Jun 5, 2019

7th April 2019 Hari bersejarah yang tidak pernah akan aku lupakan.

Hi Korang,

Aku tak tahu macam mana nak start cerita ni, ini pun genaplah sebulan lebih baru aku beranikan diri untuk draft pasal posting ni. Tapi tu lah, kalau dah nama ajal dah tiba kat mana-mana pun kita boleh mati kan?

Sebut pasal ajal dan kematian ni, sebenarnya pada tarikh keramat tanggal 7th April 2019 aku berjumpa dengan satu kemalangan di dalam perjalanan aku nak ke genting. Jadi memang betul lah apa yang aku dengar selama ni, genting ni salah satu tempat berpuaka yang banyak ambil nyawa orang. 

Senario dia macam ni:
lebih kurang pukul 430pm baru saja lepas tol gombak dan time tu keadaan cuaca baru saja reda dari hujan lebat. Jadi di dalam mind set aku ni, GENTING + HUJAN sememangnya penyumbang utama untuk faktor kemalangan. Lebih-lebih lagi susur jalan nak ke genting ni kan berliku dan berselekoh tajam. Jadi aku memang bawa kereta dengan kadar speed rendah dan berhati-hati
Bila tiba di satu selekoh tajam ni, time tu kereta aku berada di lane kanan dan entah macam mana satu kereta viva dari kiri ni terus masuk ke lane aku, jadi aku no option untuk lebih ke kanan lagi. Tapi sayang nya di situ aku dah hilang kawalan dan kita orang hit tepi jalan, spin 2 kali dan end up hit divider. Semuanya terlalu cepat dalam beberap saat sahaja. 

Penumpang: Aku, Ayoi, Zul & Zuzu

hasil dari incident ni, aku ada minor slip disc (MC lebih 2 weeks). Ayoi minor fractured spine, shoulder & slip disc (MC sebulan lebih), Zuzu (Alhamdulillah tiada kecederaan teruk) Zul ni grand finale patah tangan kiri. start dari 7th April sehingga sekarang beraya dengan tangan baru :)
ni zul dekat emergency room Hospital Kuala Lumpur, sebelum ke pantai.
kawan ko time sakit pun gigih nak lepak main mobile legend dekat McD kan. 
kononnya dari HKL tu lepas kena simen semua dah ok, apa lagi signature memorandum la kan

kita orang bertiga ni admitted kat pantai hospital, dan sepanjang 3 hari kena admit tu memang banyak yang kita orang tak boleh lupa, kawan2 terdekat datang melawat. Curi keluar hospital, order fast food, cuci mata dan push mobile legend. 
time ni session physiotherapy dengan nurse dekat hospital pantai.  
Alhamdulillah semua dah recover dalam sebulan process ni. Dalam sebulan ni juga la kita orang berempat dok cerita benda yang sama, incident yang tak boleh aku lupakan sebab ini lah first experience aku hadap benda2 yang menakutkan macam ni. Bersyukur sesangat wei, sebab time kita orang accident tu bukan turun dari genting tahu. Sebab kalau turun kan bersebelahan dengan gaung yang dalam tu. #sujudsyukur kejap uols. 

cuma ni pesan aku dekat yang lain dan juga pada diri aku sekali lagi. Jangan lalai atau terover excited dengan trip yang kita plan ni sebab bila dah excited untuk jadi lalai pada keadaan sekeliling memang mudah. So drive safe everyone. 

No comments :