May 8, 2019

Ramadan Good Deeds: Nak saya tolong alihkan kereta encik?

Hi Korang,


Di dalam bulan yang mulia ni, orang ramai semuanya berpusu-pusu nak buat kebaikan kan. Contoh incident yang terjadi dekat aku puasa pertama tempoh hari. Biasalah bila musim ramadhan schedule berkerja kita akan balik lebih awal sedikit sebab memudahkan urusan umat islam untuk bersiap sedia untuk berbuka puasa dengan keluarga dan juga kawan-kawan.

Selesai je dalam pukul 5 tepat aku pun bergegas keluar dari office sebab 1st day puasa semua orang excited nak balik awal kan. Dalam cuaca yang agak panas aku pun terkinja-kinja nak panaskan enjin kereta, lepas tu biasalah bila panas aku macam kera belacan tak duduk diam dalam kereta. 
Lepas tu ada sorang brother ni datang dari sebelah tingkap aku "Encik nak saya tolong alihkan kereta ke? Parking macam ni boleh keluar kalau adjust sikit-sikit"

Dan aku time tu tercengang kejap. haha!! betul ke mamat ni nak tolong aku alihkan kereta. Apa kau pak supir. 
 korang tengok lah position aku parking kereta aku ni, mostly everyday akan park macam ni atas jagaan joki. Takkan lah dia nampak aku macam tak reti nak adjust keluar dari parking kereta tu. 

Aku reply dengan nada yang sangat mesra dengan brother tu, "takpe bang, terima kasih, tapi saya boleh buat sendiri" brother tu pun berlalu pergi dengan senyum mesra dia. Amboi dalam hati aku ni bukan main baik lagi abang ni, dan assumption aku sepanjang perjalanan brother tu ke MRT sure dah siap sedia incase ada yang memerlukan bantuan dari dia kan????

God Bless you Bro!!! ada je orang yang baik still tinggal dalam dunia ni. Dan orang yang berhati mulia tu semuanya yang baca blog Picisan aku ni hahahahaa. 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK UOLS!!!