Jul 22, 2019

Pertama kali datang ke Segi Fresh Hypermarket. Boleh tahan juga ye.

Kepada korang yang jenis suka memborong dekat pasar raya, mesti korang dah sedia maklum dengan Segi Fresh Market ni kan. Alkisahnya macam ni pagi sabtu yang lepas, aku nak borong sedikit barang basah dan juga keperluan untuk stock di rumah mak. 

Jadi aku pun decide untuk datang ke Segi Fresh market area Subang, lebih kurang dalam pukul 9 pagi aku dah terpacak depan kedai ni, biasalah dah nama pun weekend jadi ramai family yang akan berkunjung untuk sama membeli barang keperluan mingguan. Aku beruntung sebab dapat parking dekat dengan entrance. Tapi jangan risau parking slot dia senang nak dapat. 
So target aku pada hari tu lebih banyak tertumpu kepada barang seperti Barang Basah, Ikan, Sotong, Ayam dan Udang. Bukan selalu datang kan, jadi aku borong banyak juga hari tu. 
Tengok lah akak sorang ni, happy kemain dia dapat ketam yang murah. Sampai terkedu akak sebelah tu. LOL

Biasanya dekat Segi Fresh ni ada masanya mereka akan memberikan harga promo kepada pengunjung setia mereka. Jadi tu yang ramai yang datang berkunjung tidak kira waktu, semata untuk tahu update promo dari mereka. 
time tengah menjengah barang lain, aku tertarik pulak dengan buah-buahan dekat Segi ni, jadi tak salah if aku nak borong sekilo dua, seperti mangga tu kan. haha
sekali nak di jadikan cerita, bila dah sampai dekat rumah mak, aku terlupa nak belikan dia ikan bilis. Hah nampak tak, jadi aku kena datang lagi untuk borong pada minggu berikutnya. 
Dari apa yang aku lihat barangan yang di sediakan semua nya fresh dan pekerja mereka always pastikan kualiti terutama pada barangan basah. Contoh macam ikan dan seumpanya. Barang yang mereka jugal juga beranekan jenis maksudnya pilihan untuk aku nak membeli tu banyak option lah. 

Majoriti dekat area sini ramai yang memborong, sebab area subang dan shah alam ni ramai peniaga runcit serta jenis berniaga kecil-kecilan. So tak salah lah kiranya if Segi Fresh Market ni menjadi tumpuan mereka untuk berkunjung. 

Untuk sebarang Promo atau update, korang semua boleh dapatkan info pada link di bawah ni: