Dec 27, 2020

Misi mencari jodoh bersama Grilled Butter Chicken @ The Chicken Rice Shop.

 

Hi Guys,


Kali ni aku nak share dengan korang pelancaran kembali menu akhir tahun 2020 yang paling popular di The Chicken Rice Shop (TCRS) iaitu Grilled Butter Chicken. Kalau korang nak tahu hidangan ni terdapat di semua outlet TCRS sehingga 17 Januari 2021. Ianya khas untuk memenuhi kepuasan selera rakyat malaysia sambil memikat hati mereka dengan padanan yang sempurna. 


Sebagai salah satu hidangan yang paling dinanti-nantikan di TCRS, menu yang memukau ini sudah tentu menjadi idaman ramai lagi-lagilah bagi mereka yang ingin menikmati isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti memikat hati rakyat Malaysia!


Oleh kerana stock ni limited sehingga 17 Januari 2021, semalam aku tak lepaskan peluang untuk merasakan  sendiri keenakan Grilled Butter Chicken ni di Tesco Cheras which is dekat dengan area rumah aku. 

Menurut kata June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. TCRS sentiasa bersedia untuk menghidangkan menu popular ini setiap hujung tahun khas buat rakyat Malaysia.

 

“Mentega bukan hanya sebarang ramuan. Ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan, dan tiada kata dapat menggambarkan nikmat mentega. Saya pasti rakyat Malaysia akan jatuh cinta berulang kali dengan Grilled Butter Chicken.

 

“Kami terus berusaha untuk menyediakan makanan yang enak dan berkualiti. Itulah sebabnya menu ini menjadi pilihan ramai sekian lama. Hidangan istimewa akhir tahun ini sebagai tanda menghargai pelanggan kami.”

 

TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu citarasa tempatan seperti hidangan akhir tahun ini.

 

Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang sempurna untuk mengakhiri tahun anda dan diharapnya mendatangkan permulaan penuh kesempurnaan bagi tahun yang akan datang ibarat padanan ayam dan mentega yang tiada tandingan.

 

“Kami berharap keenakan sajian ini dapat menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, sesuai untuk mengakhiri tahun anda,” ujar June.

Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi:


Instagram @thechickenriceshop  

Facebook The Chicken Rice Shop  

Laman Web https://www.thechickenriceshop.com/

No comments :