mengidam pula nak makan Sate Padang

Yessss, entah kenapa aku tetiba pula terasa seperti mengidam nak makan Sate padang hari ini. Sebab tahun lepas aku ikut kawan aku balik medan, jadi sempat juga la merasa makanan tradisi orang di sana. 

Especially Sate padang. Pada awalnya tu mereka sekadar bertanya"kamu mahu makan sate padang?" pada awalnya aku beranggapan sate padang tu sama je macam sate kita kat malaysia ni. 

Tapi bila malam terakhir aku berada di medan, pakcik bawa aku dan keluarga dia untuk makan malam di sekitar kota raya medan. Lokasi aku memang tak ingat tapi apa yang pasti memang betul2 di tengah bandar. LOL


sekali dia jamu sate padang ni, perghhh terus jatuh cinta malam pertama. Terus kalau boleh nak makan hari2 Kuah dia memang sedap dalam lebih kurang harga RM 6 je kat sini. 
Yang bestnya sate padang ni bila kau di jamu dengan minuman panas seperti Teh O Panas. Memang serasi betul haha. Aku paling berkenan dengan kuah dia actually, sebab kuah dia memang serasi betul dengan cara penyediaan menu ni. 

Sudah semestinya kalau dapat melawat medan sate padang benda pertama yang aku akan cari (^_^)

tak cukup dengan hidangan sate padang, kita orang di bawa pula makan durian. Perghhhhh malam tu memang "debaek" lah sebab dapat makan durian. Semua wishlist malam tu tercapakai hahaha check list.
serius lah korang, memang meriah gila makan tu. Di tambah pula dengan sedara member aku ni boleh tahan juga kecoh dia. Lagi satu aku suka tentang medan ni selain dari makanan dan budaya. Cara percakapan dan komunikasi dengan orang tempatan tidak lah begitu susah, kerana bahasa mereka lebih kurang pemahaman dengan bahasa malaysia.

Sampai ketemu lagi di next entry ye?...

No comments :