Jan 21, 2016

first time order KFC melalui website.

 hi uols,

lama betul KM tak update blog kan. Yes baru KM tahu macam mana rasanya kalau dah nak retire sebagai seorang blogger ni haha.

First time KM order KFC thru website, oleh kerana KM seharian suntuk hanya mengadap laptop. Jadi terasa lapar tu membuak2. Macam mengidam pun ada juga uols.

Seperti biasalah kalau sebut je lapar dan fast food KM sure akan teringat MCD tapi since McD ni kalau peak hour macam gampang jadi teringin pula nak delivery benda lain. So try lah KFC ni.
Tu diaaaa sekali time delivery akan sampai melutut depan pintu adalah 60 min. Ko rasa 60 min tu kalau aku buat squad boleh bengkak jubo KM ni uols. Disebabkan rasa malas tu tebal KM pun sudi tunggu menerima cabaran 60 min dari KFC.

gigih siap create account lagi uols.
 KM try lah Ayam KFC Kicap Meletup yang baru ni. Tak pernah lagi nak rasa ni baru kali pertama nak rasa. jadi total semua sekali masuk dengan Bana GST n Delivery Fees total RM19.65

tunggu punya tungguuuuuuuuuuuuuu!!!!! dalam lebih kurang 50 minit dah sampai. Bila item korang dah sampai tu please lah jangan letak harapan yang tinggi macam baru keluar dari oven ye. Suam2 panas tu memang dah semestinya. Tapi still puas hati.....

korang pun try lah sekali ok. pergi je google KFC Delivery hokay....Selamat gigit ayam KFC.