Apabila kau sudah terlalu selesa.

Sebab kau dah terlalu selesa ke? hingga menyebabkan orang lain dengan sewenangnya menyangkal setiap keselesaan yang kau ada.

sebab kau dah terlalu selesa ke? hingga kau begitu yakin yakni kehidupan kau tidak perlu lagi menempuh segala pahit dan duka di hari esok.

sebab kau dah terlalu selesa ke? hingga kau tidak begitu kisah dengan hubungan yang kau ada sekarang ini,

sebab kau dah terlalu selesa ke? hingga kerja kau di office kau biarkan berantakan tanpa memperdulikan career kau pada masa akan datang.

SEBAB KAU DAH TERLALU SELESA KE? hingga kau memandang hina pada mereka yang hidup susah, pada mereka yang meminta sedekah dari meja ke meja bila kau menjamah makanan, pada mereka yang duduk merempat di lorong jalan setiap pagi hingga menyakitkan mata kau untuk melihatnya.

SELESA!!! SELESA!!! SELESA!!!

begitu lah pertanyaan dari si dia kepada aku, adakah aku sudah cukup selesa dengan perhubungan ini hinggakan aku sendiri memandang enteng dari segenap perkara. Adakah kerana kau sudah cukup selesa? yang kini menjadikan dirimu semakin segak sekaligus dapat mencuri tumpuan orang ramai untuk melihat serta berbicara tentang diri mu. Orang cakap kalau campak dalam "market" boleh jual lah.

adakalanya niat kita tidak bergerak seiring dengan perbuatan, contohnya niat kau seakan suci, manakala perbuatan dan tingkah laku kau amat menjengkel kan di mata orang lain. Jadi apa pilihan kau yang kau ada??? 

berasa selesa itu sebenarnya tidak lah menjadi isu yang besar, tapi jangan lah terlalu selesa hinggakan mencuri perhatian orang di sekeliling kita, korang pun faham lah manusia di sekeliling kita ni bukan boleh melihat orang lain selesa...

No comments :