Nov 30, 2019

Jom Rasa Black Volcano Pizza with Chili @ Pizza Hut Pavilion Elite Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 26 November 2019 – Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan sekali lagi dengan memperkenalkan pilihan Black Volcano Pizza terbaharu bersama Cili, sebagai pelengkap kepada sambutan akhir tahun, istimewa buat penggemar makanan pedas.

Dalam usaha bagi membawakan inovasi dan pengalaman jenama Pizza Hut yang unik dan tersendiri untuk dinikmati pelanggan pada setiap detik, Black Volcano Pizza kini tampil dengan pilihan yang lebih pedas bersama Cili – bagi menghangatkan lagi kemeriahan sambutan hujung tahun ini!
 
Black Volcano Pizza yang dilancarkan pada Oktober lalu telah mendapat perhatian ramai kerana menampilkan konsep unik bersama limpahan lava berkeju, ketulan ayam rangup di atas kerak piza berwarna hitam.
 
Sambutan yang memberangsangkan ini semakin diperhebat dengan Black Volcano Pizza bersama Cili, yang bakal memenuhi citarasa mereka yang menginginkan kelainan di meja makan.
 Wajah bangga kerana mampu menghasilkan rekaan Black Volcano Pizza sendiri

Ciptaan ini membawakan elemen dramatik dengan rekaan seakan-akan gunung berapi yang meletus. Pelanggan akan merasai keterujaan ketika menikmati 24 ketul kerak piza yang dipenuhi dengan lava keju. Setiap gigitan Black Volcano Pizza bersama Cili dilengkapi dengan keenakan ketulan ayam rangup dan kepedasan cili. Piza Black Volcano bersama Cili boleh didapati untuk masa terhad sahaja, bermula hari ini hingga 31 Disember 2019 atau sementara stok masih ada, di kesemua restoran Pizza Hut dan khidmat penghantaran di seluruh negara.

Raikan penghujung tahun anda dengan Black Volcano Pizza bersama Cili daripada RM44.50 à la carte. Pilihan kombo juga boleh didapati melalui khidmat penghantaran, bawa pulang atau makan di restoran.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.

Sekian,
KIFLI MALLY