Mar 9, 2019

Majlis Tahlil untuk sahabat lama.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Izinkan aku untuk memulakan entry dengan lafaz kalimah Bismillah....sebagai pembuka entry pertama aku pada tahun 2019 ni

Hi korang,

Aku cakap Hi ni pun entah ada ke tidak orang yang baca blog aku ni!!! mana taknya!! aku dah tinggalkan blog ni lebih kurang hampir setahun. Ni pun aku baru dapat balik kekuatan untuk aktif semula untuk menulis balik.

Tahun lepas aku dah tak renew domain atas nama KIFLIMALLY.COM, masuk je 1st January hari tu blog aku dah di convert jadi website porno. Arghhh aku ternoda sekali lagi...

Tapi takkan aku nak buang semua kenangan yang aku dah kumpul dan simpan selama 10 tahun ni terlebur macam tu je kan??? OH TIDAKKKKKKK mak masih ada kewarasan lagi untuk menyimpan kenangan aku selama 10 tahun. 

Ok lah untuk meneruskn legasi memori di KIFLIMALLY.COM ni aku nak sambung bercerita tentang minggu lepas di mana keluarga arwah iaitu sahabat lama kita orang Salleh Bin Marzuki di jemput untuk meramaikan majlis tahlil kali ni. Kita faham ada di antara kita rakan-rakan kita busy dengan aktiviti yang dah di plan, Alhamdulillah, kali ni aku ada kelapangan untuk menghadirkan diri.
Tengok lah wajah suci murni masing-masing. senyum bahagia je semuanya kan. haha 

Ok lah lepas dah selesai majlis ni kita orang ada makan-makan, part yang paling tak boleh di bendung bila sesi maka bermula. Masing-masing pecah lobang. Haahaha pantang nak bersuara sikit terus riuh rendah di buatnya. 

Sebenarnya rindu nak berkumpul macam ni beramai-ramai.
 ok move on, lepas selesai majlis tahlil kita orang lepak dekat Taman Connaught McDonald sebab si Joshua ni sangat excited nak ajar kita orang main monopoly game card. Well bila dah berjumpa macam ni selagi ta lewat malam selagi tu lah masing2 tak nak balik. 

well aku rasa dah tiba masanya budak-budak ni kena plan trip or another event untuk berkumpul semula. 

ok la guys till then, jumpa lagi ye....

Psttt taw masih ada yang rindu dengan blog kita kan? insyahAllah aku akan kerap untuk kembali dengan cerita2 bosan hidup aku ni ok??? hahahah #muntahhijau