Aug 27, 2019

Abang - Abang nak beli cake tak? Tak apa dik, lain kali ye.

gambar hanya sekadar perhiasan

Abang - abang nak beli cake tak? tak apa ye dik, lain kali je. maka adik tu pun berlalu pergi. 

kepada korang yang stay di Bandar Seri Permaisuri atau stay berdekatan area ni, kalau korang lepak makan kat mana2 kedai sure korang akan nampak seorang budak lelaki ni membawa lebih dari 5 bungkus chocolate moist untuk di jual.

Aug 15, 2019

Bayar separuh harga kini kembali lagi @ Lulu Hypermarket Kuala Lumpur

Bersempena dengan Hari Raya Qurban 2019 baru-baru ni, Lulu KL dan Lulu Shamelin kini mengembalikan promosi Bayar balik separuh harga, Ingat lagi  tak entry sebelum ni? Incase korang dah terlupa korang boleh tengok first entry aku berkenaan dengan promotion ni korang boleh klik link di bawah tu ok?

Aug 13, 2019

Kenapa terasa down sangat hari ni? Rupanya ada hikmah di sebaliknya

Ni serius aku nak tanya pendapat korang, ataupun mungkin korang pernah lalui benda yang sama aku experienced before this. fuhhh ambil sedikit masa juga aku nak share benda ni. Sebab aku takut korang akan kata "benda merapu" macam ni pun nak share. Tapi takpe lah wei, aku tetap nak update entry ni sebab aku nak luahkan apa yang aku rasa dan siapa tahu sedikit sebanyak berkongsi cerita dan pengalaman kan?

Aug 8, 2019

D'kayangan Steamboat & Grill hanya RM 30 dewasa boleh makan sepuas-puasnya

Sekali sekala tu kalau kita teringin nak makan steamboat memang best kan, kena pulak dengan tempat yang berbaloi dan dekat dengan area bandar. Sama lah dengan D'kayangan steamboat & grill yang aku lawat minggu lepas. 

Aug 2, 2019

Sekali Sekala dinner Jauh tak mengapa kan?

Kalau nak dinner jauh sikit dari kebiasaan tak mengapa kan? sebab minggu lepas si zul ni ajak aku teman kan dia dinner dekat restoran kawan dia baru buka katanya dekat Petaling Jaya. Pada awalnya tu aku tak tahu lokasi sebenar dan aku turutkan saja. 

Tapi setelah direction kita orang melalui Federal Highway, sah memang jauh lah dia bawa kita orang ni. Setelah sampai tu baru la aku tahu lokasi sebenar restoran kawan dia tu terletak di @Kilang Kitchen PJ.

Aug 1, 2019

Hanya membayar sewa sebanyak RM 1 sebulan @ Arissto Coffee

Kepada penggemar kaki kopi semua, sudah pasti korang tahu event berkenaan dengan  Malaysia Coffee Fest yang berlangsung pada weekend lepas di One Utama Shopping Center kan? Kepada korang yang tak berkesempatan untuk hadirkan diri tak mengapa mungkin next event korang boleh join. Jadi pastikan korang sentiasa tunggu update semasa dari Malaysia Coffee Fest ni.