Feb 24, 2020

Kini tiada lagi kecurian Data Peribadi melalui Dark WEB dengan CTOS Secure ID.

KUALA LUMPUR, 18 Februari, 2020 – CTOS melancarkan CTOS SecureID, iaitu khidmat perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti yang kian meningkat, selain membantu memantau kesihatan kredit pengguna. Perkhidmatan pemantauan dark web adalah yang terulung dilancarkan oleh agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara.

Di majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, pihak CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), iaitu agensi pelaporan agensi kredit terkemuka di Malaysia, memperkenalkan perkhidmatan itu kepada khalayak umum pada hari ini, turut ditampilkan ialah Kapten CTOS, Hisyam Hamid bintang TV dan filem popular tanahair.
Pengguna yang melanggani perkhidmatan ini akan dimaklumkan jika berlaku sebarang perubahan profil kredit mereka, seperti misalnya permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web.  Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing.

“Melihat banyak sekali berlakunya pelanggaran data bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia, dan meningkatnya transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform, maka pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui berbagai-bagai cara,” tegas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS. “Dalam enam bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data. 
Banyak anasir jenayah menggunakan Dark Web untuk urusan jual beli data orang ramai, jadi dengan alat pemantau baharu kami ini dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam Dark Web. Selain itu, perlindungan Takaful yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa penipuan dan pencurian.” Semua keistimewaan ini akan ditonjolkan melalui suatu kempen khas yang menampilkan Hisyam Hamid, melalui berbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang.
“Dengan adanya CTOS SecureID hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman,” jelas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS.
Pelanggan CTOS SecureID akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun. Dengan bayaran hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun, kini sesiapa sahaja boleh menikmati perlindungan CTOS SecureID dan ketenangan fikiran. Pengguna boleh mendapat maklumat lanjut dan melanggani CTOS SecureID di https://ctoscredit.com.my/

No comments :