. YESSSS mungkin lepas ni aku tak ketagih. Urghhh self-psycho haha
mungkin yang membuatkan aku rasa suka dengan nasi lemak ni sebab ayam seringgit seketul yang dia jual tu.
 and oh yer, lupa nak mention, actually kat takapk downtown cheras yang lama ni highlight dia adalah steamboat @ cucuk-cucuk.  
Ok dah lapar ni, K BAI!

Selamat Hari Raya Dari Kifli Mally

Assalamu'alaikum.....
Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa dan lain2 kecuali dengan memohon  maaf kepada orang yang diumpat.

Disini saya mohon maaf sekiranya saya ada/pernah mengumpat dengan sengaja atau pun tidak disengajakan, dengan mulut maupun melalui tulisan.  Begitu juga dalam pergaulan , sekiranya ada kata2, gurauan atau teguran dari sy yg mengguris hati, diharap sudi memaafkan saya dengan setulus hati dan seikhlas mungkin. Hidup saling bermaaf-maafan, saling  tegur menegur dan berkongsi ilmu yang bermanfaat agar tiada perasaan  dengki, khianat, sombong serta  bangga diri.  Selamat memburu REDHA ALLAH. Semoga beroleh rahmat yg abadi. Hadirkan dan doakan sy juga dalam doa kalian dipenghujung ramadan yg berbaki ini.
Aamiin.........

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin
Ikhlas dari saya : Kifli Mally Sekeluarga


 
 

Dan sebesar penghargaan saya kreditkan kepada CVS Production.
Studio yang cantik dan selesa untuk photoshoot.
Jom tengok Facebook profile mereka CVS Production

Boleh tahan seramnya di Istana Kellie (Kellie’s Castle) @ Batu Gajah, Perak

Wei kali ni siapa sangka aku boleh berjalan sampai ke Perak, kali ni perjalanan ni pun bersebab, nak attend wedding adik member aku si +Adyba Jee. Settle je acara +Zurimie Mohammed  terus ajak berposing sakan di Kellie's Castle (Istana Kellie) 

Asalnya kita orang nak pergi ke Gunung Lang Recreational Park, tapi memandangkan perjalanan sehala dah menuju ke arah Kellie's Castle jadi nak uturn tu memakan masa. Jadi hari pun semakin lewat wei, lepas tu aku tak nak lah gerak malam dari Perak. Sebab aku tak prefer drive belah malam. 
Parking space di kenakan bayaran sebanyak RM 2
time aku datang ni crowd biasa dan masih terkawal, sebab tu aku dapat jumpa parking space. 
Yuran untuk masuk ke Kellie's Castle di kenakan seorang RM 5 (harga tertakluk kepada semua pengunjung takde harga student) Kad pengenalan kena tunjuk semasa purchase ticket tu kalau tiada ID korang dikenakan bayaran sebanyak RM 10. ada faham?






















OOTD adalah kewajipan bagi aku. LOL
 
sebelum naik ke Castle korang akan nampak sign board ni. haha padahal kat belakang aku tu besar terpampang Istana si kellie ni.
ini adalah structure bangunan dari pandangan belakang Kellie's Castle. 
 
 
 
Dan terdapat satu taman atau walkway dari belakang castle ini.
Tempat yang nice, redup je cuaca petang tu.

 Helipad di puncak Kellie's Castle.
 
 

 Sedikit info mengenai Kellie's Castle.
  • Owner castle ni bermama William Kellie Smith 
  • William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland
  • terletak di Jalan Gopeng Batu Gajah Perak.
  • kediaman ini telah berusia 112 tahun
  • di bina sejak 1910
  • Hasil rekaan istana ini untuk mempamerkan rasa kasih dan sayang si suami kepada si isteri
  • Sumber Lebih disini


kalau korang nak pergi ke sini senang je, hanya perlu waze "Kellie's Castle"

have fun guys. 

ouh tentang tahap seram dia tu, memang boleh tahan lah, sebab dekat Istana ni sendiri dah mention pada level 1 beranda tu memang berhantu, di katakan "penjaga" di situ muncul sepanjang beranda bila malam tiba.

Kalau korang ada masa, boleh lah try sendiri pengalaman ni ok.

Kita tawan Gunung Datuk, Rembau @ Negeri Sembilan

hi uols,

Kali ni rasanya nak pergi tawan Gunung Datuk di Rembau pula, Tapi apa yang bestnya bila semua plan last minit ni memang menjadi kan. Boleh katakan smooth je perjalanan tu Alhamdulillah mujur ada pamoga. haha

Untuk pengetahuan korang semua, Gunung Datuk ni terletak kat Rembau, Negeri Sembilan, dan ketinggian gunung ni setinggi 885 meter (2,900 kaki) dari permukaan laut. Jadi kepada mereka yang nak try tawan gunung datuk ni haruslah ada stamina yang kuat ok.

kalau nenek tahap 60 pun mampu takkan lah korang tak boleh kan? Percaya atau tak, aku dengan kawan aku sorang ni amik masa 50 min untuk sampai ke puncak. wohoooo 

kalau korang pergi during peak hour, atau holiday season sure parking space tu memang tipis nak dapat dekat proper space. Jadi most of them yang datang dalam sekitar pukul 9 pagi dah kena park tepi jalan berbukit.
sebelum korang memulakan ekspedisi mendaki gunung ni, fees sebanyak RM 5 akan di kenakan setiap kepala. Kemudian korang kena register nama korang sebagai check in dan check out. 

bagus juga sistem yang di buat ni, so mana yang tak check out tu confirm sesat kat atas. CHOiiiiiiii...
signage kuning ni salah satu mark untuk korang teruskan pendakian korang ke jalan yang lurus dan di redhai. Aku tiap kali ternampak mark ni semangat aku membuak2 nak teruskan mendaki. 
ok sikit lagi nak sampai tu, time ni excited sesangat sebab batu besar berada di atas aku. Serius besar wei. 
sebelum korang sampai ke puncak teratas untuk melihat view yang cantik, korang kena naik dua stage batu ni. Gayat tu memang gayat tapi korang kenalah sentiasa berjaga dan berwaspada ok. 
bila korang dapat naik batu pertama, nanti korang akan jumpa batu di salut lumut warna background ni, serius cantik :)
Cuaca tidak menentu tengah hari tu sebab kabus terlalu tebal, kejap clear dan kejap berkabus balik. Dan yang paling tak boleh move on tu bila angin kuat menandakan hujan lebat. Perghhhh semua orang kesejukan kat puncak time tu sebab hujan lebat sesangat. 
di kawasan ketibaan ni ramai hikers yang bermalam khemah bersepah, hurm aku memang tak ready lagi kalau nak bermalam kat hutan haha. Mungkin aku akan pertimbangkan satu masa nanti. Buat masa sekarang ni aku prefer untuk pergi balik hari je.
Di kesempatan ni, aku nk wish kat korang semua Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ye.

Sorry guys, ni entry pertama aku untuk aktiviti outdoor macam ni, so next time aku akan cerita dengan lebih details lagi ok. Haha excited sangat nak share dengan korang pengalaman aku tawan gunung datuk ni. ok next bukit ialah BUKIT CONDONG.... wohoooo just can't wait guys.