May 1, 2019

Akhirnya surat cinta dari Google Adsense dah sampai.

Yesss, finally aku dapat juga letter dari google adsense. Korang tahu tak berapa lama aku tunggu. Makan tahun juga lah. Tapi dulu aku tak berharap sangat cuma kata orang bila kau execute dengan proper setup dan procedure akhirnya kau juga boleh di terima oleh Google Adsense.
kalau korang pernah ingat aku ada post 2 tahun lepas berkenaan macam mana google adsense sendiri approve blog picisan ni untuk di keluarkan iklan. Dulu kalau tak silap aku kebanyakan ads tu dalam english marketing dan bila aku tengok blog kak red mummy terpampang je ads melayu aku pun mula buat research sendiri, yelah aku mana nak lepaskan peluang untuk pastikan iklan google terpampang dekat blog aku. 

Dan akhirnya setelah aku berusaha sendiri tanpa pertolongan dari orang lain, aku berjaya menghasilkan blog dengan bertempelkan iklan google, korang ada masa baca lah disini DISINI. Time tu jangan cakap lah vibes dia untuk create content lagi bersemangat aku dibuatnya 

Kenapa kena tunggu verification letter dari Google Adsense?
Sebab verification ni la yang akan membolehkan segala pembayaran melalui google. Selain dari website/blog dan seumpama nya. Youtube juga kena ada Google Adsense ni, baru segala mak datuk payment mereka boleh proceed ke account korang. 

Tapi tu semua hanyalah tinggal kenangan, apa yang aku plan semuanya tak menjadi, dengan berbekalkan Hot Hot Chicken Shit. Blog aku tak boleh pergi jauh, aku pun mula lah mendiamkan diri selama setahun. Bodoh kan??? dan ada platform untuk jana part time income tapi aku beri focus lebih dekat kerja aku pula. Orang lain pun kerja juga tapi boleh je dorang up entry pada belah hujung minggu. Mungkin iltizam aku tidak lah secekal mereka. haha.

Tapi selepas setahun apa yang membuatkan aku untuk bangkit kembali, bila ada di antara kawan-kawan blogger yang lama nak tengok aku aktif kembali di dalam dunia blog ni. Thanks to kak nanie sebab seru aku kembai dari alam ketandusan. LOL apa yang best tu, tahun ni juga blog aku di terima sepenuhnya oleh google adsense.
Mana tahu lepas ni korang boleh tengok aku up entry pertama aku dapat cheque dari google adsense. Doakan kita ok. Sayang korang....

No comments :