Open House Ryan @ Suasana Lumayan

(Tuan Tanah RYAN - Kiri sekali segak berbaju Kuning)

ok sebelum aku kena carut 3 purnama berturut-turut, aku gigihkan juga lah malam ni update pasal open house si ryan ni.

bagus juga aku update malam ni since aku ada mood untuk menulis blog.

ok group ni boleh di katakan aktif juga, aku kenal Ryan ni pun dari si Zaki ni hah, time tu zaman kegigihan aku ikut mereka ni lepak dekat Q-Bistro Permaisuri. lepas tu lately ni aku pun kurang spend time dengan budak comel semua ni haha. 

ok moving on - open house si ryan ni, dia buat hari jumaat jadi seperti kebiasaan lepas balik tu aku rush balik dan offer diri untuk tolong si ryan ni siapkan atau kemas apa yang patut. Since dah lama tak jumpa kan???
wah sekali tengok dah siap kemas, mak ai luas juga rupanya condo suasana lumayan ni, memang dari dulu lagi aku berkenan nak sewa kat tapak baru ni, tapi mungkin future plan kan? Siapa tahu? doa-doakan lah ye,
 
dan sebenarnya, boleh di katakan main course semuanya dah siap dan ready untuk di jamah je. Jadi kedatangan aku hanya lah untuk mengisi tong perut aku yang sentiasa kosong ni haha.
di sebalik tabir, aku dengan Agie sediakan bahan untuk rojak.
Kalau korang nampak bihun kat atas tu Agie ni lah yang masak. Boleh tahan juga masakan dia. 
siapa nak rasa masakan si Agie ni, korang DM lah dia ok. 
haha memang aku jual kau dalam blog ni.

Dan secara official nya Open House si Ryan ni start dari pukul 8.30malam.
meriah memang meriah, tak di nafikan kedatangan para tetamu memecahkan suasana hening malam tu. Gitu ayat baku kekdahnya haha.

maaf gambar aku tak nak post gambar beramai-ramai demi menghormati privacy para tetamu, haha feeling betul guest si Ryan ni kan. feeling sekeping semuanya haha. 
 Tadaaaaa aku sempat lah grab jubah untuk mengikut tema raya kali ni.
Walaupun terkena lemak rendang, gigih juga sambung makan 5 kali haha.

#RayakanSebulan.