Duit induk harus ada pada beg duit?


Hey Uols,

Apa pemahaman yang korang faham dari tajuk diatas, duit itu adalah duit lah kan sehelai kertas yang bernilai untuk melibatkan jualan, manakala induk pula bermaksud ketua yang besar dimana ada satu saja berkuasa.

Jadi kenapa perlu ada duit induk pada wallet atau pada beg duit kita? Entahlah tapi kawan aku ianya untuk sentiasa memberi rezeki masuk, mampo dah kalau macam tu kalau ada duit induk ni wallet kita tak pernah kering lah yer.
Nak percaya ke tidak?

Aku nak selitkan bab2 agama sememangnya bukan dalam kuasa bidang aku, tapi aku boleh cakap benda ni kalau kita percaya ianya jatuh syirik kan? (Betulkan mek kalau salah yer?)Sebb mempercayai benda2 tahyul.

Tapi kan mak kita yang cakap benda ni kena ada baru lah wallet tak akan kering ada je duit tu melekat kat wallet. Kalau ko yang cakap tadi memang aku PANG! pipi ko, tapi since mak ko yang cakap so aku pun diam sebab respect orang tua haha

macam tu aku PANG! ko haha

Kalau nak di ikutkan dari segi realiti kalau korang hebat dalam merancang keluar masuk duit bukan kah sama je duit itu sentiasa ada kat dalam wallet walaupun tanpa duit induk ini. Kalau ko jenis boros memang takde guna gak duit induk tu “duduk” lama-lama kat wallet kalau boros, hari ni ko gaji hari ni gak ko shopping sakan. Semua tu boleh fikir logik lah kan?

Kalau dari segi rohani pula, dah sah2 rezeki tu datang dari yang Maha Esa, tak payah lah korang susah2 nak simpan duit induk segala kalau tuhan tak bagi rezeki tu jangan lah ko salah kan diri ko yang bebal tu sebab tak simpan duit induk.
huh lebih kurang macm ni lah, lipat jadi bentuk love lepas tu simpan kat dalam wallet.

p/s : kuat usaha kita, makin deras lah rezeki yang datang ye dok yop!

2 comments :

Sandra Azwan said...
This comment has been removed by the author.
Sandra Azwan said...

tak suka lipat2 duit....hehehe