Feb 16, 2018

Selamat pengantin baru Zana, dan tak puas makan di Terengganu.

this time around ke terengganu lagi yer kita, apa yang bestnya selain dari dapat attend wedding office mate beloved aku sorang ni, Terengganu is one of the kind yang korang boleh cari makanan yang sedap2, dan orang dia pun boleh tahan juga sedapnya LOL

kali ni yang bestnya sebab aku drive all the way ke terengganu, sebab dulu aku selalu ikut or tumpang orang je, so bila kau dah drive berganti2 dengan member sure terasa penat dan berbaloi. Tapi serious aku tak boleh drive jauh sebab aku mudah tertidur ketika driving. Nanti kita story lain ok.

aku dengan member stay kat Felda Residence, untuk penginapan ni aku bagi zuzu yang handle sebab aku malas nak arrange. Sebab aku percaya kan zuzu 100%. Kalau korang yang nak stay dekat area bandar iaitu Kuala Terengganu korang boleh lah try Felda Residence bertaraf 3 bintang. Cukuplah sekadar nak tidur. (calling for FR management, tolong upgrade your toilet systems ok) eh tercarut pula. ok moving on....
Selama 3 hari aku dekat KT ni, bertemankan dengan 3 ekor serangga yang hampir pupus terbang kesana kemari mencari makanan. korang tahu tak part yang paling sedih ialah kami berempat terlepas nak makan NASI DAGANG pada hari terakhir sebab mostly kedai dah tutup or nasi dagang dah habis tepat pada pukul 12 tengah hari. Well ini membuatkan aku sendiri akan repeat order untuk pergi ke Kuala Terengganu vol 2. haha

wedding si Zana ni pada hari sabtu, and then most of my colleagues took early flight. 
so bila mereka semua dah sampai, mereka pun terus bergegas ke hotel untuk bersiap which is Tabung Haji. Sebab itinerary wedding tu berlangsung tu tepat pada pukul 12. Tabung Haji ni bersebelahan je dengan Airport
cantikkan my lovely friend ni, hari2 dok tengok muka dia kat opis naik bosan gak sebab kena hadap dia selalu, but this totally different on her wedding day, dia masuk je dalam wedding hall tu towards the pelamin, OH MY GOD she's look super stunning ok. Dia macam bidadari kayangan. I'm proud of you ZANA. and please jaga abang kita tu elok2 eh haha.

oh yeah!!! lagi satu, Broking team super bising memang tak boleh nak di bendung, sekor2 perangai macam dubuk liar je on that day, you'll semua very sporting. haha

well its a wrap almost 3pm that time, apa lagi we all sambung our journey misi mencari makanan. Since semua craving over celup tepung. Pok Nong is the best where recommended by local area. Selain dari itu ada juga yang pergi shopping sakan di Pasar Payang, lepak di pantai ketapang dan banyak lagi. Siapa yang tengok IG stories aku tu sure tahu haha
and yessss, pok nong dah upgrade themselves to have buaian berhadapan laut tu. Bukan main lagi semua visitors take their opportunity untuk berselfie dan pic group.
kebetulan pada malam tu, masih merncari aktiviti bersama dengan kupu-kupu malam, dan syahbandar adalah area yang masih hidup pada belah malam, jadi kita orang tak lepaskan peluang untuk bertandang. Kebetulan pula malam tu ada festival Thai Food all the way that area, nampak seperti semuanya memang sedap, tapi aku teringin nak rasa ice cream roll tu. Well sedap juga. Kemudian kita orang pun melantak durian pada sabtu malam tu dekat area pasar payang. MMMMM sedap betul haha
well rasa nya kalau aku nak bercerita memang tak akan habis, but I'm gonna wrap this up till here saja dulu ok. Later aku akan sambung lagi. Again to Zana and husband tersayang, congrats dan semoga uols berdua menjalani bahtera perkahwinan ni till ke jannah. Abang i love you too eh!!!! hahaha just kidding. 

ok lah my lovely reader reader, silent readers and stalkers. Sampai sini dulu ok. 
Doakan la aku untuk kembali aktif menulis pada tahun 2018 ni ok. Tahun gong gong gong!!!

No comments :