Jun 19, 2015

Majlis Santai sambutan ulang tahun Majalah Saji yang ke 20 tahun.

hi anak anak,

Minggu lepas dapat invitation untuk ke majlis ulang tahun Majalah Saji yang ke 20 tahun.
Event celebration ni mereka raikan di Saloma Bistro dengan bertemakan Red & Black. Excited gile uols bila aku nampak pelbagai tema dan peragaan yang mereka bawa, seolah2 macam fashion show pun ada juga haha.
Bila kita orang dah dapat seat dan acara pembukaan di serikan dengan tarian dari pelajar Aswara. Masih teringat bagaiman dulu aku pernah berada di pentas tu untuk hiburkan para penonton.
sesudah itu maka rasmi lah majlis dengan pelancaran dari orang kuat Majalah Saji.
Event ni begitu santai hinggakan tak sampai berapa jam je acara hampir tamat, I mean tamat bukan lah close hall. Cuma boleh bersantai sambil menikmati makanan dan juadah dessert yang beraneka jenis dan rasa. Selain dari tu ada persembahan dari Hafiz si penyanyi traditional melayu. Lunak sungguh suara dia ^_^
 
 
 Sekitar event di saloma bistro hari tu.