Apr 28, 2013

Akhirnya Samsung Galaxy S4 Dah Released Di Malaysia




hey uols,

Roadshow Teaser dah pun dibuat sekitar bukit bintang so kini tiba masanya untuk Samsung Mobile Malaysia untuk melancarkan Smartphone Galaxy 4 mereka yang terkini. Pada 27th April 2013 merupakan hari gemilang buat Samsung Galaxy S4 kerana mereka sekali lagi telah berjaya melancarkan model terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S4. Hasil peningkatan mutu dari S3
Siapa antara korang yang dah pergi tengok Galaxy 4 ni? Cool kan? Awesome kan? Just nice tak terlalu besar dan tak terlalu kecil untuk di pegang, even you hold in one hand still can handle the phones kan? Just niceeeeee~

So aku pergi time dorang launching kat The Berjaya Times Square selepas itu baru dorang buat official launch kat Lowyat Plaza. Sebab kat situ lah pusat gadget area bukit bintang ni kan? 
Sampai je kat lokasi terus direct ke pameran Galaxy S4 dan tengok features yang ada, tanpa fikir panjang aku terus tertarik dengan reka bentuk aplikasi S4 ni.

pertama sebab screen S4 ni sangat panjang dan lebar sesuai untuk mereka yang membaca article 
kedua kelebihan terletak pada camera, dimana 13MP dan 2MP pada camera hadapan.
ketiga ialah graphic yang super HD
keempat ialah battery life S4 sebanyak 2,600 mAh. Boleh bertahan lebih dari sehari ^_^ sweet
 
 oleh sebab itu aku kalau diberi peluang inginkan S4 ini dengan segera haha
 
tengok lah betapa saya dan cik lily putih tak ingin nak lepaskan Samsung S4 ni. 
keadaan disitu amatlah sesak dimana ramai orang yang berpusu-pusu untuk merasa sendiri kehebatan telefon canggih ini. 
 ketibaan para tetamu VIP iaitu Mr. Kwon Jae Hoon (Pengarah Urusan bagi Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd) dan sekali gus melancarkan acara perasmian pada pagi tu.
Jom kita tengok betapa cantik dan sharp nya aplikasi camera S4 ni.
 
 S4 ini telah membuatkan gambar kita sangat kurus ok. Dan smartphone seperti ini lah yang aku inginkan ^_^
 Sepanjang aku berada di ruang pameran tu, dengan kemunculan 2 selebriti sensasi ni Liyana Jasmay dan Awal Ashaari terus makin ramai yang berpusu-pusu lagi untuk mengambil gambar dan melihat telatah seberiti ini menggunakan S4 tersebut. Yang penting mereka tengah menunjukkan salah satu aplikasi yang terbaru dari S4.
 
 Selain dari selebriti sensasi aku juga sempat berbual dengan selebriti blogger iaitu Maria Elena ^_^
akhirnya dapat juga aku tengok gegurl bermata cokelat ni. "Smekum kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang" missed so much the old ME

Habis je perasmian dekat Berjaya Times Square ni, terus kita orang semua moved forward ke Lowyat Plaza untuk ke destinasi akhir iaitu syurga teknologi. 
Lihat betapa ramai pengunjung yang keluar masuk tanpa henti, semua masing-masing teruja dengan kehebatan samsung S4 ni. Siapa yang dapat beli dulu confirm mereka sangat-sangat akan berpuas hati dengan pilihan yang dibuat, Sebab aku sendiri pun akan suggest kan smartphone S4 adalah smartphone yang terbaik untuk abad ini.
Ok korang lihat lah ada 7 warna pilihan untuk cover phone S4 kali ni. Rasanya free gift kot untuk setiap pembelian.
Acara tidak berakhir dengan itu saja yer, banyak sebenarnya yang mereka lancarkan contohnya seperti adegan dari artis kita iaitu Liyana Jasmay dan juga Awal Ashaari. Selain dari itu mereka ada persembahkan Flashmob seperti di Times Square dan juga di Lowyat Plaza.  
lihat lah betapa ramainya mereka yang ignin menyaksikan persembahan tarian dah juga aneka silap mata tak lupa juga membuat persembahan uols, semua tu melambang S4 nye theme kan ^_^

Kalau korang nak tengok persembahan dan FlashMob tu korang boleh klik link dibawah ini
So harga Samsung S4 ini ialah RM2199 itu adalah harga asal tanpa sebarang contract yang korang ambil. Tapi kebetulan time berada di Times Square tu mereka mengadakan promotion bersama denan U-Mobile 

Untuk Package dari Stunning UMobile seperti
  • U58 (RM58/Permonth), Phone Price RM1,588, 2 Years Contract, 2GB Data Plan
  • U88 (RM88/Permonth), Phone Price RM1,388, 2 Years Contract, 3GB Data Plan
  • UPremium (RM168/Permonth), Phone Price RM899, 2 Years Contract, 5GB Data Plan
Ini adalah Data Plan dari UMobile korang boleh juga pergi tengok kat Telco lain seperti Maxis, Celcom dan Maxis. Harap korang enjoy dengan phone baru korang yer ^_^ 

Stay goddess people~


4 comments :

Unknown said...

SEMPOI la ur punya review.....boleh jadi duta samsung la lepas nie

Kifli Mally said...

@hazman fadzil Alahai Encik Azman, kita buat sekadar yang berbaloi je ^_^

Yana Yassin said...

Review terbaik,.. paling suka video Youtube tue... Memnag curlass. Buat orang nak beli uolss. Boleh jadi duta samsung. Muhahahhaa.

Cik Lily Putih said...

comey nar video ko noks... hakhakha