Sep 30, 2019

Tahniah kepada semua pemenang "shop & win" @ lulu hypermarket KL 2019

seperti yang aku war-warkan di dalam instagram posting aku, 28/9/2019 (Sabtu) bertempat di Lulu Hypermarket 1Shamelin KL, mereka telah mengadakan penyampaian Grand Prize event.

Kalau korang ingat dulu posting aku ni KLIK SINI, aku ada share di mana campaign "Shop & Win". Pelanggan hanya shopping di mana-mana Lulu outlet dengan serendah RM 50 dalam satu resit dah boleh menyertai event ni. Seperti tahun lepas Luluy sendiri dah ada buat event seperti ini. Tapi kali ni lebih mengancam hadiah dia.

Sep 29, 2019

Kifli Mally dan Poh Kin Motor Works Sdn. Bhd selesaikan salah faham dengan cara baik.

Baiklah macam mana aku nak mulakan entry ni, seperti yang korang tahu Aug 21, 2019. Aku ada naikkan satu entry berkenaan dengan sebuah panel workshop berlokasi di Ulu Yam. Entry berkenaan bukan lah berniat untuk menjatuhkan nama baik mereka, cuma aku ingin berkongsi pengalaman yang kurang manis semasa aku dalam service mereka. 

Sep 13, 2019

Lebih 100 menu untuk dipilih di Eatz Hong Kong @ the garden mall

Kepada mereka yang ingin merasakan sesuatu yang baru, korang boleh lah berkunjung ke Eatz @ Hong Kong yang terletak di The Gardens Mall. Sebenarnya ni merupanya outlet mereka yang pertama. Jadi aku berkesempatan untuk merasakan sendiri pengalaman untuk menikmati masakan hidangan ala Hong Kong style ni.
tengok la aku sendiri confused macam mana nak selesaikan 100 lebih menu yang tersedia.

Apa yang membuatkan aku lebih teruja, bila aku sampai saja di restorang mereka ni. Restoran ni di hiaskan dengan suasana ala hong kong dan english classic style. Lukisan yang mempamerkan bandar kecil hong kong dan juga menu utama mereka pada sesetengah dinding restoran. Sejujurnya aku cukup selesa untuk menikmati hidangan aku di restoran yang bertemakan ala hong kong ni. 
Kalau korang nak tahu, di Eatz @ Hong Kong juga mereka menyediakan breakfast seawal 8.30 pagi bagi mereka yang berkerja office hour. Cheezy Ball dan juga egg tart sangat sesuai di makan pada waktu pagi. Kemudian mereka ada 3 jenis minuman Coffee, Milk Tea & Yin Yong (Cham). 

Mesti korang tertanya kan siapa Chef yang bertanggung jawab untuk segala penyediaan menu masakan. Tu lah dia chef kita yang bertudung kecil molek je orang nya. 
overall kita orang bertiga sangat enjoy dengan menu yang di hidangkan seperti di atas. Kalau dah suka tu sure aku akan datang repeat next time, so why not kan. 

Kepada mereka yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan dengan Hong Kong Style ni korang boleh lawat socmed mereka seperti di bawh ni:


Address: LG-240, Lower Ground Floor, The Gardens Mall, MidValley City 
Phone Number : +603 – 2201 0886 
Email: info@eatzhk.com.my 
Website: www.eatzhk.com.my 
Operating Hours: 8.30am – 10.00pm
Facebook: eatzhk 
Instagram : eatz_hk 
Twitter: eatz_hk