May 29, 2023

POP MART Terus Perluas Operasi Di Asia Tenggara Dengan Pembukaan Gedung Pertama Di Malaysia


POP MART, syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya, terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pembukaan gedung terbaharu di Asia Tenggara

Jenama tersebut telah mengalu-alukan penyertaan cawangan runcit terbaharunya hari ini dengan pembukaan rasmi gedung POP MART pertama di Malaysia di tingkat lima pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur (KL) di Jalan Bukit Bintang.