Tidak tahu nak tukar duit syiling bila tabung dah penuh? Kifli ada jawapannya Coin Deposit CIMB Bank

 Hi anak anak,

ok minggu lepas KM cuti on weekdays, jadi bila dah cuti on weekdays tu banyak lah kerja yang KM start akan buat contohnya kalau ada urusan yang melibatkan bank weekdays adalah hari yang 'heaven' sangat bila berurusan. 

Contohnya KM ada satu tabung syiling yang dah sarat dan penuh, dan hari tu tak tahu nak tukar kat mana? pernah sekali KM pergi ke Jusco Taman Maluri. Ingatkan bila KM dah masuk kan dalam coins deposit tu boleh tebus dalam bentuk cash, sekali tengok dia tebus dalam bentuk voucher haha. Frust kejap hari tu juga KM habis beratus untuk beli keperluaan barang dapur ^_^ 

Jadi kali ni KM pergi ke CIMB Branch Taman Maluri, KM tak ingat siapa yang pernah mention dekat bank cimb ni dia ada coins deposit machine. Jadi jom tengok macam mana KM bermain dengan coins deposit di cimb ni.

Cara nak menggunakan coin deposit machine ni teramatlah mudah, aku rasa budak 3 bulan pun reti nak gunakan machine ni. 
Step 1: Pilih bahasa kegemaran anda
Step 2: Masukkan no account anda, sama ada baru dan lama tak menjadi masalah, tapi lebih prefer kepada No account baru sebab senang process nak udpate.
Step 3: Tekan button Confirm
 Step 4: Bila dah tekan confirm nanti dia akan suruh masukkan syiling keramat korang tu semua ke dalam dash  machine ni. Dia pun akan buat kiraan. Tapi korang kena ulang process ni untuk beberapa kali juga lah, sebab machine ni sometimes tak dapat nak kira syiling korang yang terlalu banyak tu, di tambah pula dengan benda benda asing.

contoh yang di ada dalam duit syiling KM, sim card, button baju dan makanan kucing haha.
 Step 5: Bila di reject ianya akan jatuh kat kotak pemulangan di tengah bawah machine deposit ni. Korang hanya perlu ulang step 4 sehingga korang dapat deposit kan semua syiling korang tu.
 Step 6: Jangan lupa ambil tiker sebagai rujukan korang bila check bagi account. KM ada dua resit sebab terbuat dua kali transaksi. 

Senang kan? Tak susah pun kalau korang rasa susah sangat, jangan segan untuk bertanya kat akak di counter pertanyaan tu. Dia sangat peramah untuk tolong korang. ^_^

ni lagi satu KM nak nasihatkan, Coin Deposit Machine ni memang sangat cepat penuh, biasanya sebelum tengah hari dah penuh dan bila penuh, machine ni tak boleh nak terima duit korang, jadi kalau boleh disarankan untuk dtang awal sikit ok

Alamat CIMB BANK TAMAN MALURI.
Address:Ground & 1st Floor, No 279 & 279A, Jalan Perkasa 1, Taman Maluri, Off Jalan Cheras, 55100 Kuala Lumpur
Tel:1 300 880 900
Fax:+603-9284 7447
Email:callcentre@cimb.com
Website:http://www.cimbbank.com.my

1 comment :

crescent said...

machine ni cepat rosak lah...hahaha...