Nov 10, 2015

Kerjasama Rasmi di antara Ambi pur dan FC Barcelona


hi uols,

Tahun ini merupakan tahun kegemilangan buat jenama terbesar pewangi kenderaan no 1 dunia iaitu Ambipur, apabila mereka mengumumkan perjanjian tajaan serantau Kuala Lumpur dan sekaligus mengaktifkan di 6 buah negara Asia Timur dan Asia Tenggara: Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. 

Bertempat di Marble 8 Bar & Prive KL, orang kuat dari dua nama besar ni turun dan sekaligus menjayakan majlis kerjasama tersebut. 
Kiri: Xavier Asensi, Pengarah Urusan Asia-Pasifik dari pihak FC Barcelona
Tengah: Zulfiqar Mahar, Penolong Pengarah Air Care Procter & Gamble International Operations
Kanan: Nicolas de La Giroday, Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia dan Singapura.

Ambi Pur dan FC Barcelona merasmikan pelancaran "Kerjasama kemenanganTahun ini" dengan penyerahan rasmi Jersi FC Barcelona dengan tulisan Ambi Pur bernombor 1, menandakan kerjasama di antara dua jenama No 1 Dunia. 
 Selain dari itu juga, kehadiran pelakon tanah air turut memberikan impak lebih meriah. Siapa lagi kalau bukan kehadiran Fahrin Ahmad. Pengacara Majlis pula di ceriakan oleh pelawak negara Harith Iskandar. 
Sekaligus ini merupakan berita baik kepada semua pemandu di luar sana, khususnya bagi peminat sukan yang sering berpeluh serta kasut dan stokin penuh di seat belakang, adalah amat tidak selesa bagi orang lain untuk menaiki kereta anda. Tapi semua itu berjaya di atasi dengan menggunakan pewangi kenderaan mampu menghilang kan bau tersebut. 
Sepanjang berada di atas bas tersebut, memang tak langsung terhidu bau hapak dan busuk. Kalau pergi dekat barulah korang akan tahu ianya memang "real". Semua pakaian yang di display tu memang berbau hapak dan peluh.
Selain dari itu juga ni ada berita gembira buat korang yang suka sertai contest. Di mana Ambi Pur mengumumkan "Peraduan Menangi percutian ke Barcelona" dengan permainan "Tendangan Penalti Bau Busuk"

kepada semua pemain bola sepak boleh turut serta melalui Pameran Jelajah yang bakal di lancarkan pada bulan Disember dengan Bas jelajah Ambi Pur + FC Barcelona yang akan berkunjung ke kedai terpilih dari 30hb November - 27hb Disember 2015.
Ikuti bas jelajah kami dan ambil bahagian dengan membeli mana-mana 2 pewangi kereta Ambi Car dengan satu resit dan SMS ke 016 336 1301 untuk menang (No Resit, Name, No. IC, + penuhkan slogan dengan tidak kurang dari 30 perkataan Ambi Pur dengan FC Barcelona menyegarkan perjalanan kami ke arah kejayaan kerana...") Terma dan syarat pebuh di https://www.facebook.com/AmbiPurMY/

All the best Guys!!!!

No comments :