Best juga lepak di Common Man Coffee Roasters

 hi guys,

Selamat Hari Thaipusam uols, 
pagi lagi aku dah semangat pergi gym, lepas tu kawan aku ajak pergi lepak dengan Common Man area TTDI. katanya dah lama gila dia nak pergi sana. Then aku pun since after gym dah free so why not join dorang kan.

tempat yang sangat nice, memang selesa dan pelanggan pun ramai juga yang datang uols, terasa havoc kejap. Pagi ni kita orang consider brunch lah kan, sebab datang pun masuk kol 12 tengah hari haha.
portion untuk full set breakfast memang banyak then aku suggest untuk korang try share dengan partner korang.

lepas tu ada macaroni dan juga pancake + ice cream sebagai dessert kita orang. Yeahhhhhh
wajah budak gersang yang dah lama mengidam nak lepak kat sini haha.
maaf guys, aku tak prepare nak datang buat review makan kat sini, insyahAllah dalam masa terdekat ni aku datang bawa army yang lain untuk review k. Snap pic yang cantik2 haha.

mengidam pula nak makan Sate Padang

Yessss, entah kenapa aku tetiba pula terasa seperti mengidam nak makan Sate padang hari ini. Sebab tahun lepas aku ikut kawan aku balik medan, jadi sempat juga la merasa makanan tradisi orang di sana. 

Especially Sate padang. Pada awalnya tu mereka sekadar bertanya"kamu mahu makan sate padang?" pada awalnya aku beranggapan sate padang tu sama je macam sate kita kat malaysia ni. 

Tapi bila malam terakhir aku berada di medan, pakcik bawa aku dan keluarga dia untuk makan malam di sekitar kota raya medan. Lokasi aku memang tak ingat tapi apa yang pasti memang betul2 di tengah bandar. LOL


sekali dia jamu sate padang ni, perghhh terus jatuh cinta malam pertama. Terus kalau boleh nak makan hari2 Kuah dia memang sedap dalam lebih kurang harga RM 6 je kat sini. 
Yang bestnya sate padang ni bila kau di jamu dengan minuman panas seperti Teh O Panas. Memang serasi betul haha. Aku paling berkenan dengan kuah dia actually, sebab kuah dia memang serasi betul dengan cara penyediaan menu ni. 

Sudah semestinya kalau dapat melawat medan sate padang benda pertama yang aku akan cari (^_^)

tak cukup dengan hidangan sate padang, kita orang di bawa pula makan durian. Perghhhhh malam tu memang "debaek" lah sebab dapat makan durian. Semua wishlist malam tu tercapakai hahaha check list.
serius lah korang, memang meriah gila makan tu. Di tambah pula dengan sedara member aku ni boleh tahan juga kecoh dia. Lagi satu aku suka tentang medan ni selain dari makanan dan budaya. Cara percakapan dan komunikasi dengan orang tempatan tidak lah begitu susah, kerana bahasa mereka lebih kurang pemahaman dengan bahasa malaysia.

Sampai ketemu lagi di next entry ye?...

Pelancaran GT Dollar di malaysia. Kini semua hanya di hujung jari.

Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah merasmikan penggunaan aplikasi e-commerce yang berlangsung awal january baru-baru ni, bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara KL.
Para tetamu yang hadir membanjiri sempena dengan pelancaran yang gah ni, selain dari itu juga para tetamu yang hadir merupakan peneraju di dalam bidang IT dan e commerce, selain dari agenda utama untuk memperkenalkan SMART inovasi seperti GT Dollar ni, sekaligus menjadikan malaysia ke arah FinTech Sektor.

Kalau korang nak tahu ini adalah kolaborasi di antara Kerajaan Malaysia bersama GT Dollar untuk memastikan kemudahan untuk menyenangkan transaksi kehidupan masyarakat di dalam menempuh rutin seharian. Aplikasi GT Dollar mobile ini memperkenalkan "One-stop mobile e-commerce platform" di mana memudahkan urusan jual beli di dalam pasaran setempat. 

Apa yang menariknya di dalam usaha kini mempertingkatkan lagi mutu GT Dollar ini, GT Dollar telah memperkenalkan GT Robot yang super innovative dan super high technology yang dikeluarkan oleh syarikat GT Group sendiri. Kelebihan di dalam menyelesaikan masalah setiap pengguna di dalam melalui proses rutin seharian. 
Asalnya berkonsepkan teknologi serba mudah ini telah dijumpai oleh GT Group President dan CEO sendiri iaitu Dr. Paul Zhang Baolu, dimana merupakan seorang yang berpengalaman luas di dalam dunia High Tech Management, ekonomi dan pelancongan dalam dan luar negara. Asset company mereka sahaja bernilai lebih dari 4.7juta keuntungan.
berkonsepkan dengan e-wallet di mana, GT Dollar sendiri memberi peluang kepada pengusaha SMEs sendiri untuk menceburi urus niaga tanpa menggunakan jenis pembayaran yang melibatkan urusan jual beli secara kasar. Tujuan utama GT Dollar di perkenalkan adalah untuk membendung serta memberi focus untuk mencipta kemudahan urusan jual beli di dalam mahukan luar negara, kerana ianya bergantung kepada mata tukaran wang ringgit serta Nilai Dollar.
Apa yang membuatkan aku suka dengan apps ni, korang boleh mencari dengan lebih dari 8,000 peniaga yan turut sama berkolaborasi dengan GT Group kemudian korang boleh dapat harga diskaun dan pembayaran melalui GT Dollar. Contoh baru-baru ini ramai di antara rakan aku turut sama merasakan segala kemudahan dan promosi yang di berikan di dalam app GT Dollar ni, dari set makan, gadget dan hinggalah ke penginapan hotel bertaraf 5 bintang. Best woooo!!!!