Dec 5, 2013

Lawak Ke Der 3 Best Gila Babu Siot! @ Istana Budaya

hi uols,

Pertama sekali terima kasih kepada saudara BRO yang sudi menjemput mek join sekali untuk menyaksikan aksi telatah para pelawak tanah air kita ^_^ terima kasih sekali lagi yer BRO!  
Eh tak lupa juga kepada #escnow #escape merupakan sponsor tiket pada malam tersebut 4th December 2013 ^_^
Next time jangan serik ajak mek lagi yer!

Kenapa korang perlu datang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3?
sebab ianya di bawah arahan Hans Issac dan juga Kemunculan para pelawak yang kelakar. 
kerana korang semua tetap akan pecah perut, gelak tanpa henti, tak kering gusi, isi perut terburai hahaha semua itu akan menghilangkan stress korang ^_^
Nabil merupakan speaker pada malam tersebut,  nabil memang bijak berinteraksi dengan para penonton, dengan gelagatnya yang buat2 kecewa bila punch line tak kena, ^_^ suka tengok bila nabil frust sebab lawak tak menjadi.

standing ovation yang harus mek berikan kepada Douglas Lim atas lawak Seorang Cina. Part yang paling tak boleh blah ialah penggunaan bahasa melayu "Cirit Birit" haha ^_^
dan kalau korang nak tahu sesuatu Suara Douglas Lim terbaik. Siapa sangka dia boleh menyanyi dengan begitu fasih. Terbaik lah kau Douglas.

Jambu pun apa kurangnya, lawak di Hospital itu memang mencuit hati semua orang. Lawak yang bersahaja dari Jambu hingga terangkat2 bontot sebab gelak terburai. 

Harith Iskandar, sememangnya legend dengan lawak semasa dari beliau, mengimbau kembali dari zaman kecil hingga ke dewasa, Harith Iskandar merupakan seorang yang Confused! apa yang confused tu? korang kenalah datang dan tengok lawak beliau.
jadi kepada korang semua yang ingin mendapatkan tiket untuk menonton dan bergelak ketawa melihat aksi kelakar dari pelawak-pelawak tanah air kita. Sila dapatkan tiket anda di http://www.ticket2u.biz

Komedi Lawak Ke Der 3,
3-8th december 2013

Jom kita bergelak sakan!