Apr 14, 2014

Food Review: Roti Naan & Ayama Tandoori Corner @ Berhadapan Ampang Point



Hi Uols,

korang sendiri pun tahu kan bila anak tekak ingin menguasai semua makanan di area KL ni tiada siapa yang mampu melawan kehendak nafsu sarakah uols kan? mek pun tak terlepas dari belenggu itu uols, time tu mek teringin nak makan Ayam Tandoori dan terus #mengilai menjerit-jerit seperti histeria, 

dimanakah ayam tandoori yang sedap boleh berhentikan aku dari terus meroyan ^_^
dan akhirnya mek pun sampailah kat satu corner ni dimana warung kecil ni berhadapan betul-betul dengan Ampang Point Mall.

so menu utama misi kali ini fokus lebih kepada Ayam Tandoori sahaja, tapi selain dari itu mek juga ada benda lain seperti Saya dan juga roti tisu. 

Letssss review.
 Mek tak nak komen lebih, sebab ayam tandoori dia boleh dikata kan cukup dari segi rasa, perahan limau memang selalu je sebatikan rasa tandoori tu kan? Manakala Roti Naan biasa2 je uols, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras untuk dimakan. 
ok siapa di antara korang yang pernah makan satay kat warung ni?
hurmmm macam mana nak cakap erk? sebab satay kat sini di perap dengan menggunakan tomato agaknya, sebab setiap rasa daging dan juga ayam satay ni terlalu masam, 
percubaan pertama tu mek ingatkan satay ni dah SPOILED sebab terlalu masam, tapi habis juga mek makan sebab nak tengok kesan nya selepas 6 jam sakit tak perut haha. Tapi alhamdulillah perut tak meragam, so maksudnya rasa saya ni memang masam, So kalau boleh tu harap dikurangkan lah yer. Sebab rasa MASAM dan Satay tidak berapa NGAM!!!!
 last but not least, sebagai menu penutup mek pada petang tu ialah, Roti Tisu. 
akibat kawan mek teringin nak makan roti tisu katanya! so kita orang pun order, roti tisu disini tak sehebat mamak! sebab kenapa? sebab roti kat sini dia tidak begitu rangup, I mean it supposed to be fragile kan? #eh 

so that's it for today, nanti kalau ada masa mek update lagi ok, kalau korang nyer ayam tandoori terbaik kat mana? suggest lah nanti mek boleh terjah gitu.

p/s: Siapa kata salmon tak boleh buat ala-ala rasa Ayam Tandoori ^_^ mek dah rasa ok!!!!