Feb 3, 2017

Pelancaran GT Dollar di malaysia. Kini semua hanya di hujung jari.

Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah merasmikan penggunaan aplikasi e-commerce yang berlangsung awal january baru-baru ni, bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara KL.
Para tetamu yang hadir membanjiri sempena dengan pelancaran yang gah ni, selain dari itu juga para tetamu yang hadir merupakan peneraju di dalam bidang IT dan e commerce, selain dari agenda utama untuk memperkenalkan SMART inovasi seperti GT Dollar ni, sekaligus menjadikan malaysia ke arah FinTech Sektor.

Kalau korang nak tahu ini adalah kolaborasi di antara Kerajaan Malaysia bersama GT Dollar untuk memastikan kemudahan untuk menyenangkan transaksi kehidupan masyarakat di dalam menempuh rutin seharian. Aplikasi GT Dollar mobile ini memperkenalkan "One-stop mobile e-commerce platform" di mana memudahkan urusan jual beli di dalam pasaran setempat. 

Apa yang menariknya di dalam usaha kini mempertingkatkan lagi mutu GT Dollar ini, GT Dollar telah memperkenalkan GT Robot yang super innovative dan super high technology yang dikeluarkan oleh syarikat GT Group sendiri. Kelebihan di dalam menyelesaikan masalah setiap pengguna di dalam melalui proses rutin seharian. 
Asalnya berkonsepkan teknologi serba mudah ini telah dijumpai oleh GT Group President dan CEO sendiri iaitu Dr. Paul Zhang Baolu, dimana merupakan seorang yang berpengalaman luas di dalam dunia High Tech Management, ekonomi dan pelancongan dalam dan luar negara. Asset company mereka sahaja bernilai lebih dari 4.7juta keuntungan.
berkonsepkan dengan e-wallet di mana, GT Dollar sendiri memberi peluang kepada pengusaha SMEs sendiri untuk menceburi urus niaga tanpa menggunakan jenis pembayaran yang melibatkan urusan jual beli secara kasar. Tujuan utama GT Dollar di perkenalkan adalah untuk membendung serta memberi focus untuk mencipta kemudahan urusan jual beli di dalam mahukan luar negara, kerana ianya bergantung kepada mata tukaran wang ringgit serta Nilai Dollar.
Apa yang membuatkan aku suka dengan apps ni, korang boleh mencari dengan lebih dari 8,000 peniaga yan turut sama berkolaborasi dengan GT Group kemudian korang boleh dapat harga diskaun dan pembayaran melalui GT Dollar. Contoh baru-baru ini ramai di antara rakan aku turut sama merasakan segala kemudahan dan promosi yang di berikan di dalam app GT Dollar ni, dari set makan, gadget dan hinggalah ke penginapan hotel bertaraf 5 bintang. Best woooo!!!!

No comments :