Nov 30, 2019

Jom Rasa Black Volcano Pizza with Chili @ Pizza Hut Pavilion Elite Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 26 November 2019 – Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan sekali lagi dengan memperkenalkan pilihan Black Volcano Pizza terbaharu bersama Cili, sebagai pelengkap kepada sambutan akhir tahun, istimewa buat penggemar makanan pedas.

Nov 17, 2019

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA 2019 @ Summit USJ

SUMMIT USJ, SUBANG, 10 NOVEMBER 2019 – Event kali ni memang berlainan dengan event yang aku pernah attend, sebab event yang di adakan di Summit USJ Subang ni memang memberikan kesedaran betapa penting nya Seni Budaya pada masa kini. Event yang meriah ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid bin Asari di mana merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan juga Pengerui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan & Pelancongan Peradaban Melayu dan Warisan. 

Nov 12, 2019

Raikan Cuti Sekolah anda di Lost World of Tambun, Taman tema pertama berkerjasama dengan Hot Wheels & Barbie

Lost World Of Tambun, Ipoh - Bersempena dengan cuti sekolah bulan ni, parents yang menginginkan sesuatu yang menarik korang boleh lah try berkunjung ke Lost World of Tambun. Apa yang menariknya di sini. Lost World Of Tambun akan menjadi taman tema yang pertama untuk bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi menyambut kedatangan para pengunjung untuk meneroka kembali zaman kanak-kanak, yang akan bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019.

Nov 3, 2019

ULASAN KAMERA REALME XT: Kuad Kamera Snapdragon 64MP yang Pertama di Malaysia


Hi Korang,

realme XT adalah tambahan yang terbaharu kepada rangkaian telefon pintar realme. Ia dilengkapi dengan sensor utama 64MP untuk menghasilkan foto-foto yang jelas, Pemproses 712 Snapdragon, Pengecas Pantas VOOC 3.0, Paparan FHD+ Super AMOLED dan pengimbas cap jari di atas paparan. Salah satu kelebihan realme XT adalah teknologi kuad kamera yang menampilkan sensor Samsung 64 MP GW1 di dalam kamera utama, lensa sudut lebar ultra 8MP, lensa makro 2MP dan lensa potret 2MP. 

PERTAMA DI MALAYSIA 64MP QUAD CAMERA SNAPDRAGON | Pelancaran telefon pintar realme XT di Malaysia

 realme Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan realme XT, telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai 64MP Quad Camera Snapdragon. ​Ia adalah yang pertama Malaysia di mana menyediakan resolusi gambar yang terbaik dengan butiran yang tidak dapat diperkatakan untuk pengguna mereka. Untuk model realme XT, ia memberikan pengguna - kebebasan untuk berkongsi kreativiti mereka melalui fotografi. Dilengkapi dengan sensor Qualcomm® Snapdragon ™ 712 dan 64MP resolusi tinggi dengan penambahan teknologi Tetracell dan 3D HDR, realme XT memastikan anda mengambil gambar dengan jelas dan terperinci.

Nov 1, 2019

Pernikahan Gah!! Aiman & Fizah anak Pengusaha terkenal Jamu Ratu Malaya Bonda Rozita Ibrahim

27 October 2019 (Ahad) - Siapa yang tak kenal dengan seorang usahawan tersohor di Malaysia iaitu Bonda Rozita Ibrahim pengusaha terbesar product Jamu Ratu Malaya. Telah pun selamat melangsungkan perkahwinan anak lelaki nya  Aiman Hazeem (Ajim) 23 tahun dengan pasangan nya Siti Nurhafizah (Fizah).

Persandingan yang sungguh meriah ini di tempatkan di anjung tradisi Dewan Perdana Felda Kampung Dato Keramat, malam yang penuh dengan adat tradisi melayu di tambah lagi kemeriahan dengan kehadiran pada tetamu VVIP dan kenalan ramai. 
Sementara menunggu ketibaan kedua mempelai tiba, sempat juga kita menebual keluarga Bonda Rozita ni, Press conference tersebut menjadi lebih meriah kami menerima kehadiran Dato Seri Aliff Syukri bersama Datin Shahida. Menurut Bonda Rozita mereka bakal melangsung 4 majlis persandingan untuk anak lelaki terakhir beliau. Semestinya Bonda Rozita menginginkan sesuatu yang simple dan mempunyai konsep sederhana sekaligus mengetengahkan concept Rumah Hutan beliau di dalam concept perkahwinan Ajim pada kali ni. Seringin dengan rumah baru Bonda Rozita yang bakal siap tak lama lagi. 
Bukan itu saja malah cost perbelanjaan perkahwinan ini memakan lebih dari RM 300 ribu, pada asalnya mereka tidak ingin untuk mengupas tentang cost keseluruhan majlis persiapan tersebut, tapi bila di tengok balik dengan kemeriahan resepsi ini sudah semestinya aku sendiri dapat melibat betapa gahnya persandingan Ajim & Fizah pada malam itu, serta dengan kemeriahan tetamu yang melebihi 1000 orang kesemunya. 
Sebagai anak lelaki terakhir Bonda Rozita, bonda sendiri telah menghadiakan Ajim sebuah kereta Mercedes Benz sebagai tanda kasih sayang Bonda Rozita terhadap Ajim. Sewaktu ucapan di sampaikan malam tu, penampilan sendiri dari Kak Yati (Kak Long) serta Dato Aliff Syukri telah bekongsi cerita sewaktu mereka kecil dimana mereka sendiri yang menjaga Ajim dari kecil sehinggalah besar, mereka memberi kasih sayang sepenuhnya serta tumpuan lebih kepada Ajim. Ini kerana Ajim merupakan adik-beradik dari  berlainan bapa. Tapi itu tidak menjarak kan hubungan merelah malah mereka sentiasa menjaga satu sama lain. 

Begitulah yang kita dapat lihat di mana kasih sayang yang sungguh akrab dari Keluarga Bonda Rozita ni, kalau di social media kita sering nampak dimana Bonda Rozita serta Dato Aliff Syukri sangat "happening" bila bab menyentuh hal kekeluargaan mereka adalah contoh terbaik untuk kita ikuti selain sebagai contoh sorang usahawan berjaya dari keluarga besar ini. 

kepada Ajim & Fizah, sy dari kiflimally.com ingin mengucapkan tahniah sekali lagi di atas kelangsungan perkahwinan yang sungguh indah malam itu. Semoga berkekalan dan berbahagia hingga hujung nyawa. Terus sukses dan di kurniakan cahaya mata yang comel (^_^)


Sekian,
KIFLIMALLY