Happy Birthday Kifli Mally. Saya sayang semua!



hi anak anak,

siapa sangka dah selang setahun umur aku berganjak! terima kasih kepada mereka yang sambut bufday aku pada tahun lepas. Birthday Boy Tahun Lepas.

Tahun ini sudah menjadi satu kewajipan untuk celebrate bersama dengan keluarga tercinta ^_^
Kalau kat kajang tu memang akan lepak dengan tempat yang sama je, restoran cina muslim haha. Boleh dikatakan semua hari jadi keluarga kami memang akan celebrate kat situ dari mak ayah dan adik beradik yang lain. 
bestnya bila ada adik beradik yang lain celebrate bufday kita, hehe buat pertama kalinya aku terasa sempurna keluarga ni sebab kalau tak yang bongsu tu confirm kat sabah lagi. So this time kami the siblings semua ada hehe...meriah ok.
 dengan siapa lagi kalau bukan dengan wajah kesayangan hamba ni ^_^
 ok lah ini yang aku cakap tu, keluarga yang sekian lamanya tak bersua, memang boleh dikatakan agak lama juga lah. Malam itu malam di mana aku sambut bufday kita semua sekeluarga dapat berkumpul hehe
 akhir kata tiada apa yang aku mampu nak ucap dan ungkap kan kat sini.
apa yang aku pinta ialah melihat orang2 yang tersayang di sekeliling aku terus hidup dalam keadaan sihat sejahtera. 

Ya Tuhan terima kasih kerana memberikan aku kehidupan selama 27tahun hehe, siapa sangka dah lama kita hidup kan wak. Setengah dari pada umur ini baru nak bermula, sedangkan orang lain sudah banyak mengecapi cita masing2. Takpe biarkan lah aku berusaha sendiri dan mungkin dari hasil itu aku mampu beri tunjuk ajar kepada orang lain ^_^ 

berbakti selagi mana termampu!!!

Selamat Hari Jadi Kifli Mally 

oh yah! sebelum terlupa. aku nak wish berbanyak terima kasih kepada mereka semua yang sudi ucapkan Message Hari Jadi Kifli Mally - Tak kiralah mereka semua dari Facebook, Wechat, Instagram, Twitter dan segalanya ^_^ 

walaupun kita tak kenal sangat dalam laman sesawang platform ni tapi apa yang pasti kita semua boleh berkenalan sesama sendiri kan. Keep on spread this LOVE.... 
video


#TeamPanAsian: Cerita Kes Penceraian!



 hi anak anak,

kannnn dulu kalau tak silap ada satu trend di mana setiap hari dan setiap minggu semua orang masuk berita, paper dan magazine cover pasal penceraian rumah tangga. Haiyoooo apa yang telah berlaku uols, time tu rasanya memang kebetulan lah! haha

Lepas tu kami pun mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan apa yang akan terjadi sekiranya semua wanita dan lelaki bercerai. Dan apa yang menyebabkan situasi ini dari terus tercetus.

bincang punye bincang kami dapat konklusikan seperti dibawah:

1. Perwatakan sebenar pasangan - yer! ini adalah perkara yang perlu di ambil dengan serius kerana sebelum kau mengenali dia dengan lebih mendalam dan tinggal serumah kau merasakan lelaki/wanita itu cukup sempurna untuk di jadikan peneman seumur hidup. Haha berantakan uols bila di kaca TV retis ini nampak cantik bila dah sampai rumah tak larat nak cuci make terus tidur dengan harapan esok pagi bangun seperti Cinderella. 

2. Terlalu mem-plastikan diri - ini sudah menjadi sinonim kepada lelaki/wanita yang terlalu menjaga tingkah laku, kiranya nak jadi Mr and Mrs perfect 10 gitu. Takanak pecah lobang kelemahan diri sendiri di hadapan pasangan. Itu sewaktu bercouple tapi bila dan hidup sebumbung, drama itu terpaksa dihentikan sebab tak larat nak cover rina. Habisssss semua pecah lobangs masing2 kan. Terus sesal separuh nyawa diK!!! bah kata kak alyah haha

3. Alaaa dia boleh terima aku seadanya! - Yer memang betul dik kau kawin bukan dengan bangla atau pakistan, kau kawin dengan orang yang kau sayangi dari dulu lagi, bak kata SEHIDUP dan SEMATI tak begitu? Uols siapa yang boleh terima diri uols seadanya kalau hari2 berak dalam seluar!!! ko cakap dengan aku? kalau sekali kau terberak dalam seluar sebab buat aksi TWERK! itu takpe aku faham, tapi kalau dah berhari2? Pasangan ada perasaan dik? Dont ever take your partner for granted! gituuuu hebat tak pembayang mek! siap pakai taik lagi !hahahahah

4. kau fikirlah sendiri!!!! selebih nya lebih kurang macam video IG aku kat bawah ni ok!!!...





selamat menjalinkan hubungan till jannah!!! anda buat anda tak rugi!!!!