Apr 12, 2021

Shaheizy Sam Telah Jatuh Cinta dengan "Kekasih Lama" ouhh Syoklat SyokoTube


Hi Korang,

Terkejut ke tidak bila nama tersohor artis terkenal seperti Shaheizy Sam terpampang di headline blogpost kita kali ni? ouhh ini sudah semestinya bukan saja berita sensasi yang bakal meletupkan industri perfileman tapi ianya juga turut memberi impak besar di dalam industri perniagaan uols.


last week cerita nya macam ni, aku menghadirkan diri ke media pelancaran product terbaru yang di keluarkan oleh Shaheizy Sam sendiri. Kali ni Sam nak menceburkan diri di dalam bidang perniagaan pula menurutnya. 

Pengenalan Sam terhadap produk barunya sememangnya mampu menarik perhatian orang ramai. Ini kerana chocolate merupakan makanan kegemaran rata-rata ramai orang. Kanak-kanak apatalah lagi kan. 
Oleh itu kenapa Shaheizy Sam memilih Syoklat! @ SyokoTube sebagai perniagaan baru? 
ini kerana dia mengakui di mana kanak-kanak suka dengan coklat, even anak dia sendiri pun gemar akan coklat dan sering menikmati coklat di mana sahaja, Sam melihat ini adalah masa yang baik untuk membawa jenama SyokoTube lebih besar sehingga mampu mencapai sasaran pembeli yang betul. 

Katanya lagi: 
Saya sendiri membesar dengan adanya coklat di rumah untuk sarapan dengan roti, sebagai pencuci mulut bersama ais krim atau buah buahan, campuran coklat ke dalam air susu panas atau sejuk, malah coklat sering di gunakan untuk pelabagai jenis makanan. 
Pada ketika ini saya sedang membesarkan dua orang anak saya yang sentiasa mahukan coklat tidak kira di mana sahaja kami berada. Saya pernah juga ke luar negara dan mendapat coklat yang sama yang saya makan ketika membesar ada terjual di sana. Jadi saya berpendapat coklat ini sangat tinggi permintaannya walaupun di mana sahaja dan di gunakan oleh pelbagai peringkat usia.
Syoklat yang mempunyai misi untuk mempersembahkan kualiti produk premium kini boleh di dapati dalam beberapa perisa. Ini termasuklah perisa buah Strawberi, Mangga dan Pisang. Ketiga-tiga perisa ini mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan penggemarnya. 
Guys untuk info lanjut boleh lah follow mereka di IG Official @syoklatofficial

Kalau korang nak tengok IG Story semasa pelancaran SyokoTube ni korang boleh je pergi tengok dekat IG Story aku disini

No comments :